BDTA | 11

2.8K 115 1
                                    

If it still makes you cry, it still matters
---

Malam itu terasa sungguh sunyi sepi.

Aneh sungguh malam ini, tiada bunyi burung yang menemaninya di kala dia sedang dihurung kesedihan. Tiada bunyi cangkerik mahupun desiran angin.

Yang ada cuma langit yang muram menemaninya dalam seribu kegelapan dan kesunyian. Langit yang gelap gelita sudah cukup menandakan hujan bakal turun tidak lama lagi.

Tidak semena-mena bunyi kilat memecahkan kesunyian malam itu. Sinar cahaya yang memancar sedang mula menghiasi langit.

Walaupun begitu, kaki Qisya masih statik berdiri di balkoni. Fikirannya melayang-layang memikirkan perkhabaran yang disampaikan oleh Atiqah petang tadi.

"Sedapnya roti sosej ni, kau masak sendiri ke beli ni?" Atiqah bertanya dengan mulut yang masih penuh dengan makanan. Bibirnya sudah comot dengan sos dan mayonis.

Qisya tersenyum lebar memandang sahabatnya yang begitu berselera sekali petang itu. Qisya saja ingin menjenguk Atiqah di rumah dan menghabiskan masa dengan gadis itu sebelum Atiqah pergi menyambung pelajarannya di negeri bawah bayu.

"Aku masak sendiri lah. Sedap tak? Aku baru belajar resepi tu tau, abang ipar aku yang ajar."

Sepanjang Qisya bekerja part time di kafe kakak dan abang iparnya, dia dilayan begitu baik sekali . Sudahlah dia mendapat gaji penuh seperti pekerja yang lain walaupun dia hanya bekerja dari pagi hingga ke petang saja malah dia turut diberi duit makan.

Bila ditolak, mereka memaksanya mengambil juga atas alasan ' kita sekeluarga ' .

Bukan itu sahaja, abang iparnya tidak lokek untuk mengajarkan resepi roti dan kek yang istimewa di kafe itu kepada Qisya. Seharusnya resepi itu hanya akan diajarkan kepada pekerja yang full time sahaja kerana dikhuatiri resepi istimewa itu akan didedahkan kepada orang lain jika diajarkan kepada pekerja part-time.

Qisya hanya mampu memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga atas kebaikan keluarga kakaknya dan berdoa supaya kebaikan mereka dibalas oleh Allah.

"Sedap sangat-sangat la ni. Aku tak pernah jumpa roti sosej yang lembut dan penuh berkrim macam ni. Cheese banyak -banyak sampai satu lori pun takkan muak la kalau dimasak macam ni!" Bersungguh-sungguh Atiqah menerangkan betapa sedapnya roti sosej itu sampai tangannya diangkat tinggi membentuk thumbs up.

Qisya yang mendengar sudah terhambur ketawa . "Amboi kau, cheese satu lori ye. Tak takut gemuk ke?"

Atiqah turut ketawa. Namun beberapa saat kemudian, ketawanya mati.

"Kau kenapa ni? Rasa pedas ke?" Qisya bertanya laju. Takut pula kalau kalau dia terletak banyak sangat sos.

Dia pelik dengan perubahan Atiqah yang tiba tiba sahaja berhenti ketawa dan mukanya seperti sedang dihambat rasa bersalah.

"Aku ada benda nak bagitahu kau ni." ujar Atiqah. Atiqah meletakkan roti sosej yang masih tersisa ke atas pinggan .

"Apa?"

"Fareez. Fareez dia sebenarnya." Atiqah tergagap gagap meneruskan kata-kata.

"Kenapa dengan Fareez?" Dahi Qisya berkerut. Sejak bila pula Atiqah gagap ni.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now