BDTA | 45

3.4K 168 16
                                    

Lelaki juga punya perasaan.. -Fareez

——

"Jadi kau dibuang keluarga?"

Qisya menjatuhkan kepala mengiyakan.

Terletus keluhan berat di bibir Ren. Ren meneguk air kopi yang masih suam panas sehingga licin, daripada dia mula mencarut lebih baik dia selamatkan bibir dia sekarang. Lidah harus kena panas dunia dulu baru dia boleh tahan diri dari nak tambah panas neraka kerana mencarut.

"Aku serius tak tahu nak komen apa dowh, tak sangka sampai macam ni jalan hidup kau lepas balik sini. Kalau aku tahu lah, aku ikat kau siap-siap dekat sana dan tak benarkan kau balik." komen Ren bersahaja.

Qisya membuntang mata. Sambil tergelak dia menampar kuat lengan Ren. Matanya berair menahan tawa. Ikat apa? Ingat dia kambing ke?

"Lia, aku tak main-main tahu bila dengar cerita kau ni. Tak sampai enam bulan aku balik sini, aku dah dengar macam-macam tentang kau. Berita kau kahwin, berita kau masuk hospital, berita kau pregnant dan berita kau kena buang keluarga. Ini bukan hal kecik, Lia. Kau pandang remeh kan soal ni?" Ren menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

Tengoklah, Qisya boleh ketawa gembira lagi. Sedangkan dia sedang diulit resah selepas mendengar semuanya.

"Ren, luka dalam hati aku tak mampu untuk kau nampak secara luaran. Cukuplah biar aku saja yang tahu perasaan aku."

"Lia, you can change the situation. Apa kata kau terus terang tentang siapa kau pada Fareez? Beritahu kisah sebenar pada family kau kenapa kau tak balik selama 8 tahun."

"Untuk apa?" Tangan Qisya menggigil kecil. Dia sorokkan tangannya di bawah beg tangan yang diletak atas paha. Jika Ren mahu mengungkit kisah lalu, dia tidak mahu.

"Kau dan aku, kita sama-sama tahu yang ada sebab kenapa kau tak balik selama tempoh tu. Mana tahu kalau family kau tahu, dia orang akan berhenti salahkan kau."

"Dan biarkan mereka pandang aku dengan pandangan simpati? Macam semua orang pandang aku waktu kejadian tu? Pandangan simpati yang sama? Nak suruh mereka kasihankan aku? Macam tu ke Ren?" soalnya dengan nada bergetar.

Ren hela nafas berat. Dia mendekatkan badan merapati meja yang memisahkan mereka dan menatap Qisya tidak lepas. "Lia, pandang aku."

"No."

"Lia, calm down. Kau ada aku."

Qisya menurut. Dia setuju membuat eye contact dengan Ren, lama kemudian gigilannya berkurang.

"Mereka tak akan pandang simpati dengan kau. Kenapa pula kau nak fikir macam tu? Jangan hukum diri atas kesilapan lalu, Lia. Tu bukan salah kau."

"Hakikatnya aku yang bersalah kerana terlalu menaruh hati pada lelaki yang bukan milik aku. Aku yang bodoh, Ren. Tak usahlah kau nak tenangkan hati aku, pendirian aku tak dapat ubah lagi. Aku yang bersalah dalam hal ini."

"Kau tahu tak yang sekarang ni kau tengah tak adil dengan diri kau sendiri? Kau hukum diri kau, atas kesalahan yang terang-terang bukan semuanya salah kau. Kau sendiri cakap kejadian tu berlalu disebabkan salah Fareez juga? Adil ke tu Lia nak hukum diri kau sekarang?" pujuk Ren lembut.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now