31'

293 55 7
                                    

🐭 Jgn lupa vote and comment!
🐭 Enjoy!

•───────────────────•

"Maaf sebab tiba-tiba hilang." kata Renjun pada YanAn.

"Kau buat aku risau selama 500 tahun, Renjun. Sampai hati kau seksa aku macam ni."

"Aku fikir satu kawasan ni taknak terima aku lagi. Sebab tu aku pergi."

"Takde sape nak kau pergi. Kitaorang siap buat bilik ni untuk ingat kau, simpan memori tentang kau. Kelompok yang culik kau malam tu dan yang halau kau tu kitaorang dah bunuh. Diaorang tak layak hidup kat sini."

Renjun memandang YanAn lama. "Bunuh? Tapi, kenapa......"

"Sebab diaorang kau terseksa. Kau ingat aku tak tahu ekor kau kena potong and kau kena..." Ayat YanAn berhenti disitu. Dia pun tak sanggup nak sambung ayat tu apatah lagi Renjun yang alami.

"Aku dah okay."

"Lepas 500 tahun duduk sorang-sorang? Hm?" tanya YanAn dengan nada memerli.

"Ya.....dan aku bertuah sebab jumpa orang yang baik."

"Sape? Perempuan tu?"

YanAn menundingkan jarinya kearah Haewon yang sedang duduk bersama budak-budak kecil tadi. Renjun tersenyum dan mengangguk kepalanya perlahan.

"Dia......tak buat apa-apa ke kat kau?" tanya YanAn. Dia agak risau sebenarnya bila Renjun cakap dia tinggal dengan manusia.

"YanAn....." Renjun cuba menerangkan pada YanAn yang Haewon tu baik tapi YanAn sudah memotongnya dulu.

"Aku risau je pasal kau. Aku takut benda tu berulang lagi. Kau faham tak?"

"Aku faham, YanAn. Aku faham kenapa kau risau. Tapi, Haewon tu baik. Dia banyak tolong aku. Dia cakap kasar dengan aku pun tak pernah. Takkanlah dia nak buat benda teruk kat aku, kan?" kata Renjun lembut, cuba mengubah pemikiran YanAn tentang manusia.

YanAn hanya senyap. Wlupun Renjun dah cakap macam tu, dia tetap tak boleh terima kehadiran manusia. Bila cakap pasal manusia, dia ingat kejadian 500 tahun dulu, ingat pasal Renjun. Itu yang membuatkan dia sakit hati dan marah.

"Inilah kehidupan, YanAn." Renjun bercakap selepas YanAn senyap untuk seketika. "Satu keburukan yang kita nampak boleh menutup semua kebaikan yang pernah kita rasa. Macam aku."

Mereka berdua memandang satu sama lain. Renjun tersenyum kecil. "Aku lari sebab aku nampak ada orang halau aku dari sini tapi aku lupa dengan kebaikan yang orang lain pernah bagi kat aku. Dan yg paling penting, aku lupa kau."

"Aku minta maaf. Aku tahu pemergian aku selama 500 tahun tu membuatkan hari-hari kehidupan kau berubah. Aku minta maaf."

YanAn mengusap rambut hitam Renjun perlahan dan Renjun memegang pergelangan tangan YanAn. Rasa rindunya yang lama tertanam didalam hati seperti mahu tersembur keluar bersama air mata.

Ya. Dia rindu Renjun. Jiran dia yang selalu masakkan untuk dia. Yang selalu berborak dengan dia sampai pagi buta. Yang selalu temannya berjalan pergi ke pasar.

"Kau takkan lari dari aku lagi kan?" tanya YanAn.

"Tak."

"Kau......akan duduk sini kan?"

Soalan yang kedua ni membuatkan Renjun terdiam. Dia memandang Haewon yang sedang tergelak bersama budak-budak tu.

Sanggup ke dia nak tinggalkan gadis tu? Gadis yang jaga dia, gadis yang dia cintai selama satu bulan sahaja? Boleh ke cinta dia bersatu dengan Haewon?

"Renjun....." YanAn memanggilnya. "....kau kena tahu yg kita tak boleh bersatu dengan manusia. Klu kita nak jadikan diaorang bride kita pun, kita perlukan persetujuan dia dan orb kau. Tapi orb kau hilangkan? Kau tahu kan pasal tu?" kata YanAn.

Renjun mengeluh perlahan. Dia tahu pasal tu. Gumiho dan manusia.....agak mustahil untuk bersatu. Lagi-lagi bila orbnya hilang. Melainkan dia korbankan ekor dia. Semua ekor dia.

Tapi, bila dia fikir semula, dia, Chenle, Haewon, semua orang dah berkorban untuk dapatkan ekor dia balik dan dia sayang ekor tu. Takkan dia nak ekornya hilang lagi?

"Jgn terfikir nak korbankan ekor kau, Renjun." sampuk YanAn. YanAn seperti dapat membaca fikiran Renjun jadi dia dah bagi amaran dulu.

"Tak......dah ramai berkorban untuk dapatkan ekor aku. Takkan aku nak buang pengorbanan tu macam tu je?"

"Jadi, kau nak korbankan cinta kau?" tanya YanAn.

Renjun mengusap tangannya bersama dan mengeluh perlahan, melepaskan kesalan dia. "Jika itu yang terbaik, apalah aku boleh buat?"

──── ◉ ────

Haewon berdiri di satu kawasan kosong sambil menyepak-nyepak pasir kat atas tanah. Dia sendiri tak tahu dia kat mana sekarang. Renjun suruh dia tunggu disitu sebentar jadi dia ikut sajalah arahan tu.

"Haewon...." panggil Renjun yang sedang berjalan kearahnya itu.

Haewon tersenyum sehingga Renjun berdiri betul-betul ke arahnya. Renjun juga membalas senyuman Haewon dan menenung muka Haewon lama.

"Jadi......kau nak stay sini?" tanya Haewon.

Renjun tersenyap. Dia mahu duduk sini, tempat dia lahir. Tapi, hatinya berat mahu tinggalkan Haewon. Perasaannya untuk Haewon masih lagi bertaut dihatinya.

"Kau dah jumpa kawan kau. Orang kat sini pun baik-baik. Ramai tunggu kau balik kat tempat ni." kata Haewon. "Kau taknak ke rasa kebahagian yang kau kejar selama ni? Ekor kau dah ada dan kau boleh duduk sini dengan aman damai."

"Tapi aku suka kau." luah Renjun.

"Aku tahu."

Ya. Haewon tahu yang Renjun ada perasaan untuk dia. Dia dah lama perasan benda tu. Cuma dia taknak point out benda tu jadi mungkin perasaan Renjun tu akan mati sendiri.

Dan dia taknak Renjun jadi macam Chenle. Hatinya berat nak lepaskan Chenle sebab dia dah luahkan perasaan kat dia. Lepas tu, dia pergi macam tu je. Hatinya sakit sebab kena terima kenyataan tu.

"Kau akan hidup lagi gembira kat sini." sambung Haewon. "Dan....." Haewon meletakkan tangannya dibelakang leher dan membuka rantai yang dia pakai dan dia letak dileher Renjun.

"Ni hadiah dari aku. Sebab kau hadir dalam hidup aku wlupun sekejap." Haewon menyarungkan rantai itu dileher Renjun dan kalung berbentuk clover tu diusik perlahan.

"Klu aku tengok rantai ni, aku teringat kat kau. Aku pakai rantai ni waktu kau nangis dalam pelukan aku masa kau cerita kisah kau. Dan waktu itu, aku berniat nak jaga kau jadi kau tak sedih lagi."

"Tapi sekarang, kau nak duduk sini. Aku still nak jaga kau jadi ambillah rantai ni. Anggaplah yg aku jaga kau dari jauh."

Haewon mengusap kepala Renjun perlahan dan tangannya turun ke pipi Renjun. Hidung Renjun dikucup lembut sebagai tanda selamat tinggal padanya.

Renjun memegang pergelangan tangan Haewon dan diusap perlahan. Hatinya sedih untuk tinggalkan Haewon tapi dia kena terima semua tu dengan hati yang terpaksa dia buka.

"Good Bye, my little fox." bisik Haewon.

•───────────────────•

《 To Be Continued 》

•───────────────────•

Bye, Renjun. Semoga berbahagia.
😞😢😔
Tinggallah tiga ketul.


(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now