35'

290 49 2
                                    

🐻 Jgn lupa vote and comment!
🐻 Enjoy!

•───────────────────•

"Haechan! Kau jgn buat hal, okay? Aku tampar kau kang!" jerit Mark dari jauh selepas dia nampak Haechan bermain dengan anak panah dia tu. Dahlah benda tu bahaya. Klu tercucuk diri sendiri, dah mampus muda-muda.

"Alorh......sabarlah. Aku nak jugak try." balas Haechan.

"Yelah. Panggil lah aku. Jgnlah main ambik je. Bendul."

"Ish.....bising betullah dia ni." Haechan merungut sendiri dan dia masih bermain dengan anak panah tu. Mark juga berjalan mendekati Haechan sambil berlari anak.

Haechan cuba memasang sasaran kat tanda yang dia ada buat kat pokok tu tapi Mark menegurnya. "Hey.....hey.....mana ada orang memanah badan ni bongkok. Tegak." ajar Mark sambil membetulkan postur badan Haechan yang salah tu.

"Eh....Mark! Tengok! Dah lari dah targetnya. Aku dah aim dah tadi."

"Mana ada aim bengkokkan badan. Orang gerakkan siku ni."

"Tak boleh pun."

"Apa yang tak boleh? Siku kau lumpuh ke? Tak boleh bergerak?"

"Oh....macam nilah. Bukan siku, tapi tangan. Apalah kau, Mark."

"Siku kau ada kat dahi ke? Kat tangan kan?"

Mereka bergaduh disitu pasal siku dan tangan. Umur dah beratus-ratus, pasal tu pun nak bergaduh. Macam budak kecil.

Tengah-tengah bergaduh tu, tiba-tiba mereka terdengar rumput disebelah mereka bergerak. Mereka terus berhenti bergaduh dan pandang rumput yang tinggi tu. Kenapa dia bergerak? Takde angin rasanya tadi.

"Apa tu?" tanya Haechan.

"Aku tengok jap." Mark membuka langkahnya menuju ke arah kawasan rumput. Dia takut ada binatang buas je kat situ. Sebab tu dia kena check.

Dia menyelak rumput-rumput tinggi itu sambil pandang sekeliling. Dan yang terkejutnya, Mark ternampak seorang perempuan disitu.Dia sedang mencangkung dan memegang telinganya.

"Kau sape?" tanya Mark. Perempuan itu terus memandang Mark dan terjatuh disitu. Dia takut sebab ternampak Mark.

"Kau sape?" tanya Mark lagi. Tergagap-gagap perempuan itu mahu menjawab. Bibirnya juga sudah mengigil-gigil.

"Mark......jgnlah marah dulu. Dia nak cakap pun tak boleh sebab takut." tegur Haechan sambil dia menjalan kearah mereka. Mark ini memang garang sikit kejadiannya. Haechan mencangkung depan perempuan itu dan tersenyum.

"Cane kau boleh ada kat sini?" tanya Haechan.

"Ter.....tersesat." balas perempuan itu dengan suara perlahan.

Sesat? Haechan dan Mark memandang satu sama lain. Macam mana pula dia boleh sesat kat sini? Apalah dia buat dalam hutan ni?

"Takpelah. Aku bawak kau pergi kawasan aku dulu. Okay, Mark?" Haechan menoleh keraha Mark dan Mark hanya mengangguk kepalanya. Tanda setuju dengan cadangan Haechan.

──── ◉ ────

"Tengok ni hah....."

"Pastu?"

Mark dan Haechan sedang berborak di meja makan dalam kawasan vampire. Dia tengah berborak pasal tempat berlindung baru yang mereka nak buat nanti. Mereka punya khusyuk tu sampai New dah berdiri depan mereka pun mereka tak perasan.

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now