17'

337 56 3
                                    

🦊 Jgn lupa vote and comment.
🦊 Enjoy!
🦊 Kiss scene alert ⚠️

•───────────────────•

"Haewon!"

Haewon terus memandang kearah pintu selepas mendengar orang menjerit. Haewon pun turun dari katil dan bergegas keluar dari bilik, mencari punca jeritan tu.

Sampai saja di ruang tamu, dia ternampak Eunmin sedang tercungap-cungap disitu. Eunmin terus berlari kearahnya lalu memeluk badan Haewon erat.

"Kau okay tak wei? Tadi Chenle cakap kau nangis je sebab Jeno. Aku risaulah pasal kau." kata Eunmin dan menepuk bahu Haewon berkali-kali.

Haewon tidak membalas apa-apa tapi cuma meletakkan dagunya di bahu Eunmin. Dia sendiri tak tahu dia okay ke tak. Dia rasa okay bila mereka pujuk dia macam ni dan bila dia teringat pasal Jeno, dia sedih balik. Benda tu berulang-ulang sehingga ke hari ni.

"Okay kot. Just let me do this for a while." kata Haewon dan Eunmin masih memeluknya.

──── ◉ ────

Haewon melangkah ke dapur untuk mengambil air dan melegakan tekaknya. Cawan dicapai dan dia menuang air sejuk kedalam tu. Eunmin yang datang tiba-tiba tadi sudah pulang selepas mereka luangkan sama-sama.

Eunmin cerita yang dia risau pasal Haewon sebab Chenle call dia and cakap aku murung pasal kematian Jeno. Terus kelam kabut datang sini untuk berjumpa Haewon.

Eunmin pun ada marah Haewon juga selepas Haewon cerita pasal apa yang jadi antara Jeno dan dia. Haewon tersenyum kecil melihat telatah kawannya itu.

Tiba-tiba, dia terdengar bunyi seseorang teresak. Haewon terus menoleh ke belakang dan matanya meliar, mencari mana datang suara tu.

Dia berjalan menuju ke ruang kecil di sebelah kabinet dapur dan dia terkejut selepas melihat seseorang disitu.

"Jisung?"

Jisung yang sedang duduk disitu terus mengangkat kepalanya yang tunduk tadi. Dia mengelap air matanya lalu berdiri dan pergi dari situ.

Haewon tak sempat nak tanya apa-apa lagi, Jisung sudah hilang dari pandangannya. Haewon mengerut dahinya, berfikir kenapa Jisung menangis.

Kakinya melangkah ke sinki untuk meletak cawan tu bersama kepalanya yang masih berfikir. Dia memang tertanya-tanya kenapa Jisung nangis.

"Haewon."

Haewon memusingkan badan kebelakang lalu ternampak Chenle yang sedang berjalan kearahnya.

"Kau sedih lagi ke pasal Jeno?" tanya Chenle tiba-tiba. Haewon mengelip matanya berkali-kali. Dia pelik dengan Chenle yang tanya soalan begitu.

"Sedih lagi ke tak?" tanya Chenle lagi.

"Sedihlah. Baru beberapa hari yang lalu jadi peristiwa tu."

Chenle menganggukkan kepalanya kemudian dia merapatkan dirinya dengan Haewon sehingga pinggang Haewon terlanggar sisi sinki. Mukanya juga dia dekatkan dengan muka Haewon.

Haewon menarik mukanya menjauhi Chenle kerana bibir mereka hampir bersentuh. Dia memandang Chenle yang hanya beberapa inci didepannya itu.

"Wae?" Haewon bertanya.

"Aku taknak kau sedih lagi." balas Chenle.

"Jadi?"

"Cium aku. Sekarang."

Mulut Haewon ternganga sedikit. Dia sangat terkejut dengan apa yang Chenle minta dari dia. Dia tak sangka itu yang Chenle cuba buat tadi.

"Kenapa kena bercium?"

"Sebab aku nak."

"Aku tak......"

"Klu aku mati besok macam Jeno, macam mana? Kau tak tunaikan permintaan aku hari ni." kata Chenle sebelum Haewon menghabiskan ayatnya.

Haewon menelan air liurnya paksa. Dia tersentak kerana Chenle menyebut nama Jeno tiba-tiba. Rasa sedihnya mula berkumpul semula didalam hati.

"Cium aku." kata Chenle lagi.

Haewon memejam matanya dan mengangguk kepalanya perlahan, memberi keizinan untuk Chenle cium dia. Dia taknak apa yang jadi sebelum ni berulang. Dia taknak menyesal kalau Chenle betul-betul maksudkan apa yang dia cakap tadi.

Chenle pula terus meletakkan bibir dia yang suam tu di bibir Haewon. Tangan kanan Haewon dicapai dan dia usap perlahan untuk menenangkan Haewon. Tangan kiri Haewon pula di letak diatas sinki bersama tangannya sendiri dan mendalamkan ciumannya.

"Kenapa kau ugut aku macam ni, Chenle?" bisik hati Haewon dan cuba melembutkan bibirnya untuk Chenle.

──── ◉ ────

Haechan melangkah masuk kedalam rumah selepas pukul 12 tengah malam. Dia meluangkan masanya berseorangan di taman permainan berdekatan rumah Haewon tadi. Dia nak tenangkan diri dia yang serabut tu.

"Kau pergi mana malam-malam ni baru balik?"

Mata Haechan memandang ke hadapan lalu dia ternampak Mark sedang berdiri di ruang tamu. Haechan mengguling matanya keatas dan hiraukan Mark disitu.

"Aku nak bincang something." kata Mark lagi.

Haechan berhenti dari berjalan lalu dia menoleh kearah Mark. "Bincang apa? Macam mana kau nak hidupkan Songyun balik?" balas Haechan dengan ayat pedasnya.

"Tak. Aku nak cakap pasal kuasa kau."

"Kenapa kau nak sibuk pasal kuasa aku?"

"Aku tahu kau perlukan kuasa tu. Aku boleh bagi kau....."

Belum sempat Mark habiskan ayat dia, Haechan sudah tergelak besar. Dia tersenyum miring dan menenung mata Mark.

"Kau nak bagi kuasa kau? Kat aku? Jgn buat lawak. Kau pun macam nak mati aku tengok." balas Haechan dan berjalan menuju ke biliknya, meninggalkan Mark seorang diri.

Mark melepaskan nafas berat lalu dia melabuhkan punggungnya diatas sofa. Bulan separuh pada malam itu dia tenung melalui tingkap.

"Haechan......please kasi aku explain."

《 To Be Continued 》

•───────────────────•

Chenle......why you do that?.....

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now