BDTA | 29

3.2K 183 31
                                    

That moment when you have to take a deep breath before speaking cause you know you're close to crying
-----

Hari ini merupakan hari Khamis. Hari Khamis adalah hari wajib bagi keluarga Qisya untuk berkumpul bersama sejak arwah mama dan papa Qisya masih hidup lagi.

Memandangkan mereka semua bekerja sendiri, jadi tiada masalah untuk berkumpul pada bukan hari minggu pun. Aktiviti seperti biasa yang mereka akan lakukan adalah makan bersama.

"Eh kakak baru perasan, mana anak-anak kau Haykal?" tanya Qistina. Qistina sedang sibuk menghidangkan makanan yang baru lepas dimasak di atas meja dengan dibantu Ainin.

"Haykal hantar rumah mak Ainin. Dia orang nak tinggal sana." Haykal menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.

Masing-masing sedang bersedia untuk makan malam. Adam seperti biasa, lebih selesa untuk berdiam. Hanya sesekali saja dia bersuara walau dia bukan jenis introvert. Dia membiarkan sahaja isterinya berborak dengan Haykal manakala dia mengurus anak-anak.

" Mama, jadi ke kita pergi kahwin ashu nanti?"

Haykal yang sedang menyenduk nasi kelihatan tersentak tapi riak mukanya cuba dikawal.

"Fahmi." Adam menegur perlahan. Adam mengenyit sebelah mata kepada Fahmi.

Fahmi yang faham kenyitan mata papanya terus terdiam. Lupa pula dia dengan nasihat papanya yang menyuruh dia tidak menyebut soal ashu di hadapan pak longnya. Bibirnya menghantar perkataan 'sorry' tanpa suara kepada Adam.

"Pelancaran kafe baru kakak bila? Bukan esok ke?" tanya Haykal.

Qistina mengangguk mengiyakan. "Kalau ikutkan dalam perancangan memang esok. Tapi akak dah tunda tarikh jadi minggu depan."

"Kenapa tunda?" tanya Haykal lagi. Tangannya menguis-guis nasi di dalam pinggan.

"Esok kan adik kahwin."

"Jadi?" tanya Haykal selamba. Pertanyaan Haykal membuatkan semua yang berada di meja makan memandang sama sendiri.

"Jadi apanya? Kakak nak pergi majlis kahwin adiklah." jawab Qistina malas. Faham sangat dengan perangai Haykal sekarang.

"Kakak kena jemput ke? Haykal tak nampak pun kad jemputan." perli Haykal.

"Memang akak tak dapat kad jemputan atau kena jemput dari mulut Qisya sendiri tapi Fareez yang jumpa akak hari tu kat kafe ajak datang."

Haykal mengangguk malas. Kalau pasal itu, dia pun tahu. Fareez sendiri ada menjemputnya waktu mereka keluar lepak minggu lepas.

"Itu sebab Fareez tak tahu yang perempuan tu adik akak. Cubalah kalau Fareez tahu, dia tak akan pandang kita punya kak."

"Abang, apa cakap macam tu?" Ainin berbisik pada Haykal.

Haykal mula ketawa kuat, lebih pada sarkastik. Tangan yang ingin menyuap nasi ke mulut pun terus dihentikan.

Suasana di meja makan makin dingin.

"Tak betul apa abang cakap? Sayang, cuba awak fikir apa reaksi Fareez kalau tahu kita yang selama ini dia anggap macam keluarga sendiri tu rupanya memang keluarga bakal isteri dia. Mesti dia fikir kita tipu dia hidup-hidup." sindir Haykal lagi.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now