07'

400 61 2
                                    

🐻 Jgn lupa vote and comment
🐻 Enjoy!

•───────────────────•

Eunmin mengelip matanya berkali-kali untuk menerima cahaya matahari yang masuk ke matanya. Rambutnya ditolak kebelakang dan dia memerhatikan sekeliling. Dia sekarang berada di ruang tamu.

"Eunmin.....kau dah bangun? Kau okay tak?" tanya Haewon yang datang kearahnya.

"Okay. Aku mimpi lama tadi."

"Ei......kau pengsan 30 minit jelah."

"Ohh.....yang aku nampak gumiho tadi tu betullah."

"Yelah."

Eunmin seperti ingin pengsan semula selepas mendengarnya. Dia tak sanggup nak percaya semua tu. Haewon pula sempat menahan Eunmin dari pengsan semula.

"Jgn pengsan lagi woi. Malas aku nak jaga kau." kata Haewon sambil memukul lengan Eunmin.

"Kau tipu aku kan pasal gumiho tu?"

"Betullah. Aku just taknak kau tahu at the first place."

"Tapi kenapa?!"

"Jgn gaduh." Mark yang tiba-tiba muncul dengan segelas air menegur mereka. Air tu kemudian dihulurkan pada Eunmin. Eunmin pula seperti ragu-ragu ingin ambil.

"Haish.....ambik jelah." Haewon merampas cawan tu dari Mark dan beri pada Eunmin.

"Nanti dah okay, gi dapur. Makan."

"Eh? sape masak?" tanya Haewon. Pelik pulak dia. Dia tak masak apa-apa tadi pun.

"Renjun dan Chenle."

"Masak pakai apa?"

"Pakai akal fikiran." balas Mark lalu dia pergi dari situ. Haewon mengetap bibirnya.

Orang tanya betul-betul, dia balas camtu pulak. Tak guna betul. Rasa macam nak baling je cawan yang dia bagi kat Eunmin tadi. Dasar Mark Lee. Nasib handsome.

"Kau dah okay belum ni?" Haewon bertanya pada Eunmin.

"Tak. Yang tadi sape pulak?" tanya Eunmin.

"Mark Lee."

"Dia pun gumiho jugak ke?"

"Kau nak tahu buat apa?"

"Bagitau jelah."

"Werewolf. Puas hati?"

"Mana kau kutip diaorang ni?"

"Diaorang yang datang. Mana aku tahu."

"Penipu."

"Mana ada."

"Kau peni.....hmmm...." Eunmin ingin bercakap tapi mulutnya tiba-tiba ditutup oleh seseorang. Eunmin pandang belakangnya lalu ternampak seorang lelaki yang tinggi dan berambut hitam gelap.

"Jaemin......bila kau balik?" tanya Haewon.

"Baru je. Ni sape pulak?" tanya Jaemin yang sedang menutup mulut Eunmin menggunakan tangannya.

"Kawan aku."

Eunmin menolak tangan Jaemin ketepi dan dia menjauhi Jaemin dan Haewon. "Ni sape pulak, Haewon?"

"Na Jaemin."

"Grim reaper."

Mereka berdua jawab soalan Eunmin serentak lalu mereka pandang sesama sendiri. Eunmin pulak menutup mulutnya tanda terkejut.

"Aku rasa aku dah giler lah. Aku nak balik." kata Eunmin.

"Tak, Eunmin. Kau tak giler. Jom makan." kata Haewon dan menarik Eunmin kedapur untuk makan dengan paksaan.

──── ◉ ────

Mereka semua sedang duduk di ruang tamu bersama Eunmin. Eunmin menundukkan kepalanya dan mengusap tangannya bersama. Rasa berdebar pula duduk dan berjumpa depan-depan dengan makhluk yang bukan manusia. Walaupun sebelum ni dia suka.

"Kau okay tak?" tegur Jisung yang ada di sebelahnya.

Bahu Eunmin terjungkit kerana tekejut dengan Jisung yang tiba-tiba menegurnya. Kepalanya dianggukkan untuk menjawab soalan Jisung tadi.

"Takyahlah risau. Kitaorang baik."

"Baik datang mana? Kau pun nak bunuh Jeno." sampuk Chenle yang sedang mendengar perbualan mereka berdua tu.

"Bunuh?!" tanya Eunmin dengan menjerit.

"Chenle! Pabo! Diamlah. Bisinglah kau ni." kata Jisung lalu menampar lengan Chenle.

"Diaorang semua nak bunuh Jeno. Sebab dia hybrid." Haewon pula berkata sambil memandang Jeno yang sedang duduk di atas lantai tu.

"Kenapa nak bunuh hybird?" tanya Eunmin. Minatnya untuk tahu mula bertambah.

"Kuasa. Kitaorang nak kuatkan kuasa." jawab Chenle."Kuasa kitaorang hilang. Atas sebab tertentu dan situasi sendiri. Sebab tu kitaorang nak Jeno. Dia hybird yang boleh kuatkan kuasa kitaorang balik." jelas Chenle panjang.

"Oh.....camtu. Habis tu, korang dah berapa lama duduk dalam rumah ni?" tanya Eunmin lagi.

"Baru tiga hari." Jisung menunjukkan simbol menggunakan jarinya yang panjang dan halus.

"Korang buat apa je dalam rumah ni? Rumah Haewon ni besar je. Bukan ada apa-apa pun."

"Tidur, makan, gaduh. Tulah jelah kot." balas Chenle.

"Haewon.......kau bagi diaorang fon ke?"

Haewon memandang Eunmin pelik. Tubuhnya dipeluk dan berkata, "Kau nak aku rembat fon dari mana? Langit?"

"Belilah." balas Eunmin selamba.

"Kepala hotak kau. Dahlah 7 orang. Bukannya sikit."

Eunmin menggaru kepalanya yang tidak gatal tu kemudian dia memetik jarinya, "Kat rumah aku tu banyak fon yang elok tapi tak pakai." kata Eunmin.

"Banyak sangat ke?" tanya Haewon.

"Banyaklah juga. Yang penting cukuplah untuk diaorang. Eh.....yeke? Cukup ke tak ek? Tak sure lah." Eunmin mengusap dagunya perlahan sambil berfikir.

"Takpelah. Aku balik dulu. Aku nak tengok fon tu."

Eunmin bangun dari duduknya dan terus berlari ke pintu hadapan. Haewon pun mengikut langkahnya pergi ke hadapan.

"Besok aku datang tau. Bye!"

Haewon melambaikan tangannya pada Eunmin yang sudah masuk kedalam kereta tu. Eunmin membalas lambaian itu dan pergi dari situ.

Keluhan ringan dilepaskan oleh Haewon dan kakinya melangkah masuk ke ruang tamu semula. Haewon memandang mereka bertujuh satu-satu dan perasaan kesalnya mula bangkit dalam hati.

"Kenapalah aku tak halau je diaorang? Aishh..." bisik hati Haewon.

《《 To Be Continued 》》

•───────────────────•

Nik update dua part 😄
Sebab part ni macam bosan sikit.

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now