33'

285 47 4
                                    

🦊 Jgn lupa vote and comment!
🦊 Enjoy!

•───────────────────•

Haewon membuka matanya perlahan-lahan. Badannya mengeliat kecil sambil memandang Haechan yang sedang baring disebelahnya. Mata Haechan dah terbuka. Maksudnya dia dah bangunlah kan?

Haewon melihat tubuhnya yang hanya memakai singlet. Dia juga mengintai lantai dibawah lalu ternampak bajunya disitu. Apa Haechan buat kat dia semalam?

"Kau buat apa kat aku semalam?" tanya Haewon.

"Aku tak buat pape. Aku just buka baju kau sebab kau berpeluh. Tak tahu kenapa kau berpeluh teruk sangat." balas Haechan.

"Oh....camtu." Haewon menggosok matanya. Haechan tersenyum kecil dan rambut Haewon diusap perlahan.

"Tidurlah lagi. Badan kau penat." kata Haechan. "Aku teman."

Haewon mengangguk kepalanya. Dia pun rasa yang badannya sakit dan lemah. Mungkin Haechan hisap darah dia banyak sangat. Atau sebab lain.

Haechan memeluk pinggang dan kepala Haewon lalu merapatkan dirinya. Haewon pun tanpa sedar membalas pelukan Haechan dan mencium lehernya.

Haewon tak tahu kenapa dia rasa selesa sangat dengan Haechan sekarang. Dia rasa macam......dia dah suka ngan Haechan. Dia seperti hilang kawalan jadi dia hanya buat apa saja yang dia nak buat kat Haechan sekarang.

Selepas Haewon memejamkan matanya, Haechan mengucup bibir Haewon perlahan. "Sleep tight, my bride."

──── ◉ ────

Mark berdiri di depan pintu bilik Haewon. Tangannya teragak-agak mahu mengetuk pintu bilik Haewon. Dia ingin kejut Haewon. Mungkin Haewon belum bangun lagi sebab dia tak keluar pun dari bilik.

Mark menarik nafas dalam dan mula mengetuk pintu bilik Haewon berkali-kali. Tapi tiada jawapan. Dahi Mark berkerut. Dia risau Haewon pengsan ke apa kat dalam.

Mark baru saja mahu mengetuk lagi sekali, dia ternampak Haewon berjalan kearah biliknya dengan memakai singlet saja. Mata Haewon pun masih separuh terbuka dan mukanya pucat.

"Haewon....." Mark memegang kedua-dua lengan Haewon. ".....kau dari mana malam tadi?" tanya Mark,risau.

"Aku dari bilik Haechan."

"Apa?" Mark tidak percaya. Kenapa Haewon dari bilik Haechan? Haechan buat apa dengan Haewon? Malam tadi Haewon tidur kat situ ke?

Bermacam-macam soalan muncul di kepala Mark. Dia takut, risau klu Haechan buat apa-apa kat Haewon. Dia juga sempat melihat leher Haewon dan dia terkejut sebab nampak kesan lebam dilehernya.

"Ikut aku." Mark membuka pintu bilik Haeown dan menariknya masuk. Badan Haewon dihempas di dinding sebelah pintu dan dia mengunci Haewon diantara tangannya.

"Apa Haechan buat kat kau?" tanya Mark dengan nada mendatar.

"Tak buat apa-apa....."

"Tipu. Dia gigit leher kau kan? Dia paksa kau ke? Kau tidur dengan dia?"

"Mark....." Haewon memandang Mark lama. "...apa kau cakap ni? Dia tak buat apa-apa kat aku."

"Habis tu, kesan lebam ni......mana datang?"

"Aku yg kasi dia gigit. Sebab dia sakit."

"Tapi kenapa kena korbankan leher kau?"

Haewon tergelak kecil lalu dia memandang Mark dengan pandangan yang tajam. "Kau juga yang buat kuasa dia hilangkan? Kenapa kau nak kena tanya aku kenapa aku bagi leher aku kat dia? Ya. Haechan sakit. Sebab kau."

Mark menelan air liurnya paksa. Dia terkesan dengan kata-kata yang keluar dari mulut Haewon. Hampir saja tangisannya mahu terkeluar.

"Keluar." kata Haewon lalu membuka pintu biliknya dan menolak Mark keluar. Pintu bilik tu dihempas kuat dan Mark hanya berdiri didepan pintu bilik tu.

Mark memejam matanya rapat dan dia menghelakan nafasnya berat. Kenapa? Kenapa Haewon tiba-tiba berubah? Sebab Haechan gigit leher dia ke? Tu ke sebab utamanya?

Air mata Mark tanpa sedar mengalir keluar dari kelopak matanya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia menangis sebab benda ni. Mungkin dia sayang Haewon sangat-sangat.

──── ◉ ────

"Haechan....." Mark memanggil Haechan yang sedang berjalan kearah tangga tu. Haechan berhenti dan dia memandang Mark lama.

"Apa kau nak?"

"Kenapa kau gigit Haewon?"

Haechan berjalan kearah Mark dan dia berdiri didepan Mark. Dia memandang Mark dari atas kebawah lalu tersenyum miring.

"Aku nak jadikan dia bride aku."

"Aku tahu kau tak suka dia pun kan, Haechan?"

"Ya. Aku tak suka dia."

"Habis tu, kenapa kau jadikan dia bride kau? Kau mempermainkan dia tahu tak?"

"Sebab kau." Haechan menunding jarinya kearah dada Mark dan menolaknya berkali-kali. "Aku nak kau rasa apa yang aku rasa. Aku nak kau rasa apa perasaannya bila orang yang kau suka tak suka kau balik."

Mark mengetap bibirnya lalu dia memegang bahu Haechan. "Jgn apa-apa kan Haewon, Haechan. Kau buatlah apa-apa kat aku."

"Taknak. Macam mana aku terseksa macam tu jugak kau merana."

Selepas mendengar ayat itu, Mark terus melutut dihadapan Haechan. Mark memejamkan matanya rapat dan dia memegang kaki Haechan erat.

"Please......jgn apa-apakan Haewon. Kau buatlah apa-apa kat aku tapi jgn......jgn kacau Haewon." rayu Mark.

Haechan mengetap giginya sambil memandang Mark yang memeluk kakinya itu. Air liurnya ditelan paksa dan dia fikirkan perbuatan Mark sekarang.

Kenapa Mark sayang sangat Haewon tu? Perlu ke sampai merayu dan melutut macam ni?Perlu ke Mark tunduk dekat dirinya untuk Haewon?

"Stop." Haechan menarik kakinya dari pegangan Mark. "Aku takkan ubah apa yang aku buat sekarang." kata Haechan lagi lalu dia pergi dari situ.

Mark masih terduduk disitu dan menenung tangannya yang memeluk kaki Haechan. Mukanya ditutup menggunakan tangan dengan air matanya yang mengalir dari matanya.

"Apa lagi aku nak buat supaya kau tak kacau Haewon, Lee Haechan?" bisik hati Mark.

•───────────────────•

《 To Be Continued 》

•───────────────────•

ʘ̥_ʘ̥

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now