23'

317 52 6
                                    

🦁 Jgn lupa vote and comment.
🦁 Enjoy!

•───────────────────•

Renjun membuka matanya perlahan-lahan. Bilik tu terang kerana cahaya matahari yang masuk dari tingkap. Malam sudah bertukar pagi selepas kejadian semalam.

Renjun tinggal berseorangan saja didalam bilik tu. Tiada orang lain dan tiada lelaki semalam. Air matanya yang sudah kering di pipi dibasahi lagi dengan air mata yang baru mengalir keluar.

Renjun melihat ekornya yang terkeluar tu dan dia kira satu persatu dengan hati yang berdebar. Kemudian, hatinya hancur kerana dia hanya boleh mengira sehingga lapan. Satu ekornya sudah tiada.

Dia memeluk kakinya yang terdedah tu dan meraung. Maruah dirinya sudah diambil oleh lelaki jahanam tu. Kecantikan dirinya juga sudah hilang. Kerana ekornya dipotong.

Badannya juga sudah penuh dengan lebam dan bengkak-bengkak akibat kejadian malam tadi. Katil tu juga berselerak dan tidak terurus.

Renjun mengambil nafasnya dalam untuk menenangkan dirinya. Bajunya yang ada diatas lantai tu dicapai lalu dia menyarungnya. Baju tu hanya koyak dibeberapa bahagian jadi dia masih boleh pakai.

Perlahan-lahan dia turun dari katil dan berjalan keluar dari bilik tu dengan susah payah. Dahinya berkerut menahan sakit yang datang dari badannya itu.

Sampai saja diluar bilik itu, dia ternampak ada sekumpulan gumiho menunggu di luar situ.

"Tu Renjun."

Renjun fikirkan mereka berkumpul diluar itu untuk menyelamatkan dirinya yang terkhianati. Tapi tidak. Perkara yang sebaliknya pula yang berlaku.

"Renjun, kau kena keluar dari sini." kata salah seorang dari mereka.

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now