20'

325 51 0
                                    

🐰 Jgn lupa vote and comment.
🐰 Enjoy!

•───────────────────•

Renjun membasuh mukanya di sinki tandas berkali-kali. Kulit mukanya rasa ingin tercabut kerana dia basuh mukanya terlalu ganas. Tapi, dia sedang frust sekarang ni.

Sekarang, dia asyik bermimpi tentang perkara buruk yang pernah berlaku pada dirinya dahulu. Dia taknak ingat pun benda tu. Tapi, peristiwa lalu tu asyik berulang di fikirannya sehingga membuatkan dia serabut.

Dia melihat ekor putih miliknya itu di pantulan cermin. Ekor dia memang memegang memori yang dia ingin padam dari dirinya dan benda tu mustahil. Tak mungkin dia akan lupa hari yang sudah mengubah hidupnya 360°.

Ekor dia tinggal lapan. Untuk dunia gumiho, dia memang cacat sebab ekor dia kurang satu. Apa guna kalau ekor dia lawa dan tebal tapi tak cukup dengan bilangan yang sepatutnya.

Renjun mencampak pasu bunga palsu yang ada atas sinki tu kebawah dan pasu tu pecah berderai. Dia stres bila mengenang balik perkara itu.

"Renjun!" Seseorang diluar pintu bilik air memanggilnya.

Renjun melepaskan nafas berat lalu dia membuka pintu bilik air dan terpampanglah muka Jaemin disitu. Jaemin hanya memandang Renjun dan pasu yang pecah tu silih berganti.

"Kau okay tak?" tanya Jaemin.

"Okay." balas Renjun sepatah lalu dia keluar dari bilik air.

Jaemin hanya membiarkan Renjun pergi walaupun dia tertanya-tanya apa yang jadi kat Renjun. Lagipun, dia malas nak memaksa Renjun. Nanti lain pula jadinya.

"Jaemin....." panggil Renjun. Jaemin pun menoleh kearah Renjun.

"Kalau kau dengar rayuan makhluk yang hidup untuk mati, kau akan tunaikan tak hasrat diaorang?" tanya Renjun.

"Tak." jawab Jaemin tanpa berfikir. "Kau fikir aku tarik nyawa orang tu buat main-main ke?"kata Jaemin lagi.

"Apa guna kalau hidup tapi kau terseksa kat dunia?"

"Sebab tu keseimbangan hidup tu ada. Tak semestinya kau terseksa sekarang, sampai bila-bila kau terseksa."

"Kenapa kau tak boleh tarik nyawa orang yang nak mati? Kau suka ke tengok orang terseksa?" tanya Renjun.

Jaemin berjalan kearah Renjun dan berdiri dihadapannya. Pipi Renjun yang tembam tu dicengkam menggunakan tangan kanannya sahaja sehingga Renjun terdongak memandang Jaemin.

"Kalau kau nak tahu, aku takde perasaan sebelum ni. Kau jumpalah malaikat manapun, kitaorang takde perasaan. Dan......" Jaemin berhentikan ayatnya disitu sebentar. "......sebabkan orang macam kau ni, yang nak mati, aku hilang kuasa aku." sambung Jaemin.

Jaemin menurunkan tangannya dari pipi Renjun dan memandang Renjun sedang menundukkan kepalanya daripada bertemu mata dengan Jaemin.

"Klu kau nak aku tarik semua nyawa yang terseksa atas muka bumi ni, dunia ni takkan ada kehidupan. Sebab semua makhluk terseksa dengan cara sendiri." kata Jaemin lagi.

"Aku tahu kau hilang ekor kau, Renjun. Tapi takkan kau hilang satu kecantikan yang kau ada, kau nak lupakan yang lain?"

Jaemin membuka langkahnya menuju ke pintu untuk keluar. Sampai di muka pintu, dia berhenti sebentar.

"Kau cantik, Renjun. Kau tak cacat. Kematian bukan cara yang terbaik untuk selesaikan masalah. Just be grateful with what you already have." kata Jaemin dan keluar dari bilik tu, meninggalkan Renjun sendiri.

──── ◉ ────

"Haewon shi......kita nak pergi mana ni?"

Jisung yang sedang duduk didalam kereta yang dipandu Haewon bertanya. Dia agak pelik sebab Haewon tiba-tiba ajak dia keluar. Lagipun, mereka nak pergi mana je?

"Secret. Kau tunggu jelah. Dahnak sampai dah pun." balas Haewon dengan senyuman.

Jisung mengangguk kepalanya perlahan dan mencampakkan pandangannya keluar tingkap. Dia memerhatikan pokok yang ada disekeliling kawasan tu tanpa berfikir apa-apa.

Tak lama selepas itu, Haewon memberhentikan keretanya di satu tempat dan tali pinggangnya dicabut.

"Kita dah sampai." kata Haewon.

"Kita kat mana ni?" tanya Jisung sebab tempat tu bukan seperti bandar yang dia selalu tengok sebelum ni. Jadi, dia agak pelik.

"Nanti aku tunjuk. Btw, boleh aku tahu nama Appa kau?"

Jisung agak pelik dengan pertanyaan Haewon yang tiba-tiba mintak nama Appanya. Tapi, dia bagi saja apa yang Haewon mintak.

"Park Daeshim." balas Jisung.

Haewon mengangguk kepalanya dan mula menaip sesuatu ditelefonnya. Setelah beberapa saat, Haewon menutup telefonnya dan mengajak Jisung keluar dari kereta.

Mereka keluar dari kereta bersama dan Haewon membimbing Jisung ke tempat yang dia mahu pergi. Jisung yang tak tahu apa-apa hanya mengikut langkah Haewon.

Mereka sampai di satu tempat yang membuatkan Jisung terkejut sebab dia tak sangka yang Haewon akan bawa dia kesini.

"Kenapa.......kau bawak aku pergi tempat perkuburan?" tanya Jisung.

"Kau akan tahu. Sekarang ikut aku."

Haewon menarik tangan Jisung dan berjalan diruang kosong diantara kubur-kubur itu. Jisung hanya memerhati batu besar yang tertulis nama dan tarikh kematian tu tapi tak jelas sangat sebab batu tu dah berlumut.

"Sini." Haewon berhenti langkahnya di satu kubur selepas lama mereka berjalan disitu.

"Kenapa......apa kita buat ni?"

Haewon mengeluarkan air mineral dan sepasang sapu tangan yang ada didalam beg tu dan mengelap sedikit batu yang sudah ditutupi lumut.

"Sini tempat perkuburan askar-askar veteran yang mati masa terlibat dengan perang Korea dan perang Vietnam."

Selepas Jisung dengar nama perang tu, dia tersentak. Haewon meneruskan kerjanya membersihkan sedikit kubur itu.

"Aku cuba cari kubur Appa kau. Nasib baiklah ada seorang pakcik aku yang boleh tolong aku cari sebab dia penjaga kat sini."

Selepas berjaya membersihkan batu itu Haewon berdiri disebelah Jisung dan memandangnya lama. Di batu itu ada tertulis....

Park Daeshim

"Ini kubur Appa kau. Kau rindu dia kan?" kata Haewon. "Aku bawa kau jumpa dia."

Jisung terus terduduk di atas rumput itu dan tangannya mengusap kubur Appanya. Air mata mula menitik di pipi mulusnya. Rasa rindunya mula membuak-buak keluar dari dadanya.

"Appa.......bogo shipeo." kata Jisung. Haewon hanya memerhati Jisung dari belakang. Dia ingin memberi ruang pada goblin itu untuk meluahkan perasaannya.

"Jisung minta maaf. Jisung tak hargai Appa dulu. Jisung tak benci Appa. Jisung sayang Appa sangat-sangat." kata Jisung dengan esakan perlahannya.

"Jisung bodoh sebab tak dengar cakap Appa dulu. Jisung minta maaf." kata Jisung lagi dan dahinya diletakkan diatas kubur tu. Berkali-kali dia mengucapkan kalimat maafnya kerana rasa bersalahnya yang bertimbun didalam hati.

Haewon hampir saja meraung disitu bersama Jisung tapi dia tahan. Dia taknak jadi pengeruh keadaan. Dia taknak tunjuk yang dia lemah didalam keadaan Jisung yang sedang menangis. Dia kena jadi penguat Jisung pada waktu ini.

"Saranghae, Appa. Saranghae.......jinjja." bisik Jisung perlahan dan terus menangis teresak-esak disitu.

《 To Be Continued 》

•───────────────────•

Jisung 🤧😖

Btw, Nik publish 3 part sebab Nik rajin 😁😋

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now