03'

448 71 19
                                    

🦊 Jgn lupa vote and comment
🦊 Enjoy!

•───────────────────•

Haewon memandang mereka satu-persatu. Sekarang mereka bertujuh sedang duduk dan di meja makan dan Haewon berdiri. Lepas kena ugut tadi, barulah tenang keadaan. Dan ditangan Haewon sekarang bukan pegang pistol tapi kuali. Sebab pistol tadi tu pistol mainan.

"Cite sekarang." arah Haewon. "Nape nak Lee Jeno ni? Apa yang dia ada?" tanya Haewon lagi sambil memandang Jeno yang sedang menyelubungkan dirinya dengan selimut yang lagi besar.

"Kan dah cakap tadi dia hybird." kata Chenle.

"Kalau dia hybird pun kenapa?"

"Kitaorang nak kuatkan kuasa kitaorang." sampuk Jaemin yang sedang bermain dengan jubah hitamnya.

"Dalam buku sihir NCT jilid ke-3, ada cakap yang hybird boleh kuatkan supernatural power. Sebab tu semua nak dia." sambung Jaemin.

"Kalau dapat dia kau nak buat apa?" tanya Haewon lagi.

"Bunuh."

Haewon memegang dahinya dan menggeleng kepalanya perlahan. Tak sangka mereka sanggup bunuh makhluk yang boleh tukar jadi anjing ni. Dahlah comel.

"Sebab tu kitaorang berebut. Faham tak?" kata Chenle.

"Faham. Tapi, aku tak faham kenapa nak kena korban orang lain untuk kuatkan kuasa. Selfish betul." perli Haewon.

Haechan ingin berdiri untuk membantah Haewon tapi Haewon menunjukkan kuali yang ada kat tangan dia tu.

"Duduk. Aku tampar kau ngan kuali, migrain 7 keturunan."

Haechan hanya mengalah dan duduk semula diatas kerusi tu. Mereka semua hanya menjeling satu-sama lain membuatkan keadaan makin tegang.

"Atas arahan aku, jgn ambik Lee Jeno. Faham tak?" Haewon tiba-tiba berkata selepas keadaan senyap tadi.

"Kenapa pulak? Kau sape nak arah-arah kitaorang?" balas Mark.

"Aku cakap tak boleh, maksudnya tak boleh."

"Kenapa? Bagi aku alasan."

"Sebab kau dalam rumah aku." Haewon mengangkat kening pada Mark, tanda menang dengan jawapannya tadi. Mark merengus perlahan dan tidak membalas apa-apa. Dia sendiri tak tahu nak balas apa.

"Dah alang-alang korang ada dalam rumah aku, aku tak kasi kau keluar."

"Apa?" Semua terus memandang Haewon dengan muka terkejut. Haewon tersenyum sinis.

"Selagi korang bergaduh satu sama lain, aku tak kasi korang keluar rumah. Biar aku, Choi Haewon yang jaga korang. Faham?"

"Taknak. Baju aku takde kat sini."

"Tapi kenapa? Macam mana aku nak jaga bulu ekor aku ni?"

"Dah macam mana pulak aku nak cabut nyawa orang?"

"Aku tak faham. Aku baru jumpa dunia ni dengan Chenle."

"Ada juga aku hisap darah perempuan ni sampai kering."

"Bila bulan penuh nak datang? Aku nak bunuh Haewon ni."

Macam-macam alasan yang Haewon dengar. Tapi, dia tak kisah. Apa yang dia cakap, dia akan buat. Satu habuk pun dia tak kisah. Dia nak juga diaorang semua jadi baik. Bukan selfish nak bunuh orang.

"Dalam rumah ni, ada 4 bilik. Satu bilik aku. Yang lagi tiga tu, pepandailah korang tidur. Makan, baju, esok aku beli." sambung Haewon.

"Choi Haewon......kau tak tahu ke kitaorang ni boleh hilang-hilang?" tanya Jisung.

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now