02'

509 70 9
                                    

🦁 Jgn lupa vote and comment.
🦁 Enjoy!

•───────────────────•

"Lee Jeno kau punya? Hah....." Chenle menjeling lelaki tadi. ".....kita semua tengah berebut dia sekarang. Takyah nak berangan nak cakap yang Jeno kau punya." balas Chenle.

Lelaki tadi menurunkan hoodienya. Terserlah rupanya yang cantik tu bersama rambutnya yang rapi, berwarna hitam.

"Aku tahu Jeno akan datang kat aku. Lagipun, kau goblin je. Sape je dalam dunia ni yang tak takut dengan grim reaper. Malaikat pencabut nyawa."

"Unluckily, aku tak takut dengan kau, Na Jaemin."

Chenle dan Jaemin memandang tajam sesama sendiri. Haewon yang memerhati mereka tadi menggosok matanya berkali-kali.

Dia tak mimpi kan? Grim Reaper? Na Jaemin? Zhong Chenle? Lee Jeno? Park Jisung? Goblin? Banyaknya yang berlaku dalam satu masa.

"Stop!" jerit Haewon. Mereka bertiga terus memandang Haewon.

"Apa korang ni? Jgn nak merepek dalam rumah aku boleh tak? Korang nak apa ni?" tanya Haewon.

"Lee Jeno." jawab mereka bertiga serentak.

"Sape dia tu?"

"Lelaki hybird. Dia boleh tukar jadi anjing. Aku tahu dia ada dalam rumah ni. Mana kau sorok dia?" Chenle ugut Haewon yang masih berdiri kaku di tempatnya.

"Dia ada kat sini."

Mereka memandang ke arah suara yang tiba-tiba datang. Lalu dia ternampak seorang lagi lelaki yang kecil badannya dan berambut hitam bersama lelaki yang suruh bersembunyi tadi. Lee Jeno.

"Kasilah dia baju. Kesian dia kena half naked macam ni." Lelaki tadi mengeluarkan ekor putihnya yang lebih dari satu dan menyembunyi badan Jeno.

"Aish.....mana datang gumiho ni pulak?" tanya Jisung lalu menggaru kepalanya.

"Sape pulak ni?" tanya Haewon. Macam mana pulak lelaki ni boleh masuk? Dia hampir jatuh pengsan sebab ternampak terlalu banyak lelaki yang datang tiba-tiba.

"Huang.....Ren.....Jun. Tu nama dia."

Haewon menjauhkan dirinya dan memandang sebelahnya selepas mendengar seseorang berbisik di telinganya. Kemudian,dia ternampak seorang lagi lelaki berdiri di sebelahnya tadi. Lelaki tu sedikit tinggi dan berkulit gelap sikit.

"Mianhae. Terkejut? Gwaenchana.....aku tak bunuh orang. Aku just hisap darah dia je." kata lelaki tu lalu tersenyum.

"Kau....."

"Hisap darah perempuan. Kau tertinggal perkataan perempuan, Lee.....Hae.....Chan." sambung seseorang.

Haewon memandang belakang dan ternampak lagi......seorang lelaki. Berambut agak serabai dan berwarna coklat gelap dan memakai t-shirt hitam yang terkoyak-koyak sedikit.

Dia ni miskin ke apa? Ke fesyen sekarang memang macam ni? Haewon berbisik dalam hati.

"Kau ni bijaklah, Mark. Tak sangka werewolf pun boleh perasan perkataan yang tertinggal." balas lelaki tadi ataupun Haechan.

"Baguslah. Semua dah ada kat sini. Bolehlah kita lawan cara fair." kata Chenle lalu mereka semua memandang Jeno.

"Apa korang nak ni? Aku tak fahamlah. Kenapa aku?" tanya Jeno yang berselindung di sebalik ekor putih Renjun.

"Sebab kau hybird." balas Jaemin. "Dan, kau yang 'beruntung' sebab kau sesat dari kampung hybird kau dan kitaorang berebut nak kau sekarang." sambung Jaemin.

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now