27'

286 48 0
                                    

🐶 Jgn lupa vote and comment!
🐶 Enjoy!

•───────────────────•

Haewon mengusap kepala Renjun perlahan selepas dia tertidur di atas katil itu. Dia menangis teruk sangat tadi sampaikan dia dahnak pengsan di ruang tamu.

Haewon bawalah dia pergi bilik dan tenangkan dia. Tak lama lepas Haewon teman, Renjun dah tertidur. Haewon menutup badan Renjun menggunakan selimut dan dia keluar dari bilik tu.

Sekarang, dia nak tengok Chenle pula. Chenle pun sama je macam Renjun tadi. Menangis macam nak mati. Haewon fahamlah kenapa mereka menangis begitu. Pengalaman pahit lagi bertahan lama dalam ingatan daripada pengalaman manis.

"Chenle...." Haewon memanggil Chenle yang sedang duduk di ruang tamu tu. Chenle menoleh kebelakang dan tersenyum kecil.

"Renjun dah tidur ke?" tanya Chenle.

"Dah. Kau ni......okay ke tak?" Haewon bertanya sambil melabuhkan punggungnya disebelah Chenle.

Chenle menggeleng kepalanya. Sape je yang boleh okay lepas semua benda yang jadi? Mungkin klu malaikat yang takde perasaan pun boleh menangis.

"Aku nak tumbuhkan ekor Renjun balik."

Haewon menoleh kearah Chenle. "Aku faham niat baik kau. Tapi......kau nak pakai kuasa apa, Chenle? Kuasa kau pun dah tak kuat."

"Aku sanggup bagi semua kuasa aku untuk tolong Renjun dan tebus dosa aku."

"Tu bukan dosa kau. Tu dosa abang kau yang tak guna lagi membebankan tu."

"Tapi klu aku dah halang dia awal-awal, mesti dia tak pergi kan?"

Chenle mengeluh perlahan. "Aku tahu dia nak pergi dunia gumiho tu. Dan aku biarkan. Aku fikir dia just nak attack gumiho. Tapi tak sangka dia buat Renjun sampai macam tu. Yeah......semua yang jadi ada juga salahnya dari aku."

Haewon faham dengan apa yang Chenle cuba sampaikan. Dia tahu kenapa Chenle rasa bersalah. Klu Chenle kasi semua kuasa dia kat Renjun, apa yang jadi kat dia?

"Apa jadi kat kau klu kuasa kau dah takde?"

"Yang tu kau tak perlu tahu. Aku just nak kau tahu yang aku suka kau. Aku sayang kau. Just keep in mind about that." kata Chenle.

"Chenle, aku kena tahu juga."

"Takyah."

"Klu apa jadi kat kau, macam mana?"

Chenle memejam matanya seketika dan dia memandang Haewon lama. Dia taknak bagitau pada yang akan jadi apa dirinya lepas kuasa dia hilang.

"Just remember this."

Chenle ingin meletakkan bibirnya di bibir Haewon tapi niatnya terbatal. Dia hanya memegang pipi gadis itu dan mengusapnya perlahan.

Mata mereka bertemu lama. Chenle seperti rasa mahu menangis semula bila dia lihat Haewon begitu. Dia......taknak tinggalkan gadis ini disini.

"Saranghae. Jinjja...." kata Chenle dengan suaranya yang perlahan.

Haewon tidak membalas apa-apa. Klu nak dibandingkan perasaan dia dan Chenle memang tiada tandingannya. Dia tak sepenuhnya suka dengan Chenle sebagai seorang lelaki. Haewon juga rasa bersalah sebab dia macam mempermainkan perasaan Chenle sekarang.

"Chenle, aku......"

"Aku tahu. Kau tak suka aku. Aku tahu fakta tu. Aku cuma......nak jadi tamak sekarang. Aku nak kau." Ayat Chenle membuatkan Haewon terkaku dan dia hanya senyap, tidak membalas apa-apa.

"Mianhae." kata Chenle dan dia meletakkan bibirnya di bibir Haewon.

──── ◉ ────

"Jisung......klu goblin hilang kuasa, apa jadi kat dia?" tanya Haewon.

Jisung yang minum air tu memandang Haewon sekilas. Pelik juga dia sebab Haewon tiba-tiba tanya begitu.

"Emm......mati?" balas Jisung.

"Mati?!"

"Bukanlah mati tapi.......dia akan hilanglah dari bumi and duduk kat dunia mereka sendiri. Sebab goblin ni kan, orang dah mati. So, kitaorang just hilang dari bumi dan duduk kat tempat sepatutnya orang mati ada." terang Jisung.

Haewon mengigit bibir bawahnya tu perlahan. Maksudnya, lepas Chenle bagi kuasa dia kat Renjun, dia hilanglah dari bumi kan? Chenle takkan duduk sini kan?

"Kenapa kau tanya macam tu?" tanya Jisung selepas nampak Haewon senyap.

"Ah......takde pape. Aku pergi dulu." kata Haewon dan berlari dari situ.

Dia ingin mencari Chenle. Dia nak cakap ngan Chenle sebelum Chenle hilang dari sini. Dia taknak Chenle tinggalkan dia macam tu je. Dia nak cipta memori dengan Chenle dulu.

Sebelum Chenle pergi tinggalkan dia.

•───────────────────•

《 To Be Continued 》

Nik update dua part sebab part ni cam bosan sikit 😋

(C) Undecided Bride || NCT DreamTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon