15'

357 59 3
                                    

🐭 Jgn lupa vote and comment.
🐭 Enjoy!

•───────────────────•

"Mianhae....."

Mark hanya memerhati Haewon untuk beberapa saat dan dia bangun dari cangkungnya. Tangan Haewon dia pegang dan ditarik.

"Jom, Haewon. Kat sini bahaya." kata Mark. Dia kena bawak Haewon pergi sebelum vampire apa-apakan dia.

"Tapi Jeno......"

"Dia dah takde. Kita kena terima."

Haewon menangis makin teruk. Mark rasa bersalah nak paksa Haewon untuk pergi tapi dia kena buat juga. Dia taknak Haewon cedera.

Mark mengangkat badan Haewon dan meletakkan Haewon diatas badan dia. Nasiblah badan Haewon kecil, bolehlah dia angkat dan berlari sambil membawa Haewon.

Dia berlari secepat mungkin untuk mencari tempat yang selamat. Haewon masih lagi menangis sambil memeluk lehernya erat. Mark cuba mengawal perasaannya supaya dia tidak menangis.

Sampai ditempat yang selamat, dia meletakkan Haewon di bawah satu pokok dan dia bertukar menjadi manusia semula. Dia terus memeluk Haewon untuk menenangkan dia.

"Jeno tak selfish, Mark. Dia tolong puak hybird. Aku yang selfish. Aku tak fikir perasaan dia langsung. Aku fikir pasal aku je." luah Haewon sambil memeluk badan Mark.

"Tak, Haewon. Kau tak salah."

Haewon menggangguk kepalanya. Dia tahu dia kena terima semua tu. Dia cuma rasa bersalah yang teramat. Dia tak patut buat Jeno macam tu. Dia memang tak guna.

"Kita balik, okay? Biar Haechan settle kan benda kat sini?" pujuk Mark.

──── ◉ ────

Jisung menutup mulutnya selepas mendengar cerita dari Mark tentang Jeno. Chenle mengusutkan rambutnya dan Renjun hanya senyap. Semua terkedu dengan berita kematian Jeno yang tiba-tiba.

"Aku tahu benda ni tiba-tiba. Tapi kita kena terima." kata Mark.

"Haewon macam mana?" tanya Chenle.

"Dia sedihlah. Aku bawak tadi masuk kan dia dah tertidur. Dia rasa bersalah. Sebab marah Jeno. Dia nangis separuh mati kat sana tadi." cerita Mark.

Renjun mengusap lehernya. "Sorrylah. Aku yang bawa dia pergi sana. Aku tak tahu pula jadi sampai macam ni." kata Renjun.

"Gwaenchana. Lagipun Jaemin dah bagitau aku pasal Jeno mati. Aku tahu Haewon akan ada kat situ." jelas Mark.

"Biarlah dia rehat dulu. Mungkin dia terkejut dengan situasi yang tiba-tiba." kata Chenle dan mereka hanya setuju sahaja.

──── ◉ ────

Haewon duduk diatas katil bersama lututnya yang dipeluk erat. Matanya juga memandang satu tilam kecil kat atas lantai. Tu tempat Jeno selalu tidur kalau dalam bentuk anjing.

Esakan kecil Haewon mula kedengaran. Mukanya dibenamkan di antara lututnya itu dan menangis.

Saya taknak jatuh cinta dengan orang selfish macam awak, Lee Jeno.

Awak bukan anjing saya, Jeno.

Kata-kata Haewon yang menyakitkan tu mula bermain di kepalanya. Dia terbayang bagaimana perasaan Jeno bila dia dengar ayat tu. Mesti dia sedih, kecewa.

Kalau dia tahu Jeno akan mati secepat ni, dia akan layan perasaan Jeno. Dia akan cium Jeno sampai Jeno puas. Dia akan peluk Jeno erat-erat.

Tapi tak guna Haewon nak menyesal sekarang. Jeno pun dah takde. Dia dah pergi. Haewon rasa dia berdosa sebab cakap dan bertindak camtu kat Jeno.

"Mianhae, Lee Jeno." bisik Haewon perlahan.

Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk perlahan semasa dia sedang melayan perasaan itu. Dia mengelap air matanya dan bertanya siapa.

"Renjun. Boleh aku masuk?" jawab Renjun disebalik pintu.

"Ma.....masuklah."

Renjun membuka pintu bilik tu perlahan dan dia berjalan kearah Haewon. Dia nampak Haewon merah. Mesti dia baru lepas nangis kan?

"Haewon......" Renjun duduk dihujung katil tu dan mengusap kepala Haewon. "......jgn sedih lama-lama macam ni." kata Renjun.

Selepas mendengar ayat tu, Haewon terus menangis semula. Renjun yang rasa bersalah terus memeluk Haewon. Nampaknya ayat dia tu tak berjaya memujuk Haewon.

"Aku rasa bersalah, Renjun. Aku tak patut cakap macam tu kat dia." kata Haewon dengan teresak-esak.

Renjun tak tahu apa yang Haewon cakap kat Jeno tapi dia tak bertanya dan masih lagi memujuk Haewon yang menangis. Renjun mengeluarkan ekornya dan ekornya memeluk badan Haewon juga.

"Kau kata kau nak pegang ekor aku kan? Aku kasi kau pegang. Jgn sedih lagi." pujuk Renjun.

Haewon masih lagi menangis di dada Renjun tapi dia rasa lega sedikit selepas badannya dipeluk ekor Renjun. Dia rasa hangat dalam pelukan Renjun tu.

Dia menyentuh ekor Renjun yang ada didepan mukanya sedikit. Dia rasa agak tenang bila Renjun pujuk dia macam ni. Matanya dipejam dan telinganya mendengar dengupan jantung Renjun.

"Gomawo, Renjun." kata Haewon dan lama-lama dia tertidur didalam pelukan luar biasa Renjun.

《 To Be Continued 》

٩(・ิᴗ・ิ๑)۶

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now