37'

324 58 0
                                    

🐬 Jgn lupa vote and comment!
🐬 Enjoy!

──── ◉ ────

Haechan dan Haewon masuk kedalam rumah bersama-sama. Selepas mereka berjalan di taman, mereka terus pulang. Lagipun, Haewon rasa pelik nak bercakap dengan Haechan sebab dia menangis. Haewon pun tak tahu kenapa.

"Haewon....."

Haewon mengangkat kepalanya selepas terdengar namanya dipanggil. Mark yang ada dihadapan mereka itu dia pandang lama.

"Kau nak apa?" Haechan yang membalas panggilan Mark tadi.

Mark mengeluh perlahan. "Aku.....aku nak Haewon."

"Mintak anak orang macam mintak anak ayam."

Haechan terus menarik tangan Haewon selepas dia cakap begitu. Tapi Mark sempat pegang tangan Haewon yang lagi satu, membuatkan langkah Haechan terhenti.

"Kau pun apa kurangnya? Gunakan anak orang untuk balas dendam." balas Mark.

Haechan mengalihkan badan Haewon ketepi lalu dia berdiri di hadapan Mark. "Dan kau punca yang buatkan aku balas dendam. In conclusion, semua ni salah kau."

"Balas dendam kat aku je. Kenapa perlu guna Haewon? Perlu ke jadikan Haewon bride kau?"

Haewon yang ada ditepi itu hanya melihat pergaduhan mulut mereka. Satu habuk pun dia tak faham apa yang mereka sedang cakapkan.

"Kau buatlah apa-apa kat aku. Belasah aku, bunuh.....aku. Tapi jangan kacau Haewon." sambung Mark.

Haechan terus mencengkam kolar Mark dan menumbuknya sehingga Mark terjatuh disitu. Haewon terkejut dengan tindakan Haechan terus menarik tangan Haechan.

"Kau ingat aku ni kejam sangat ke sampai nak bunuh kau?" kata Haechan. Tangan Haewon tadi Haechan tepis ketepi dan dia mencengkam kolar Mark lagi.

"Klu kau bawak aku pergi perang tu, mesti Songyun tak mati. Kau memang bodoh."

"Haechan......" Mark memandang mata Haechan lama. ".....aku tak bawak dia. Aku tipu dia."

"Habis tu, kenapa dia mati? Hah?"

──── ◉ ────

"Aku tipu dia."

Mark yang ada di hadapan Zuho memeluk tubuhnya selepas cakap begitu. Zuho hanya menggeleng kepalanya perlahan.

"Jadi, kau taknak bawa dia pergi perang pun? Kau tipu Songyun?"

"Ya, aku taknak bawa dia. Cuma aku terpaksa minta tolong kau."

"Apa dia?"

"Aku nak kau bawa dia masa kita otw nak pergi tempat perang. Tapi kau ikut laluan lain jadi Songyun tak perlu pergi tempat perang tu. Aku dah jumpa laluan yang selamat untuk kau lalu nanti." jelas Mark.

Zuho mengeluh. "Fine."

──── ◉ ────

Puak werewolf sudah bersiap untuk pergi perang. Mark sedang berdiri di depan New, vampire kurus itu. Haechan......memang taklah dia nak ada kat situ. Dia dah mengamuk beberapa hari yang lepas.

"Careful. Panggil kitaorang klu emergency. Jgn nak berlagak sangat." pesan New dan menjeling Mark. Sejujurnya dia masih marah dengan lelaki itu tentang mesyuarat tempoh hari tapi dia cuba tolak perasaan marahnya ketepi untuk berjumpa dengan Mark.

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now