BDTA | 50

3.5K 186 56
                                    

I'm tired of all this drama. I've given
'us' enough chances.
—-

"Atiqah."

"Qisya. Ya Allah rindunya aku pada kau."

Sempat dua sahabat itu berpelukan di hadapan pintu.

"Datang seorang aje ke? Fareez mana?" Atiqah menjenguk luar pagar.

"Fareez kerja, overtime katanya. Dah 3 hari aku tak jumpa dia, lepas balik rumah kau ni aku nak gerak hospital terus." ujar Qisya. Nak gerak pergi hospital untuk jumpa Fareez sebab dah tiga hari Fareez tak balik rumah. Call tidak, mesej pun tidak.

Betul-betul sibuk nampaknya si suami. Kasihan.

Atiqah disapa rasa pelik. "Tapi Emir cakap---" Kata-kata Atiqah terhenti separuh jalan.

"Emir cakap apa, Atiqah? Kau ni suka cakap separuh."

Atiqah geleng. Mungkin Emir salah beritahu jadual Fareez kut, lagi pun bukan sentiasa suaminya sama syif dengan Fareez.

"Tak ada apalah. Kau duduk la dulu, aku pergi buat air."

"Eh tak payah susah-susah. Sejak aku mengandung ni, aku susah nak makan atau minum melainkan aku betul-betul lapar." tegah Qisya.

Selera makannya menurun dan tidak seperti ibu mengandung yang lain yang kerap makan. Kalau dia rasa nak makan banyak, dia akan makan.

"Bahayalah macam tu. Kau tengah bawa satu nyawa dalam perut kau, nanti jadi apa-apa macam mana?" nasihat Atiqah.

"Aku tahu, tapi kalau bila aku makan aku muntah balik sama aje. Baik tak payah makan." Qisya balas selamba.

"At least kau makan. Muntah balik tu lain cerita. Mungkin kau belum jumpa makanan yang sesuai dengan tekak ibu mengandung kau tu. Nanti minta encik abang sayang kau tu masakkan makanan lain pula untuk kau, setahu aku Fareez handal masak western food."

"Baiklah Puan Atiqah. Aku tunggu suami aku balik lah ni, nak makan masakan dia."

"Manja kan kau ni. Dulu beria tak nak Fareez."

"Sekarang siapa cakap aku nak? Baby yang nak makan masakan ayah dia, bukan aku. Aku ikutkan aje selera baby aku." nafi Qisya berdalih. Dia membina tembok dengan Atiqah berbanding Ren, sebolehnya dia tak nak Atiqah tahu masalah perasaannya.

Atiqah dah berumah tangga, untuk dia bebankan fikiran Atiqah dengan hidup dia yang huru-hara, lebih baik dia meluah pada Ren. Bukannya dia nak menggatal dengan Ren pun, cukup sekadar teman baik.

"Malu nak mengaku, eh? Tak apa, aku faham."

"Eh baby kau mana? Nak tengok baby kau, mesti comel."

Atiqah menarik tangan Qisya masuk ke dalam bilik bayinya berada. Qisya menyengih gembira. Atiqah tersenyum kecil melihat Qisya yang kelihatan teruja apabila melihat anaknya yang sedang nyenyak diulit mimpi.

"Boleh aku dukung?" Qisya meminta kebenaran.

Soal bayi orang ni kita kena sensitif sikit. Jangan peluk dan cium tanpa kebenaran ibu bapa bayi. Nanti jadi macam kes bayi kena jangkitan kuman macam yang selalu disiarkan di dada akhbar.

"Boleh."

Qisya terus mendukung bayi comel Atiqah. Spontan dia tersenyum apabila dapat meletakkan jari telunjuk dalam genggaman jari jemari si kecil.

"Comelnya dia. Apa nama awak sayang?" Pipi si kecil Qisya usap lembut.

Geramnyaaa. Tak sabar Qisya nak tunggu anak sendiri keluar.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now