01'

732 85 2
                                    

🐶Jgn lupa vote and comment.
🐶Enjoy!

•───────────────────•

"Pastukan goblin tu......"

Haewon cuba menapis telinganya daripada mendengar cerita Eunmin pasal goblin tu. Tak tahulah Haewon drama apa yang Eunmin tu tengok. Excited betul dia bercerita.

"Okay2. Yg penting goblin tu hensem."

Hm. Dah agak. Kalau dah drama supernatural power ni, memang hensem-hensemlah orangnya. Contoh, macam globin. Elok rupa Gongyoo tu jadi hero.

"Kau dengar tak apa aku cerita tadi ni?" tanya Eunmin sambil menepuk meja tu kuat.

"Hmmm...tak." balas Haewon selamba.

"Ish....kau ni." Eunmin memeluk tubuhnya dan menjuih bibirnya, tanda merajuk.

"Yelah. Aku mana percaya benda-benda macam ni. Aku ni orangnya berfikiran logik sikit."

"Aku tak suruh kau percaya. Aku suruh kau dengar cerita aku."

"Masalahnya cite kau merepek, Eunmin. Aku takleh relate."

"Ceh....takleh relate konon. Nanti satu hari kau jumpa, padan muka kau. HAHAHAHAHAH."

"Kau sumpah aku ke apa ni?" tanya Haewon. Risau pulak klu jadi betul-betul.

"Ya. Biar padan muka kau."

"Klu aku jumpa, aku bagilah kau. Apa susah?"

"Bagus jugak cadangan tu. Lagi-lagi klu hensem. AHHHH! Bahagia!"

Eunmin mencantumkan kedua-dua belah tangannya dan diletakkan di dadanya. Kepalanya sedang seronok berangan. Kan best kalau apa yang Haewon cakap tu jadi betul.

Haewon hanya menggeleng kepalanya berkali-kali. Pening dengan perangai kawannya. Nasib sayang. Kalau tak, dah dalam tanah dah.

──── ◉ ────

Haewon berjalan ke rumahnya selepas pulang dari library. Dia ada perbincangan berkumpulan tadi. Lepas pukul 10, barulah dia dapat balik. Nasiblah perbincangan tadi berjalan lancar. Kalau tak, memang dia tidurlah kat situ jawabnya.

Dia menyanyi-nyanyi kecil kerana telinga sedang mendengar lagu kegemarannya. Tiba-tiba, dia rasa tak sedap hati. Dia cabut earphone dan pandang kebelakang.

"Woof....." Seekor anjing kecil sedang berjalan terhincut-hincut kearah sambil menyalak kecil.

"Ohhh.....kesian dia. Kenapa ni?"

Haewon pergi kearah anjing tu kemudian dia mengangkat masuk kedalam pelukannya. Bulu amjing tu berwarna putih, lembut. Matanya pun berwarna biru laut. Macam anjing Samoyed.

"Dia lapar ke? Takpelah. Kita balik rumah dulu."

Anjing tu dibawa balik kerumah tanpa dia fikir panjang. Sampai di rumah, Haewon meletakkan dia diatas sofa dan dibalut selimut.

"Kejap ye. Haewon nak mandi dulu." kata Haewon lalu mengusap kepala anjing tu perlahan.

Haewon pun masuk ke biliknya dan membersihkan diri. Dia juga melepaskan penatnya didalam bilik sekejap sebelum dia nak bagi anjing tu makan. Nasiblah kat rumahnya ada makanan anjing sebab dia pernah jaga anjing Eunmin.

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now