04'

422 68 0
                                    

🐬Jgn lupa vote and comment
🐬 Enjoy!

•───────────────────•

Eunmin membuka telefonnya dan mendail nombor Haewon. Haewon kata malam tadi nak mintak teman beli barang. Dah sampai depan rumah, tak keluar pulak orangnya.

"Eunmin!" jerit Haewon sambil berlari ke arah Eunmin. "Sorry lambat. Aku....ada hal tadi."

"Hmmm.....yelah. Kau nak beli apa sampai ajak aku teman ni? Macam banyak je." tanya Eunmin lalu dia masuk ke dalam keretanya bersama Haewon.

"Banyaklah jugak......hehe." balas Haewon dengan jawapan yang meragukan.

Eunmin hanya mengangkat bahunya. Dia pun tak kisah sangat so dia abaikan jelah semua. Lagipun Haewon pun selalu je mintak tolong dia.

──── ◉ ────

"Haewon......"

"Hm?"

"Kau taknak keluar rumah ke lepas ni? Pahal banyak sangat kau beli?" tanya Eunmin selepas nampak troli dia dan troli Haewon penuh dengan barang terutamanya makanan.

"Taklah......saja beli banyak. Tak boleh ke?"

"Boleh tu memanglah boleh tapi banyak sangat ni. Aku terkejut. Ni.....makanan anjing ni buat apa?" Eunmin mengambil makanan anjing yang berpaket besar dalam troli.

"Ish.....saja je beli." Haewon merampas makanan anjing tu dari tangan Eunmin. "Anjing.....OH! Anjing sebelah rumah tu. Dia selalu lapar. So, aku belilah. Kot-kot dia datang mintak makanan."

"Choi Haewon. Kau nak tipu pun agak-agaklah. Rumah sebelah kau tu kosong. Cane nak ada anjing pulak?" tanya Eunmin. Dia pun semakin meragui dengan tingkah laku Haewon ni.

"Oh....yeke? Tak kisahlah. Dahlah. Jom. Aku dah siap ni. Nak bayar je." kata Haewon lalu menolak trolinya ke kaunter.

Eunmin memandang Haewon lama. Haewon ada sorok pape ke dari dia? Kenapa dia macam rahsiakan sesuatu?

Hiraukan jelah. Mungkin Haewon tak selesa nak cerita. Tapi dia nak tanya jugak nanti.

──── ◉ ────

"Kau ada sorok pape ke dari aku, Haewon?" tanya Eunmin selepas dia parking betul-betul depan rumah Haewon untuk menghantarnya pulang.

"Ma....mana ada." balas Haewon dengan suara tergagap-gagap.

"Tipu! Kau sorok apa hah? Sampai hati kau berahsia dengan kawan baik kau ni?" Eunmin mengelap air mata palsunya.

"Ish....kau ni. Aku takde sorok pape. Aku nak masuk rumah ni. Bye."

Haewon terus turun dari kereta dan mengambil barang-barangnya di bonet. Selepas Eunmin sudah memandu pergi dari rumahnya, Haewon berlari masuk kedalam rumah dan mengunci pintu.

"TAKNAK!"

"Jeno! Jgn larilah."

Haewon terus berlari ke ruang tamu selepas mendengar mereka menjerit. Sampai di situ, Jeno terus menyorok di belakangnya.

"Takyahlah nak tangkap aku. Ish!" rugut Jeno sambil menghentak kakinya tanda protes.

"Apa korang ni? Takde kerja lain ke?" tanya Haewon pada mereka berenam.

Memang nampak yang diaorang ni nak tangkap Jeno. Ada yang pegang penyapu, penyodok. Senduk pun ada. Bertuah.

"Dah-dah lah tu. Jgn nak cari gaduh ngan orang." sambung Haewon.

"Nak Lee Jeno. Oh Maigod." Renjun mengusutkan rambutnya kasar. Habis serabai rambut hitam miliknya tu.

Haechan mencampak penyapu yang dia pegang tadi di atas lantai. Chenle pula terus melabuh punggungnya diatas sofa.

"Sudah. Tolong aku angkat barang ni." arah Haewon sambil menunjukkan barang-barang yang dia beli tadi. Sakit tangannnya bawak plastik banyak-banyak tu tadi.

"Apahal banyak sangat kau beli?" tanya Mark sambil mengangkat barang-barang tu.

"Yelah. Kita kat rumah ni ada 8 orang. Mestilah beli banyak." balas Haewon dan mengekori Mark ke dapur.

"Kau ni kaya ke?" Mark bertanya lagi. Tapi kali ni soalannya tak diduga oleh Haewon. Haewon mengusap dagunya sambil berfikir.

"Takdelah kaya. Tapi aku anak tunggal. So, allowance aku banyak sikitlah."

"Kalau anak sorang memang dapat duit banyak ke?"

"Tengok keadaan. Parents sayang aku sangat kot. Sebab tu dia bagi banyak duit wlupun aku tak pandai guna." kata Haewon lalu tergelak kecil dengan lawaknya sendiri.

"Tapi kenapa kalau kita sayang seseorang tu, kita kena bagi segalanya yang kita ada? Tak boleh ke kalau kita just diam and sayang orang tu? Salah ke kalau kita sayang orang lain tapi tak berkorban untuk dia?" tanya Mark bertubi-tubi.

Haewon berhentikan tangannya yang berkerja tu dan memandang Mark yang sedang mengeluarkan barang-barang dari plastik. Mark yang perasan dirinya diperhati oleh Haewon terbatuk kecil.

"Just ignore that. Tu merepek je." kata Mark dan menuju ke peti ais untuk meletakkan barang yang dia keluarkan tadi.

"Macam mana nak susun ni?" tanya Mark. Haewon berjalan menuju ke arah Mark dan mengambil sosej dari tangan Mark. Dia menyelitkan dirinya diantara Mark dan peti ais tu untuk menyusun sosej tu di bahagian freezer.

"Susun jelah macam mana pun. Asal muat." balas Haewon dan mengambil barang-barang yang ada di tangan Mark.

"Kalau kita tak berkorban untuk seseorang, maksudnya kita tak sayang dia sepenuh hati lagi." kata Haewon sebagai jawapan kepada soalan Mark tadi.

"Tapi, kenapa nak susahkan diri untuk orang lain? Kita juga yang tersakiti nanti."

Haewon memusingkan badannya menghadap Mark dan tenung mukanya. "Kau tak rasa lagi benda tu, memanglah kau cakap macam tu. Kau akan faham bila kau sendiri yang hadap."

"Love is something that you cannot predict." sambung Haewon lalu dia menuju ke tempat dia berdiri tadi dan menyusun barang-barang kering pula di dalam rak.

Mark cuba fahamkan apa yang Haewon cakap sambil berkerja. Ayat Haewon tadi memang dia takleh relate. Mungkin dia tak pernah sayang seseorang. Tapi dia pernah rasa kasih sayang orang lain.

"Tapi pengorbanan tu perlu ke sampai mati?" bisik hati Mark.

《《 to be continued 》》

•───────────────────•

Sumpah tership Mark and Haewon 😅

FailindaFaisal

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now