BDTA | 54

3.5K 185 38
                                    

Mungkin benar, pengakhiranku akan memberi bahagia pada semua yang menderita.
----

"Dia akan sembuh?"

"Kali ni aku tak tahu."

"Kita doktor, Ren. Kenapa mesti wujud ragu-ragu dalam bidang perubatan?"

"Tapi kita bukan Tuhan, Emir." ujar Ren mematahkan harapan Emir.

Emir meraup wajah. Dia tersandar duduk kerana tidak sampai hati melihat Qisya yang termenung lesu dengan Fareez di sebelah tidak jemu cuba berbicara dengan Qisya tetapi Qisya buat pekak saja.

"Kau dah nasihatkan kawan kau?"

"Fareez?" Rahang Emir bergerak-gerak menyebut nama rakannya. "Aku akan pastikan dia sedar juga walau kena guna cara macam mana cara sekalipun."

"Kita kena cari jalan lain untuk bantu selamatkan rumah tangga mereka. Aku tak nak Fareez makin tersasar jauh."

"Dan aku pun tak nak Lia semakin bina tembok dengan Fareez. Apa yang aku nampak, mereka berdua saling menyakiti satu sama lain. Fareez dengan rahsia dia dan Aulia pun ada rahsia yang dia simpan dari korang semua. Mereka sendiri tak nak jujur, tengoklah sekarang apa yang jadi." bebel Ren.

Emir ketawa dalam riak seriusnya. Tak sangka dia boleh duduk berbincang dengan Rizal hanya kerana ingin mengajak lelaki itu untuk berkomplot membuat sesuatu untuk menyedarkan Fareez dan Qisya.

"So far macam mana? Kau perlukan pertolongan aku?"

"Erk tak kut, aku hampir berjaya. Kali ni aku akan cari tahu siapa sebenarnya perempuan tu. Aku akan cari tahu apa sebenarnya motif Areesya datang balik dalam hidup Fareez." ujarnya penuh semangat.

Ren angguk. Baguslah. Dia pun ada misi untuk diselesaikan. Dia bukan saja-saja balik Malaysia.

"Bila kau nak bagitahu aku apa sebenarnya yang jadi pada Qisya sampai dia tak balik sini bertahun lamanya, Ren? Aku yakin kau tahu sangat kenapa dia tak balik."

Ren tepuk bahu Emir seraya menggeleng. Beberapa ketul kuih keria dia capai dan selamat masuk dalam mulutnya. "Sampai masanya aku bagitahu. Sikit saja lagi Emir, aku nak kau bersabar dengan aku sekejap saja lagi. Once aku dah berjaya selesaikan misi aku dan kau pun berjaya cari tahu motif Areesya, aku janji aku akan cerita semuanya. Waktu tu aku harap antara kita berlima dah tak ada rahsia lagi. Aku nak Haykal pun terlibat sama dengar perkara sebenar tentang adik dia."

"Rahsia tu, terlalu besar ke Ren?"

Ren senyum hambar. Kunyahannya makin perlahan.

"You will see and understand how Qisya lives her life in suffering, and that is the reason why she hates Fareez so much."

"Kalau kau gagal dalam misi kau, macam mana? Kalau apa yang kita berdua rancangkan tak jadi kenyataan, kau akan buat apa?"

"Then pada saat itu aku terpaksa bawa Qisya lari jauh dari korang. Bersedia untuk hilang Qisya jika pada kali ini pun korang semua tak boleh 'baiki' dia. I really mean it, Emir."

Kata-kata Ren lagi lah membuatkan Emir makin bersemangat untuk menyedarkan Fareez.

Kata-kata Ren lagi lah membuatkan Emir makin bersemangat untuk menyedarkan Fareez

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now