13'

354 61 3
                                    

🐻 Jgn lupa vote and comment.
🐻 Enjoy!

•───────────────────•

Jeno duduk diluar beranda rumah, memeluk lutut sambil memandang langit yang biru hari tu. Keluhannya dilepaskan sambil kepalanya terkenang peristiwa beberapa hari lalu.

"Saya taknak jatuh cinta dengan orang selfish macam awak, Lee Jeno."

Rapuhnya hati dia selepas mendengar ayat tu. Dia just suka Haewon sangat je. Dia selfish ke? Dia sendiri tak tahu.

Sedang melayan perasaan seorang diri tu, tiba-tiba Jeno mendengar anjing putih dan berbulu tebal menyalak diluar pagar rumah tu. Dia bangun dari duduknya dan berjalan kearah pagar.

"Jgn menyalak kuat-kuat. Kacau jiran." tegur Jeno.

"Jeno." Anjing tu tiba-tiba bercakap.

Jeno menggosok mata dan telinganya. Betul ke apa yang dia dengar? Betul ke apa yang dia nampak? Anjing tu bercakap.

"Jeno......ni aku Yoojung." sambung anjing tu.

"YOOJUNG?" tanya Jeno dengan terkejut. "Kenapa kau kat sini?" tanya Jeno lagi. Yoojung ni kawan baik dia kat kampung hybird tu. Tapi kenapa dia kat sini pula?

"Aku yang patut tanya kau kenapa kau kat sini." sambung Yoojung dan duduk disitu.

"Btw, aku nak cakap sesuatu. Kampung hybird kita kena serang. Dengan vampire. Sebab tu aku kelam kabut cari kau kat sini. Nasib jumpa. Jomlah balik. Kita kena pertahankan kampung kita." jelas Yoojung.

Jeno memandang kakinya. Dia tak boleh nak keluar dari sini macan tu je. Macam mana kalau Haewon cari dia? Dia pun tak cakap terima kasih dan minta maaf kat Haewon lagi.

"Yoojung.......kasi aku sehari."

"Hah? Nak buat apa?"

"Aku nak buat something."

"Suka hatilah. Yang penting kau balik. Aku pergi dulu. Aku kena tolong hybird lawan. Jgn lambat sangat tau." pesan Yoojung dan berlari laju dari situ.

Jeno mengeluh perlahan. Dia dah tekad. Dia nak cakap ngan Haewon hari ni dan pergi balik kampung dia.

──── ◉ ────

"Jeno....."

Jaemin yang nampak Jeno sedang berjalan ke bilik Haewon tu menarik tangannya. Jeno berhenti dan memandang Jaemin.

"Wae?" tanya Jeno.

"Tak.....takde pape. Cuma aku nak pesan. Hati-hati." kata Jaemin dan pergi dari situ. Jeno hanya mengerut dahinya. Kenapa pulak Jaemin ni?

Kebetulan waktu itu, Haewon keluar dari bilik dan dia ternampak Jeno. Dia ingin masuk balik kedalam bilik tapi Jeno sempat mencapai tangannya.

"Kenapa awak ni....."

"Saya nak cakap something." kata Jeno. "Saya kena balik kampung hybird saya. Sebab ada masalah. Jadi, saya nak mintak izin awak untuk keluar."

"Kenapa nak mintak izin pula?" tanga Haewon.

"Sebab saya anjing awak."

"Awak bukan anjing saya, Jeno."

Betullah apa yang Haewon cakap. Lepas Jeno tarik balik kuasa dia yang dia letak kat Haewon, Haewon tak rasa apa-apa. Dia tak rasa pun dia suka Jeno atau apa. Dia cuma nampak Jeno sebagai anjing yang comel dan dia perlu lindung dari 6 jejaka dirumahnya itu.

Jeno pula cuba menahan hatinya dari terasa. Hati dia sakit sebab Haewon cakap macam tu. Perasaan dia untuk Haewon tak pernah hilang sebenarnya sebab tu dia terasa.

"Kalau macam tu, saya nak cakap terima kasih sebab jaga dan selamatkan saya. Dan saya minta maaf sebab jadi selfish. Saya harap awak jumpa dengan lelaki yang awak suka." kata Jeno dan tersenyum.

"Bye, Haewon. Semoga kita jumpa lagi."

Jeno terus membuka langkahnya pergi dari Haewon. Dia rasa ingin menangis tapi dia tahan juga. Dia taknaklah sedih-sedih macam ni.

Tiba-tiba, ada seseorang menarik tangan Jeno. Jeno menoleh dan ternampak Haechan disitu.

"Jeno.......vampire serang kampung kau?" tanya Haechan.

──── ◉ ────

"Mark, kau kena tolong aku sekarang ni." kata Jaemin yang sedang berdiri dihadapan Mark. Mark juga terkejut sebab Jaemin tiba-tiba serbu masuk bilik dan mintak tolong.

"Tolong apa? Aku pun tak terurus." balas Mark. Matanya pun masih lagi bengkak sedikit.

"Sumpah. Kau kena tolong Jeno. Sebab kampung dia kena serang vampire."

"Kau boleh tak jgn sebut vampire depan aku?" marah Mark.

"Okay. Aku bukan nak kau tolong hybird. Aku nak kau tolong Haewon."

Mark tergelak kecil dan dia memandang Jaemin tajam. "Apa kaitan Jeno, Haewon dan vampire?"

Jaemin menggaru kepalanya yang tak gatal tu. Dia ingin memberi clue pada Mark tapi dia tak faham-faham pula. Dia pun pening nak buat apa.

"Kau kena tolong Haewon. Tu je aku boleh cakap."

"Kau boleh straight to the point tak?"

"Aku tak boleh."

"Apa yang kau tak boleh? Susah sangat ke nak cakap? Hah? Penatlah aku ngan kau ni." marah Mark dan ingin keluar dari bilik.

"Jeno." Perkataan Jaemin membuatkan Mark berhenti berjalan. "Aku tak boleh bagitau kau pasal ni. Tapi....." Jaemin berjalan kearah Mark dan berdiri didepannya.

"Besok, pukul 11.32 pagi, Jeno akan mati."

《《 To Be Continued 》》

(๑őεő๑)

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now