08'

395 61 3
                                    

🦁 Jgn lupa vote and comment
🦁 Enjoy!
🦁Kiss scene alert! ⚠️

•───────────────────•

Haewon menggoyangkan kakinya yang tergantung kerana katilnya yang tinggi tu sambil bermain telefon. Dia habiskan masa dia scroll instagram dia yang takde pape tu. Dia bosan sangat dah ni.

Tetiba, pintu biliknya terbuka dan terpampanglah muka Jeno disitu. Haewon menutup telefonnya dan memandang Jeno.

"Kenapa, Jeno? Kau nak tidur ke?" tanya Haewon.

Jeno tak membalas apa-apa dan tangannya mengunci pintu bilik tu. Kakinya melangkah kearah Haewon. Haewon hanya mengerut dahinya melihat Jeno.

Sampai saja dihadapan Haewon, Jeno mendekatkan mukanya. Haewon refleks dan menarik mukanya, menjauhi Jeno.

"Apa kau nak buat?" tanya Haewon dengan suara menggigil.

Habis saja ayat tu, bibir Jeno bercantum dengan bibir Haewon. Tangannya pun memegang leher Haewon supaya dia tidak menarik mukanya lagi.

"Hmmph....Jen...." Haewon yang terkejut cuba melepaskan dirinya dari Jeno. Bahu Jeno dipukul kuat. "....lepas...."

Semakin Haewon meronta, semakin kuat Jeno memeluk badan Haewon. Jeno juga menolak badan Haewon supaya dia baring diatas katil dengan bibir mereka yang masih bersatu.

"Jeno......stop....."

Pukulan Haewon dibahu Jeno semakin lemah. Dia pun tak larat nak tolak badan Jeno yang besar bagi dia yang berbadan kecil tu. Jeno pula semakin kasar menggigit bibirnya tu.

Haewon biarkan saja Jeno sebentar. Tak lama selepas itu, Jeno menarik mukanya dan mengelap bibir Haewon. Mata Haewon dipandang dalam-dalam.

"Saranghae." kata Jeno.

"Mwo?"

──── ◉ ────

"Kenapa kau tampar pipi kau sampai merah tu? Giler?" tanya Haechan. Haewon yang sedar dengan kehadiran Haechan berhenti menampar pipinya.

Haechan menarik kerusi meja makan lalu duduk disitu. Haewon menghirup airnya yang ada diatas meja tu. Dia ingin bertanya sesuatu pada Haechan tapi......dia malu pula.

"Kau kenapa, Haewon? Muka kau tu merah sangat. Rasa macam nak meletup pulak." kata Haechan tiba-tiba.

"Aku........aku nak tanya something."

"Apa dia?"

"Kau rasa kalau lelaki tiba-tiba cium perempuan and cakap dia suka perempuan tu, dia serius ke?" tanya Haewon dengan serius.

Haechan mengerut dahinya dan memandang Haewon pelik. Dia agak pelik dan tertanya-tanya dengan soalan Haewon.

"Kenapa? Ada orang cium kau ke apa?"

"T....tak. Mana ada." Haewon jawab dengan tergagap-gagap membuat Haechan yakin dengan anggapan dia.

"Sape cium kau? Kau tak keluar rumah pun hari ni. Kalau ya, mesti orang yang ada dalam rumah ni. Kalau aku, memang taklah. Jaemin, Jisung,Chenle, tak mungkin. Sama ada Jeno, Mark and Renjun. Kan? Biar aku teka....." Haechan menggosok dagunya sambil berfikir.

"Jeno?" teka Haechan.

Haewon tersembur airnya yang ada didalam mulutnya. Haechan pula menepuk tangannya kerana berjaya meneka dengan betul.

"Tapi.......kenapa kau teka Jeno pula?" tanya Haewon sambil mengelap mulutnya.

"Biar aku explain. For your information, Jaemin tu grim reaper so dia takde perasaan kat manusia. Chenle dan Jisung tu macam manusia. Diaorang tahu nak kawal perasaan dan nafsu macam manusia." 

"Tapi......untuk Renjun, Mark dan Jeno, diaorang tu basically gabungan haiwan dan manusia. Tapi, tadi aku nampak Renjun tidur. Kalau Mark, memang taklah. So, Jeno." jelas Haechan panjang lebar.

"Tapi kenapa kalau diaorang bertiga tu gabungan haiwan dan manusia, kau teka diaorang pulak?"

"Kau tahu tak haiwan tak pandai nak kawal perasaan diaorang? Kalau dia suka seseorang, dia akan tunjuk. Sama ada sikit-sikit atau terus extreme."

"Tapi kenapa Jeno? Kenapa bukan Mark? Renjun......oh....tadi dia tidur."

"Mark.....no way. Dia tu takde perasaan langsung. Aku lagi kenal dia dari kau." kata Haechan dan menundukkan sedikit kepalanya. Keluhan perlahan dilepaskan oleh Haechan.

Haewon tersenyum nakal. Reaksi Haechan selepas cakap pasal Mark membuatkan Haewon ingin menyakatnya.

"Ee......kenapa reaction kau camtu lepas cakap pasal Mark? Kau......pernah cium dia eh?"

Haechan memandang Haewon tajam. "Ma....mana ada. Apa kau merepek ni?"

"Ye ke? Kau tipukan? Kau pernah couple kan?"

"Taklah! Jgn merepek boleh tak?"

"HAHAHAHA. Haechan, kau blushing."

──── ◉ ────

Haewon masuk ke biliknya semula selepas puas gelakkan Haechan. Haechan tadi merajuk jadi dia terus pergi masuk ke biliknya dan meninggalkan Haewon sendiri.

Haewon menggeleng kepalanya dan tersenyum. Haechan.....Haechan. Macam budak kecil je nak merajuk2 camtu.

"Haewon....."

Haewon memandang kedepan lalu ternampak Jeno diatas katil dia. Air liur Haewon telan kelat. Malu pula dia bila nampak Jeno kat situ.

"Mianhae. Pasal tadi. Saya tak boleh kawal sebab saya...."

"It's okay. Aku faham."

Haewon duduk disebelah Jeno dan memandangnya lama. Jeno juga memandang Haewon lama membuatkan matanya nanpak bersinar.

"Dahlah. Tidur. Dah malam."

Haewon menarik tangan Jeno supaya dia baring disisinya. Jeno hanya mengikut dan baring disebelah Haewon, menghadap satu sama lain. Mereka pun sebelum ni selalu tidur bersama dan Jeno dalam bentuk anjing. Tapi kali ni, dia tidak ubah badannya dan kekal dalam bentuk manusia.

Jeno menenung bibir Haewon yang merah jambu tu lama. Dia teringat yang dia cium Haewon tadi. Bibir dia lembut dan suam. Membuatkan Jeno semakin mahu cium bibir tu semula.

"Wae, Jeno?"

Jeno meletakkan bibirnya di bibir Haewon sebagai jawapannya pada soalan Haewon tadi. Haewon terkejut tapi kali ni dia biarkan saja Jeno cium bibirnya.

Haewon sendiri tak tahu kenapa dia tak melawan. Dia sendiri tak tahu kenapa dia suka Jeno cium dia. Mungkin.......dia dah suka dengan Jeno. Secara tiba-tiba.

《《 To Be Continued 》》

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now