BDTA | 55

3.6K 220 42
                                    

Yang mana kaca dan yang mana permata
-----

"Seronok bawa jantan masuk rumah?"

Zzup ! Qisya terasa dunianya terhenti seketika.

"Siapa pula yang fitnah saya kali ni? Awak dengar dari mulut siapa pula?" tanya Qisya lemah.

"Saya nampak dengan mata saya sendiri, ada jantan masuk rumah ni dan berdua-duaan dengan awak, sayang!" ujar Fareez dengan mata berkaca-kaca.

Fareez sudah pulang ke rumah petang tadi tapi dia memberhentikan kereta di bahu jalan apabila ternampak sebuah kereta meluncur laju masuk ke halaman rumah mereka. Fareez hanya nampak tubuh lelaki mengetuk pintu rumah mereka berulang kali sebelum Qisya sendiri membukanya dan mereka sama-sama masuk ke dalam rumah.

Malas Fareez ingin tunggu lama, terus dipecutnya kereta meninggalkan kawasan perumahan dan pergi menenangkan diri di taman berdekatan sebelum dia pulang sekarang.

Bukan menenangkan diri sebenarnya tapi lebih kepada berfikir tentang kebenaran kata-kata Areesya padanya pagi tadi.

"Tadi tu Haykal yang datang." tutur Qisya tanpa riak.Tangannya mencengkam erat bahu sofa dan perlahan-lahan dia menggagahkan diri untuk bangun sendiri. Tak kan nak minta tolong pada Fareez, sedangkan Fareez sendiri dah nampak dia tersungkur kat sini tadi tapi tak ada niat langsung nak tolong dia.

"Awak buat apa dengan Haykal ? Sampai rambut awak serabai macam ni?" Fareez mula ingin menuduh.

Qisya memandang rambutnya. Betul lah apa yang Fareez cakap. Rambutnya sudah serabai kerana ditarik kuat oleh Haykal tadi. Tapi Fareez mulalah nak fikir dia buat benda tak senonoh dengan Haykal.

"Haykal datang sini , marah-marah saya dan tarik rambut saya. Cukup jelas tak penjelasan saya?" tutur Qisya lembut. Dia sudah tiada daya lagi nak bertekak.

"Sampai bila awak nak tipu saya, Qisya Aulia Binti Mohd Ikhmal tentang Haykal Iman Bin Mohd Ikhmal?" soal Fareez penuh sinis dengan suara serak basahnya. Alisnya terangkat meminta penjelasan dari Qisya.

Dia memang tidak menyangka, sama sekali dia tidak terfikir yang Qisya dan Haykal, kawan baiknya sendiri itu adalah adik beradik. Sepanjang Fareez berkenalan dengan Haykal, tidak sekali pun Fareez terdetik nak hafal nama penuh Haykal.

Jadi, apabila Areesya memberitahunyatadi, dunianya terasa seperti kosong. Dia rasa seperti diperbodohkan. Jadi selama ini , keluarga Haykal, abang Adam dan kak Qistina yang dianggap seperti keluarga keduanya adalah sebenarnya keluarga mertuanya sendiri?

Sungguh dia rasa ditipu hidup-hidup. Pandai sungguh mereka semua berpura-pura tidak mengenali Qisya padahal Qisya itu keluarga mereka sendiri.

"Berapa lama lagi awak nak tipu saya ? Kononnya awak tiada keluarga, tapi sebenarnya apa? Haykal tu rupa-rupanya abang awak, sayang! Saya suami awak, sayang! Atau awak anggap saya ni hanya orang luar pada awak?" lirih suara dia menyambung.

Pertama kali mereka berkenalan,

"Saya tiada keluarga" . Ini yang Fareez percaya tentang Qisya.

"You tak tahu ke Haykal tu abang Qisya? Dan pemilik kafe ni adalah kakak dan abang ipar you?"

Kata-kata Areesya membuatkan Fareez ingin menjerit kegeraman. Kalau ikutkan barannya, ingin sahaja dia berjumpa dengan Haykal sekarang dan membelasahnya bertubi-tubi.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now