30'

295 50 4
                                    

🐬 Jgn lupa vote and comment!
🐬 Enjoy!

•───────────────────•

Haewon dan Renjun jalan bersebelahan sambil berpegangan tangan. Mereka sekarang ada di dunia gumiho dengan bantuan Mark. Tak tahu macam mana Mark buat tapi sekarang mereka dah ada disitu.

Tangan Renjun yang Haewon pegang mula menggigil perlahan. Dia takut. Dia trauma dengan peristiwa sebelum ni.

"Renjun......relax." Haewon cuba menggenggam tangan Renjun erat-erat, cuba memberikan kekuatan pada Renjun.

"Aku takut." bisik Renjun perlahan.

"Pandang aku." Haewon memegang kedua-dua belah bahu Renjun dan dia menatap muka Renjun lama. "Aku ada. Don't worry. Kita tengok je. Klu kau taknak, kita balik. Okay?"

Renjun mengangguk kepalanya dan dia menghembuskan nafas berat. Tangannya mengerat pegangan tangan Haewon.

"Kaja." kata Renjun.

Mereka berdua sambung berjalan masuk ke kawasan kampung tu. Tempat itu seperti kawasan kampung Korea yang lama-lama. Rumahnya masih lagi kayu dan masih ada yang memakai kuda untuk membawa barang.

"Kejap, Haewon." Renjun berhenti berjalan sebentat dan dia menarik nafasnya dalam untuk menenangkan dirinya. Kepalanya tiba-tiba terimbas perkara yang lalu membuatkan dia berdebar.

Haewon menepuk belakang Renjun perlahan untuk beberapa kali. Renjun mengusap mukanya dan menghembuskan nafas sekali.

"Wah....."

Ada seorang budak perempuan yang tiba-tiba berdiri di hadapan mereka memandang Renjun lama dengan muka terkejut dan kagum. Renjun mengangkat keningnya kerana dia pelik dengan budak tu.

"Huang.....Renjun?" tanya budak perempuan tu.

Renjun memandang Haewon sekilas lalu dia mengangguk kepalanya perlahan sebagai jawapannya kepada soalan tadi.

"Wah! Huang Renjun ada kat sini!" jerit budak perempuan tu kepada kawan-kawannya yang tidak jauh dari situ.

Haewon memegang dadanya dan Renjun mengelip matanya berkali-kali kerana terkejut. Kenapa pula budak ni tiba-tiba menjerit?

"Mana? Mana dia?"

"Lawanya dia."

"Akhirnya dapat tengok dia depan-depan."

Renjun mengerut dahinya seribu. Macam mana pula mereka ni boleh kenal Renjun? Dah lama dia tinggalkan tempat ni. Takkanlah budak-budak ni dah hidup masa dia ada kat sini.

"Macam mana korang boleh kenal Renjun?" tanya Haewon kepada budak-budak tu selepas dia nampak Renjun senyap dan terkaku.

"Oh.....daripada 'gamsangsil'." balas salah seorang dari mereka.

"Apa tu?" tanya Renjun pula.

"Jom kitaorang tunjuk." Budak perempuan yang menjerit tadi menarik tangan Renjun dan Haewon dan bawa mereka ke sesuatu tempat.

Tak lama mereka berjalan, mereka sampai ke satu bilik kecil. Di depan bilik tu ada satu papan tanda yang tertulis nama Renjun disitu.

"Apa ni?" tanya Renjun.

"Jomlah masuk. Ada banyak benda kat dalam." kata budak tu lagi dan dia berlari masuk bersama rakan-rakannya.

"Jom try masuk." ajak Haewon pula. Renjun mula ragu-ragu nak masuk tapi selepas Haewon ajak, dia masuk saja.

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now