25'

282 53 2
                                    

🐻 Jgn lupa vote and comment.
🐻 Enjoy!

•───────────────────•

Haewon melangkah masuk kedalam rumah tu dengan keluhan berat. Dia penat betulkan assignment mereka yang salah tu. Dia menangis buat kerja tu tadi. Dah malam baru nak siap.

Kakinya menuju kearah dapur untuk makan. Ya, dia lapar. Dia taknak makan luar sebab makanan still ada kat rumah. Dia membuka peti ais dan dia nampak semua lauk tadi tak terusik.

Aik? Diaorang tak makan ke? Kenapa tak makan lagi? Tak lapar ke? Ke dia tunggu aku?

Bermacam-macam soalan muncul dikepalanya. Tapi dia malas nak pening-pening, dia memanggil semua orang untuk turun.

Tak sampai seminit, semua dah turun dan berdiri depan Haewon. Haewon mengerut dahinya. Makin hari, makin pelik perangai mereka semua ni.

"Kenapa tak makan tadi?"

"Tunggu kau." balas Mark.

"Buat apa? Dahlah. Jom makan sekali. Kita makan dekat ruang tamulah. Boleh tengok tv sekali." kata Haewon dan menuju ke dapur untuk bawa makanan tu ke ruang tamu.

Selepas beberapa minit, makanan dah siap dihidang. Haewon pun ajak mereka semua makan bersama walaupun dia dapat rasa energy yang lain macam dari mereka. Apalah yang mereka buat masa Haewon takde?

Haewon memerhatikan mereka yang sedang menguyah tu. Bila tengok mereka semua, Haewon teringat Jeno. Patutnya mereka ada tujuh orang tapi Jeno dah pergi dulu.

Mereka semua kat sini pun sebab Haewon bawa Jeno pergi rumah dia. Dan mereka semua berebut nak Jeno sebab nak pulihkan kuasa mereka.

Haewon pelik juga sebenarnya. Mereka kan datang sini sebab nak ambik Jeno. Tapi Jeno dah takde kat sini. Jadi, kenapa mereka masih duduk kat sini?

"Aku nak tanya something." kata Haewon tiba-tiba.

"Kenapa korang still duduk sini wlupun Jeno dah takde? Korangkan nak Jeno je sebelum ni." tanya Haewon.

Mereka senyap untuk seketika. Semua taknak jawab soalan yang diberikan oleh Haewon. Dan tak lama lepas tu, Chenle membuka mulutnya.

"Kau ingat tak kau pernah cakap ngan something kat kitaorang? Kau cakap kitaorang tak boleh keluar rumah ni selagi kitaorang bergaduh." kata Chenle.

Haewon mengangguk kepalanya perlahan. Dia ingat lagi yang dirinya pernah cakap macam tu kat mereka.

"Kitaorang tengah bergaduh sekarang ni."

"Bergaduh apa pula? Aku tengok korang baik je."

"Kau."

Haewon membuntangkan matanya. Mereka bergaduh sebab Haewon? Apa yang Haewon buat sampai mereka nak bergaduh?

"Aku?" tanya Haewon lagi dan Chenle mengangguk kepalanya.

"Aku....."

"Ya, Choi Haewon. Kitaorang tengah berebut nak ambil hati kau sekarang. Sebab tu kitaorang bergaduh."

──── ◉ ────

"Aku memang buaya."

Eunmin mengerut dahinya selepas dengar Haewon cakap begitu di hujung talian sana. Dah kenapa pula perempuan ni cakap dia buaya tiba-tiba? Laku pun tak. Ada hati nak jadi buaya.

"Pahal pulak kau yang buaya? Kau ada mainkan hati orang ke?" tanya Eunmin.

"Bukan.....aku.....cane aku nak cite ek?"

"Nak cite pun susah. Bukalah mulut tu."

Eunmin sempat lagi menghirup air yang ada di meja kecil disebelahnya itu sementara menunggu Haewon bercerita.

"Okay. Sekarang ni, semua orang yang ada dalam rumah ni suka aku."

PFFTTT!

Tersembur air yang Eunmin tadi. Habis basah cadar katilnya itu. Eunmin mengelap mulutnya yang basah tu menggunakan lengan baju itu.

"Kau tipu ni."

"Aku takde masa lah nak tipu kau."

"Maksud kau, Jaemin, Mark, Jisung, Renjun.....sape lagi? Oh....Haechan and Chenle.....suka kau?"

"Ya......"

Eunmin memejam matanya. Dia cuba mencari perkara yang baik datang dari diri Haewon sehinggakan enam orang suka dia sekaligus.

"Macam mana......diaorang boleh suka dengan kau yang muka macam kentang putar tu? Aku pelik." kata Eunmin.

"Kurang ajar betul. Takdelah kentang mana pun. Lawalah jugak."

"Tapi......aku tak caye doh. Tak kisahlah pasal tu. Habis tu, kau ngan diaorang macam mana?"

"Sumpah.......awkward giler. Aku tak tahu nak buat apa."

"Camnilah Haewon, apa kata kau biarkan je diaorang. Maksud aku, klu diaorang menggatal ngan kau ke......kau layan? Bukan layan...."

"Jgn merepek Eunmin. Aku taknak layan diaorang. Nanti kau juga yang cakap aku murah."

"Bukan layan. Senang cite kau just follow the flow. Camtu...."

"Oh......maksudnya kau just follow the flow?"

"Betul. Takyah fikir bebanyak sangat. Assignment kita tak siap lagi ni."

"Ish.....tak habis-habis. Penatlah dengar."

"Yelah.....kau kena faham situasi kita sebagai...."

Tit....Tit...

Eunmin melihat telefonnya yang sudah gelap. Dia dah agak Haewon akan off fon dia. Klu cakap pasal assignment, mengamuklah perempuan tu. Lagi-lagi, kalau dia penat.

Eunmin menggeleng kepalanya perlahan dan berfikir tentang perkara yang Haewon cakap tadi. Hebat juga Haewon ni. Sampai enam orang suka dia. Bukan biasa-biasa.

"Semoga kau berjaya bertemu dengan yang benar, Choi Haewon." bisik hati Eunmin dan baring diatas katilnya.

"ARGH! Basah!"

──── ◉ ────

"Renjun! Renjun.....stop! Sabar Renjun."

Haewon cuba menarik badan Renjun daripada terus menerkam Chenle yang ada didepannya itu. Air mata Renjun juga mengalir perlahan turun ke pipi mulusnya.

"Kenapa? Apa jadi ni?" tanya Haewon.

《 To Be Continued 》

•───────────────────•

Apa Chenle buat? ಠಒ್ದಠ!

Btw, thanks 1k read semua.
Love you! ♡♡♡

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now