BDTA | 41

3K 152 17
                                    

Izinkan dia bahagia. Walau hanya seketika dan walau bukan dengan cara kita.
---

QISYA AULIA DIMASUKKAN KE HOSPITAL KERANA ALAHAN MAKANAN.
- Tular di media sosial semalam, ada pihak yang memuat naik kenyataan Qisya Aulia sedang dirawat di sebuah hospital swasta. Pengurus kepada model terkenal itu tampil beri penjelasan dan pihak agensi akan mula menyiasat ramuan yang terkandung dalam semua hadiah yang diberi dan dihantar kepada agensi sempena hari jadi model itu semalam.

"Ya Allah, Qisya." Qistina hampir jatuh terduduk mujur Adam masih sempat menyambut tubuh isterinya.

"Sabar, sayang." Adam cuba menenangkan Qistina. Hatinya turut rasa berkecamuk melihat artikel media yang telah tular pagi tadi.

"Macam mana dia boleh terkena alahan? Qisya tak pernah makan apa-apa yang dia tak boleh makan, dulu arwah mama dan papa saya selalu pantau pemakanan dia. Bila dah dewasa ni Qis yakin yang dia sendiri tahu pantang larang makanan yang patut dia elak." ujar Qistina dengan nada runtun.

Dari kecil lagi Puan Adjwa dan Encik Ikhmal selalu memantau pemakanan Qisya kerana Qisya alah kepada kacang dan telur mentah.

Bukan sahaja Puan Adjwa dan Encik Ikhmal , tapi tok wan dan nenek di kampung juga sama. Semuanya menjaga pemakanan Qisya.

Sampai satu tahap, Encik Ikhmal tidak membenarkan sebarang kacang dan telur dibeli di rumah mereka sebagai langkah berjaga-jaga. Biarlah mereka tidak dapat makan telur sekalipun, asalkan Qisya tidak sakit.

Arwah nenek juga sanggup masak nasi lemak tanpa telur. Bayangkan nasi lemak yang dihidangkan tanpa telur, apa agaknya rasa nasi lemak itu. Tentulah rasanya tidak lengkap. Tapi mereka tidak kisah, asalkan kesihatan Qisya terjaga.

"Qisya memang alahan pada kacang ya kak?" Ainin menyoal. Ainin kurang tahu tentang adik iparnya kerana suaminya sendiri tidak pernah bercerita.

"Qisya alah pada kacang dan telur. Ini mungkin sebab kek hari jadi yang dia makan, kan semalam hari jadi adik. Mesti Qisya makan kek yang ada kacang sebab alah dia pada kacang lagi teruk dari telur." Adam memberitahu lagi.

Bukannya adik iparnya tak pernah makan kek, tapi tahap alergi Qisya pada kek boleh dikawal lagi kerana telah diaduk dengan ramuan lain berbanding makan telur mentah begitu sahaja.

Sudah berapa lama dia berkahwin dengan Qistina, semua hal tentang adik iparnya semua dia sudah tahu dan ambil maklum. Sebagaimana Qistina dan arwah mentuanya sangat menjaga Qisya dan Haykal,  dia sebagai abang ipar turut ambil kesah tentang adik-adik iparnya.

"Mungkin Fareez tak tahu pasal ni." duga Ainin sambil mengusap lembut bahu Qistina.

"Mungkin juga. Tapi Qisya tahu dia alergi, tak akan lah dia tak beritahu pasal alergi dia pada suami sendiri?" Adam disapa rasa hairan.

Qistina hanya mengunci bibir, tak tahu nak cakap apa. Namun dia rasa geram pula tengok Haykal macam tiada perasaan sekarang sedangkan semuanya dah tunjuk muka risau.

"Haykal, semalam kau jaga kedai akak kan." tanya Qistina. Dia ingin mendapatkan kepastian.

Tak pernah-pernah sepanjang dia buka kafe ni Haykal menawarkan diri untuk jaga kafe. Semalam adalah kali pertama. Rasa macam ada benda tak kena di sini.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now