05'

437 64 18
                                    

🐭Jgn lupa vote and comment
🐭Enjoy!

•───────────────────•

"Mana Renjun?" tanya Haewon pada Jeno yang sedang mengangkat pinggan menuju ke meja makan tu. Makan malam dia dah siapkan jadi Jeno yang tolong dia siapkan meja. Tapi, dia tak nampak pun Renjun jadi dia pun tanyalah.

"Tak tahu. Dalam bilik kot." balas Jeno.

Haewon mengangguk kepalanya perlahan dan menuju ke dalam bilik yang ada diatas. Semalam pun Renjun tidur dalam bilik tu.

Pintu bilik tu hampir tertutup. Haewon mengintai di sebalik pintu tu lalu dia ternampak Renjun yang sedang duduk diatas penghalang balkoni bilik tu.

Ekor yang putih tu dimain olehnya sambil memandang langit yang gelap malam ni. Haewon yang ingin memanggilnya membatalkan saja niatnya lalu dia turun ke meja makan semula.

"Semua dah ada ke? Jap.....Jaemin. Kau kena makan ke?" tanya Haewon.

"Aku boleh makan. Tapi tak perlu." balas Jaemin sambil mengangkat kakinya diatas kerusi untuk bersila. Dia tak makan dan cuma duduk disitu dan membaca buku.

"Ohh....camtu." Haewon melabuhkan punggungnya diatas kerusinya. "Haechan.....kau dah okay ke? Pagi tadi kau macam sakit je."

"Okay je. Mana ada aku sakit."

"Tapi pagi tadi....."

"Merepeklah kau ni." sambung Haechan dan minum air yang tersedia depan mata.

Haewon hanya menjeling Haechan. Sempat pulak dia nak memerli aku masa tengah makan. Tak guna betul.

"Haewon....." panggil Jisung. Haewon pun memandang Jisung yang duduk disebelahnya tu. Jisung mengetuk mangkuk nasinya tu perlahan.

"Nasi kau ni kurang air lah. Keras nasinya." kata Jisung.

"Eh... kau." Ingin saja Haewon campak mangkuk nasinya ke muka Jisung. Nasiblah tahap kesabarannya tu tinggi. Kalau tak, hancur muka Jisung.

"Makan jelah. Banyak songeh. Kurang air lah. Air terlebihlah. Macam mana kau tahu? Banyak complain." kata Haewon dan menyumbatkan nasinya kedalam mulut.

"Choi Haewon, aku ni hidup dah 80 tahun tau." kata Jisung dengan bangganya. Dah tua rupanya.

"Ceh, aku hidup dah 500 tahun." sampuk Chenle.

"Kau memang dah tua. Aku muda lagi." balas Jisung.

"Mana ada tua. Aku ni kira muda lagi tau."

"Aku percaya yang kau paling tua antara kita berlapan tau."

Jisung dan Chenle memulakan pertengkaran mulutnya. Haewon menggeleng kepalanya. Tengah makan pun nak bergaduh. Umur beratus-ratus tapi macam budak kecil.

"Kau paling tua." sambung Jisung.

"Mana ada!" jerit Chenle dengan suara nyaringnya. Hampir terlepas chopstick Mark dari tangan kerana terkejut.

"500 tahun tualah."

"Hei....." Jaemin membuka mulutnya. Chenle dan Jisung memandang kearah Jaemin.

"Umur aku 1000 tahun. Puas hati?" kata Jaemin. Jisung ternganga dan Chenle tergelak kecil. Dia memang dah tahu dia bukan yang tertua kat sini.

"Sekarang diam. Makan." Jaemin memandang bukunya semula dan menyambung bacaannya.

"But, still aku paling muda." kata Jisung lagi.

"Aku baru 22 tahun, Jisung." balas Haewon.

"Oh... aku lupa ada manusia."

──── ◉ ────

Renjun memandang kearah pintu selepas mendengar seseorang memanggilnya. Ekornya disorokkan sedikit kerana dia nampak Haewon berdiri di muka pintu bilik tu.

"Wae?"

"Kau taknak makan ke?" tanya Haewon.

"Nantilah. Aku tak lapar."

"Tak lapar ke atau takde selera?"

"Dua-dua."

"Okay. Jgn skip makan pulak. Klu mati tak cukup nutrisi, jgn cari aku ye."

Haewon menghabiskan ayatnya lalu membuka kakinya untuk pergi dari situ. Renjun memandang Haewon yang ingin pergi tu.

"Baik mati kalau hidup macam ni." kata Renjun tiba-tiba. Haewon membatalkan niatnya untuk pergi dan berdiri menghadap Renjun semula.

"Kalau macam tu mati jelah." balas Haewon selamba.

Renjun tercekik air liurnya sendiri, mendengar jawapan Haewon. Dia tak sangka Haewon akan bagi jawapan macam tu kat dia. Ingatkan nak nasihat ke apa. Lain pula jawapannya.

"Aku sayang diri aku lagi." kata Renjun lagi. "Tapi aku tak sempurna. And that's hurt." sambung Renjun.

Haewon berjalan kearah Renjun yang masih duduk di atas balkoni tu dan memerhatinya dari atas ke bawah, dari hujung rambut sampai hujung kaki.

"Apa yang tak sempurnanya? Kau tengok kepala kau takdelah kemik ke apa." kata Haewon selepas puas memerhatikan fizikal Renjun yang sempurna tu.

Renjun mengeluh perlahan. Susah jugak cakap ngan orang brutal macam Haewon ni. Manalah dia nak faham bahasa kiasan ni.

"Tapi Renjun, ada ke benda yang sempurna kat alam ni? Bulan yang orang cakap cantik tu pun berlekuk-lekuk permukaannya. Kita yang memang diciptakan dengan kekurangan apatah lagi." sambung Haewon.

"I know. Tapi kekurangan yang aku ada sekarang disebabkan rasa simpati yang kurang dalam diri orang lain. It just hurt, really...." balas Renjun.

Haewon menyandarkan belakang badannya di dinding belakangnya sambil memerhatikan Renjun yang sedang mengusap ekornya yang tebal tu. Pergh.... bapak lawa ekor dia.

"Kau kasi ke orang pegang ekor kau?"

"NO! Tak boleh!" jerit Renjun.

Bahu Haewon terjungkit. "Ish....kau ni. Terkejut aku. Aku tanya je."

"No.....tak boleh...." kata Renjun dan cuba memeluk ekornya yang banyak tu tapi tak berjaya kerana tangannya yang kecil. Dagunya ditahan diatas lutut sambil memandang langit yang kosong malam ni.

Haewon memerhatikan ekor Renjun yang berwarna putih tu lama. Kenapa Renjun tak kasi orang pegang ekor dia? Dia sensitif ke? Ekor dia tu allergic sentuhan ke?

Sudah lama dia memerhati ekor Renjun tu, dia masih tak faham kenapa Renjun tak kasi orang sentuh ekor dia tapi dirinya perasan sesuatu.

Renjun is nine tailed fox. Tapi dia hanya ada lapan ekor saja yang keluar dari badannya.

•───────────────────•

《《 To Be Continued 》》

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now