29'

284 57 2
                                    

🐰 Jgn lupa vote and comment!
🐰 Enjoy!

•───────────────────•

Mark masuk kedalam bilik Renjun dan dia berjalan menuju ke arah katil. Dia melabuhkan punggungnya di sisi katil tu sambil memandang Renjun yang sedang nyenyak tidur.

Tangan Renjun yang kecil tu diambil dan digenggam erat. Kepala Renjun juga diusap perlahan.

"Mark......aku tak tahu kuasa ni mampu ke tak untuk pulihkan keadaan Renjun dan tumbuhkan ekor dia balik. Aku terpaksa minta tolong kau."

Ayat Chenle tu terngiang-ngiang di kepalanya. Dia tahu kuasa Chenle memang dah tak kuat. Ikutkan pengiraan, memang tak cukuplah kuasa Chenle tu untuk pulihkan Renjun.

Jadi, dengan terpaksanya dia bagi kuasanya sikit untuk cukupkan kuasa Chenle yang sedikit tu. Dia memejamkan matanya sekejap dan dia mengalihkan kuasa yang ada didalam badannya kepada Renjun.

Sudah selesai, dia melepaskan tangan Renjun dan dia terbatuk kecil. Kepalanya rasa pening sedikit selepas dia mengalihkan kuasa tu. Mungkin sebab kuasa dia pun tidak banyak mana.

Tiba-tiba, pintu bilik tu terbuka dan Haewon berdiri di depan pintu tu. Mark terus berdiri dan berjalan kearah Haewon.

"Wae?"

"Chenle dan Jisung memang dah pergi ke?"

Mark tersenyap selepas mendengar soalan Haewon. Dia hanya menarik Haewon masuk kedalam pelukan dan mengusap belakang Haeown perlahan.

"Lagi satu, aku nak kau jaga Haewon. Sebab.....aku tak sengaja jadikan dia bride aku masa aku cium dia. Jadi, dia akan sedih bila aku takde nanti. Wlupun dia tak suka aku."

Haewon memang tengah sedih sekarang selepas mereka pergi lagi-lagi Chenle. Chenle dah takde tapi Haewon tetap bride Chenle selagi orang lain tak ambik dia.

Mark yang masih memeluk Haewon tu hanya mengeluh perlahan. Untuk werewolf macam dia, bukanlah senang nak jadikan Haewon bride dia macam Goblin buat. Jadi, dia sendiri tak boleh nak jadikan Haewon bride dia buat masa sekarang.

"Diaorang......memang dah takde ke?" tanya Haewon lagi.

"Ya. Diaorang dah takde wlupun kita tak nampak dia pergi." Mark memegang kedua-dua belah pipi Haewon. "Don't cry. Diaorang mesti tak suka klu diaorang tahu." pujuk Mark.

Haewon mengelap air matanya sambil mengangguk kepalanya perlahan. Dia pun tak mahu menangis lagi dan kena terima yg Chenle dah takde.

"Good." kata Mark dan memeluknya lagi.

──── ◉ ────

Renjun mengusap ekornya berkali-kali. Betul ke ekor dia dah ada sembilan semula? Dia salah nampak ke? Macam mana ekor dia boleh tumbuh?

Dia berlari keluar dari bilik dan pergi menjelajah satu rumah tu. Dia nak cari Chenle. Dia nak tanya kenapa ekornya tiba-tiba tumbuh.

"Renjun." panggil seseorang.

Renjun menoleh ke belakang lalu dia nampak Haewon disitu. Dia berlari kearah Haewon dan memegang kedua-dua belah tangannya.

"Mana Chenle? Aku nak....."

"Dia dah takde." balas Haewon.

Renjun terkaku dan dia memandang Haewon dengan pandangan terkejut. Dia tak dapat percaya yang Chenle dah takde. Chenle pergi mana?

"Dia dah takde lepas dia bagi kuasa kat kau." Haewon mengusap ekor Renjun sambil mengira ekor Renjun kemudian dia tersenyum. "Cukup. Ada sembilan."

"Tapi, Chenle......"

"It's okay. Dia yang relakan diri dia untuk bagi kau kuasa tu. Jgnlah risau."

Renjun memejamkan matanya rapat. Dia tak sempat nak cakap apa-apa pun dengan Chenle. Wlupun perkataan 'terima kasih' dan 'maaf'.

Patut ke Chenle yang kasi kuasa dia kat Renjun? Bukan dia yang buat Renjun sensara tapi abang dia. Chenle yang mempertahankan ekor dia jadi perlu ke dia berkorban?

"Renjun....." Haewon mengusap kepala Renjun perlahan. ".....jgnlah rasa bersalah. Chenle tak marah atau kecewa pun. Dia memang datang atas muka bumi ni untuk cari kau. Jadi, dia kenalah pergi lepas dia dah buat tugas dia." pujuk Haewon.

"Aku pun sedih. Dia pergi tiba-tiba. Macam angin. Sama macam Jisung. Jisung pun dah takde." sambung Haewon.

"Jisung pergi mana?" tanya Renjun.

"Dia ikut Chenle. Dia pun dah jumpa kat mana Appa dia kena kebumi. Jadi, dia pun pergi sama-sama."

Keluhan berat dilepaskan oleh Renjun. Dia mencangkung disitu dan membenamkan mukanya di antara lututnya. Ingin saja dia menangis tapi ditahan juga. Dia dah terlalu penat untuk menangis.

Haewon juga ikut mencangkung dihadapan Renjun dan dia mengusap paha Renjun perlahan. Seketika selepas itu, Haewon cakap sesuatu.

"Klu kau pergi dunia gumiho kau balik, kau nak?" tanya Haewon.

Renjun mengangkat mukanya dan memandang Haewon lama. "Kenapa aku kena pergi sana balik?"

"Tu tempat kau. Lagipun, ekor kau dah cukup. Tak perlulah kau takut kan?"

"Klu diaorang khianat aku lagi macam mana?"

"Kau tak pergi, kau tak tahu. Lagipun, dah 500 tahun kau tinggalkan tempat tinggal kau. Kau bukan manusia biasa yang boleh duduk kat dunia aku macam ni. Aku taknak kau tersakiti dengan manusia lagi. Jadi, lebih baik kau duduk di dalam kelompok kau sendiri."

Haewon cuba memujuk Renjun. Renjun pun masih keliru. Dia mahu balik ke tempat halamannya, tempat dia lahir tapi dia juga tak mahu balik sebab dia takut.

"Aku teman kau balik."

Renjun tenung mata Haewon dalam-dalam selepas dia cakap begitu.

"Aku teman kau balik. Klu kau tak selesa atau taknak, kau duduk dengan aku kat sini. Sampai bila-bila." sambung Haewon.

Renjun berfikir sejenak lalu dia mengangguk kepalanya. Haewon tersenyum kecil kerana dia berjaya memujuk Renjun. Dia tak mahu Renjun tersekat dan duduk kat dunia manusia. Dia nak Renjun hidup selesa dengan puak dia sendiri dan ada kebebasan diri.

Dia taknak Renjun terseksa lagi seperti sebelum ini. Dunia manusia ni lagi menyeramkan dari apa yang boleh dijangka.

Dan, dia sayang Renjun. Sebab tu dia buat keputusan macam ni.

•───────────────────•

《 To Be Continued 》

•───────────────────•

Out of topic, tapi sian Lucas.
Walaupun dia salah, forgive him.
Manusia tak sempurna. 😢
Kita bukan malaikat. 😞

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now