24'

298 52 14
                                    

🦊 Jgn lupa vote and comment.
🦊 Enjoy!

•───────────────────•

Haewon sedang duduk diruang tamu rumahnya itu sambil membuat kerjanya. Semalam dia baru dapat membuat bahagian kerjanya selepas teammate dia memberikan bahagian masing-masing.

Tapi sekarang fikiran Haewon tak tahu dimana sekarang. Walaupun matanya menghadap laptop tapi fikirannya ditempat lain. Tangannya mengetuk meja kopi tu berkali-kali

Dia teringat yang Chenle dan Jaemin confess kat dia tempoh hari, pada hari yang sama. Dia hampir melabelkan dirinya buaya sebab......ramai laki suka dia dalam satu masa.

Tapi.......bukan salah dia kan kalau ramai orang suka dia dalam satu masa? Jadi, dia bukan buayalah kan?

Haewon garu kepalanya yang tidak gatal tu. Sakit pula kepalanya bila fikir pasal perkara itu. Perkara itu lebih memeningkan daripada assignment dia tu.

"Susah sangat ke tu?"

Haewon menoleh kearah suara lalu ternampak Mark yang sedang berjalan kearahnya bersama sebuah cawan ditangannya. Haewon pula hanya menggeleng kepalanya.

"Taklah. Aku......aku fikir benda lain." balas Haewon dan cuba fokus dengan kerjanya semula.

Mark melabuhkan punggungnya disebelah Haewon dan memerhati kerja yang Haewon. Cawan yang tadi dia bawa dia diletakkan atas meja dan ditolak kearah Haewon.

"Hot chocolate."

"Wah, gomawo. Cane kau tahu aku suka hot chocolate?" tanya Haewon dan menghirup air itu perlahan-lahan kerana panas.

"Sebab......rumah kau banyak hot chocolate. Takkan lah kau beli banyak pastu kau tak minum......kan?" balas Mark.

"Betul juga. Pandailah kau ni."

Haewon menghirup airnya lagi dan sambung buat kerja dia. Mark pula masih memerhati Haewon dari sisi.

Sebenarnya, pasal hot chocolate tu, Mark 'tertahu' sebab dia selalu perhatikan Haewon. Haewon akan buat hot chocolate kalau dia nak study atau buat kerja. Tapi kali ni, dia tak buat jadi Mark buatkanlah untuk dia.

"Mark......takpe ke klu ada ramai orang suka kat seseorang dalam satu masa yang sama?" tanya Haewon tiba-tiba.

Mark mengerut dahinya. Dah kenapa pula Haewon tiba-tiba tanya begitu padanya? Ada ramai orang ke suka dia sekarang? Jap......ke ada orang dalam rumah ni suka Haewon selain dirinya?

"Mark!"

Haewon menjerit nama Mark sehingga membuatkan Mark tersentak dan memandang Haewon dengan muka terkejut.

"Aku panggil kau dari tadi tak dengar-dengar? Kau okay tak?"

"Okay. Aku.....pergi bilik dulu. Kau sambunglah buat kerja." kata Mark lalu bangun dari situ dan pergi ke biliknya.

Haewon hanya memerhati Mark lama sambil menjuih bibirnya. Pelik pula tiba-tiba Mark begitu. Soalan dia yang dia berikan tadi pun Mark tak jawab dan tak bahas apa-apa.

Kenapa pula Mark ni?

──── ◉ ────

Renjun berdiri didepan cermin panjang yang ada didalam biliknya itu tanpa memakai baju yang menutup badannya. Renjun melihat tubuh badannya yang terdedah tu lama.

Dalam pandangan dia, badan dia penuh dengan lebam dan bengkak. Sama macam lebam yang dia ada sebelum ni.

Kejadian yang lepas tiba-tiba terlintas dikepalanya. Rasa sakit yang dia rasa sebelum ni seperti datang semula kedalam badannya. Sakit......sakit sangat. Sakit lagi hati dan maruah dirinya.

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now