09'

389 61 4
                                    

🦊 Jgn lupa vote and comment.
🦊 Enjoy!

•───────────────────•

Haewon membuka pintu rumahnya selepas dia mendengar bunyi loceng dari dapur masa dia tengah susun barang. Haewon terus tersenyum selepas melihat Eunmin di depan pintu.

"Hai, Haewon. Aku datang." kata Eunmin dengan excited.

"Pelik kau hari ni, Eunmin."

"Pahal pulak?"

"Selalu kau terjah je masuk rumah aku. Ni kau tekan loceng pulak."

"Yelah......dalam rumah ni ada orang lain. Kenalah tekan loceng. Dulu kau duduk sorang-sorang."

"Yelah. Masuk cepat."

Eunmin membuka kasutnya dan berlari masuk kedalan rumah bersama satu beg kecil di tangannya. Haewon pun mengunci pintu rumah tu dan mengikut langkah Eunmin.

"Eunmin shi!" jerit Jisung dengan gembira selepas melihat Eunmin. Tangannya juga dilambai tinggi-tinggi.

"Annyong, Jisung. Hari ni....." Eunmin mengangkat beg yang dia pegang tu tinggi. "...Eunmin bawak fon!"

──── ◉ ────

"Okay, semua. Pegang telefon masing-masing. Nampak tak butang kat tepi tu? Hah.....tekan." arah Eunmin yang sedang berdiri di hadapan mereka bertujuh. Haewon pula yang sedang berdiri di sebelahnya hanya menggeleng kepalanya.

"Oh.....dah bercahaya." kata Renjun.

"Aku punya takleh pun. Tengok sini." Chenle merampas fon Renjun dari tangannya. Ekor Renjun terus bergerak laju kerana dia marah. Ingin saja dia menampar muka Chenle menggunakan ekornya.

"Chenle! Tu butang volume. Bukan 'on'." kata Eunmin. "Butang 'on' yang satu tu." sambung Eunmin.

"Oh.....camtu. Nah." Chenle memberi semula fon tu pada Renjun dan fokus pada fonnya saja.

"Bagus, Chenle. Yang lain......eh? Jaemin? Kau pergi buka bateri fon tu buat apa?" kata Eunmin.

"Oh....tak boleh ke?" tanya Jaemin semula sambil membelek bateri yang ada ditangannya itu.

"Mana boleh. Kalau tak macam mana nak hidup?" Eunmin mencekak pinggangnya dan memandang Jaemin lama. "Pasang balik." arah Eunmin.

Jaemin mengeluh perlahan dan memasang bateri tu semula. Tiba-tiba, ada lagu yang terbuka kuat sehingga membuatkan Jisung terlepas telefonnya.

"Jeno! Slow sikit lah buka lagu tu." kata Eunmin.

"Cane nak slow kan?"

"Butang panjang tu. Tekan yang bawah."

"Kalau atas?" tanya Jeno.

"Makin kuatlah jadinya, Jeno shi."

Jeno mengangguk kepalanya perlahan dan menekan butang tu untuk turunkan volume. Dia pun macam kagum dengan fon yamg ada ditangannya tu. Habis semua benda ditekannya dalam fon tu.

"Mark.......kau ni sibuklah." kata Haechan yang sedang duduk disebelah Mark. Dia rasa macam Mark ni mengancam nyawa dia pula.

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now