BDTA | 56

3.6K 214 27
                                    

Truth can be a bitter pill to swallow..
——-

IMBAS KEMBALI - PAGI HARI KEJADIAN.

"Kau buat apa dekat sini, perempuan?!" tanya Fareez geram setelah menarik tangan Areesya ke luar kawasan hospital.

"Fareez."

"Areesya, tolong lah. Ini tempat kerja I, tempat I cari rezeki untuk family I. Jangan buat kecoh kat hospital, boleh tak? Be professional." Fareez serabut. Kenapa kebelakangan ini hidup dia tak pernah tenang sejak berkawan dengan Areesya?

"I cuma nak jumpa you. I nak minta maaf dengan you."

"Untuk apa? Minta maaf untuk apa pula lagi?"

"Tentang hari tu. I mengaku I silap sebab cintakan you."

"Lepas tu?"

"I nak minta maaf."

"Permintaan maaf you tu sekadar cakap kosong je eh? Ada you usaha untuk betulkan keadaan? Ada you usaha untuk tepis gosip tu."

"Ada!" cantas Areesya. "I ada buat, percayalah. Tengok ni story IG I."

Fareez sambut telefon pintar milik Areesya. Memang benar dua jam yang lalu Areesya memuat naik satu story dan menepis dakwaan mereka bertunang. Areesya juga menegaskan bahawa yang menemaninya di set hari itu hanya kawan biasa.

Namun itu tak cukup bagi Fareez.

"Entahlah Areesya. Thanks for your effort. Sejak kita balik dari Pahang, wife I mula berkelakuan pelik. I buntu nak pujuk dia. I sampai kadang rasa wife I dah tahu pasal you. I takut sangat wife I salah faham dengan kita."

"I boleh jumpa dia kalau you nak. I akan terangkan semuanya supaya dia tak salah faham dengan you."

"Merepek cadangan you. Sekarang I cuma rasa I nak kembali di titik asal. I nak hidup yang dulu tanpa you."

"You dah tak nak kawan dengan I?" soal Areesya.

"Areesya, sorry to say tapi sejak you muncul semula dalam hidup I, rumah tangga I terganggu."

Areesya ketawa sinis. Jari runcingnya menekan dada sendiri. "I yang buatkan rumah tangga you terganggu? Apa salah I, Fareez? I tak pernah jentik Qisya, I cuma nak berkawan dengan you. Kalau soal perasaan cinta ni, you lebih tahu soal hati bukan kita boleh kawal."

"No! I yang salah. I yang salah dalam hal ni. I rasa I dah abaikan Qisya, I suami yang teruk."

"Balik lah Areesya, this is our last meeting. Selepas ni, I tak nak kita berkawan lagi. I maafkan you, untuk semua yang you buat pada I. Dengan balasan you akan berhenti cari I lagi." putus Fareez sambil bermain-main dengan jari jemarinya yang sejuk.

Ya, itu keputusannya. Semakin dia kerap berhubungan dengan Areesya, semakin dia rasa dia jauh dari Qisya. Fareez baru sedar kesilapannya, benar kata Emir. Areesya tak patut wujud lagi dalam kamus hidupnya. Hubungan dia dan Areesya sudah lama berakhir.

Dia juga nekad pulang sahaja dari syif ni nanti dia akan berterus terang dengan Qisya hal sebenar. Jika dia harus melutut merayu untuk mendapatkan kemaafan Qisya, dia sanggup. Masih belum terlambat untuk dia sedar kesilapannya, dia yakin tentang itu.

"Mudahnya you. You terima I jadi kawan dan you buang I sebab isteri you. You cakap you sakit hati ditipu dengan I, tapi you sedar tak yang you pun sama diperbodohkan dengan Qisya? Atau you memang nak pura-pura rela dibodohkan?"

Fareez menyinga. "Areesya, jaga kata-kata you! Qisya tipu I apa? You nak fitnah isteri I pula?"

"I yakin sampai sekarang you masih tak tahu yang Haykal tu abang ipar you."

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now