19'

332 54 4
                                    

🐻 Jgn lupa vote and comment.
🐻 Enjoy!

•───────────────────•

"Hiks......" Jisung cuba menahan tangisannya dihadapan Haewon selepas dia cerita kejdian lampau. Mukanya ditutup menggunakan kedua-dua belah tangannya yang besar tu.

"Jisung....." Haewon mencangkungkan dirinya dihadapan Jisung dan mengambil kedua-dua belah Jisung dan diusap perlahan.

"Jgnlah salahkan diri kau macam ni. Kau tak salah......."

"Aku salah. Aku tak dengar cakap Appa aku."

"Tapi, kau tak tahu pun kau akan mati sebab serangan tu kan? Serangan tu yang jadi tiba-tibakan?"

"Aku tak kisah bila aku mati dan macam mana aku mati tapi aku menyesal sebab aku mati dalam keadaan macam tu. Dalam keadaan aku berdosa dengan Appa aku. Dan dalam keadaan yang aku rindu dia." kata Jisung sambil menahan tangisnya. "Aku patut jadi tentera. Sekurang-kurangnya sebelum aku mati, aku dah gembirakan Appa aku." sambung Jisung

Haewon mengusap kepala Jisung perlahan lalu memeluknya. Sedih betul hatinya selepas mendengar cerita tu.

"Takpe, Jisung. Benda tu dah lepas. Kau kena move on." kata Haewon sambil memujuknya.

Jisung hanya mengangguk kepalanya perlahan sambil menahan tangisan sebelum makin teruk. Dia taknaklah menangis teruk-teruk depan Haewon.

"Gomawo." kata Jisung.

"Kau tak tahu apa-apa perkembangan Appa kau?" tanya Haewon.

"Tahun 1955, perang Vietnam bermula. Appa aku join perang tu. Dan pada tahun 1963, Appa aku mati sebab perang tu." cerita Jisung.

"Cane kau tahu?"

"Aku perhati Appa aku walaupun dia tak nampak aku. Aku rindu dia. Sebab tu, aku nak kuasa. Aku nak pergi semula ke masa lepas. Aku nak cakap aku sayang dia. Tapi aku batalkan niat aku. Sebab aku taknak Appa aku kena pergi berperang balik. Aku harap sangat......waktu tu takde perang. Jadi, Appa aku tak terseksa dengan semua tu."

Haewon mengusap kepala Jisung perlahan. "Takpe, Jisung. Aku pasti Appa kau tahu yang kau sayang dia." pujuk Haewon.

"I hope so." kata Jisung dan membenamkan mukanya di pangkuannya sendiri sambil dipujuk Haewon.

──── ◉ ────

Chenle berjalan menuju ke bilik Haewon. Dia berdiri lama di hadapan pintu tu sambil mengeluh perlahan. Kepalanya pun masih putarkan perkara yang jadi kat dapur hari tu.

Dia tak patut cakap macam pasal Jeno kat Haewon. Benda tu jadi seperti ugutan pula. Dia takut Haewon jadi tak selesa dan awkward dengan dia.

Tapi, disebabkan dia nak bercakap juga dengan Haewon, dia buang perasaan bersalahnya dan mengetuk pintu bilik tu perlahan.

"Nugu?" tanya Haewon yang ada didalam.

"Chenle. Boleh aku masuk?"

Keadaan menjadi senyap seketika dan Haewon membuka pintu biliknya. "Wae?" tanya Haewon.

"Aku nak cakap something."

"Oh. Masuklah." kata Haewon dan membiarkan pintu bilik tu terbuka luas untuk Chenle masuk.

Chenle masuk kedalam bilik tu dan menuju ke meja study Haewon kerana dia sedang duduk disitu. Chenle menyandarkan punggungnya di permukaan meja Haewon dan memeluk tubuhnya.

"Buat apa?" tanya Chenle.

"Assignment aku. Dah lama tertangguh. Aku siapkan malam ni jugak klu boleh." kata Haewon.

Chenle mengangguk kepalanya perlahan. Selepas itu, dia memandang wajah Haewon lama. Matanya yang agak besar bersama double eyelids yang terbentuk lawa. Hidung butang, kecil dan bibir yang sedikit tebal.

Dan perasaan sedih yang terserlah dimukanya.

"Chenle, kenapa kau pandang aku macam tu?" tanya Haewon.

Chenle tak cakap apa-apa tapi dia merapatkan dirinya dengan Haewon. Bahu Haewon ditolak kebelakang sehingga seluruh tubuh belakang Haewon menyentuh permukaan kerusi.

"Chenle....."

"Can we kiss again?" sampuk Chenle.

"Itu ke 'something' yang kau nak cakap tu?" balas Haewon.

Tak sebenarnya. Chenle nak minta maaf sebab cakap inappropriate things sebelum ni. Dia nak minta maaf sebab cium Haewon tiba-tiba. Tapi...

"Yes. This is the 'something'." Ini yang Chenle cakap.

Bibir Chenle terus terletak di dahi Haewon. Haewon hanya diam saja dan tidak melawan sebab dia taknak Chenle mention nama Jeno lagi.

Sejujurnya, Chenle cium dia sebab.......dia nampak Haewon jadi terlalu sedih selepas kematian Jeno. Dia gunakan kuasa miliknya yang hampir habis tu untuk tarik kesedihan Haewon yang melimpah tu.

Dia sendiri tak tahu kenapa tapi hatinya sakit bila tengok Haewon sedih seperti orang kehilangan anak. Dia tak boleh bagi kegembiraan pada Haewon tapi cukuplah dia menarik sedikit kesedihan gadis itu.

Rasa bersalahnya mula berkumpul semula dalam hati. Chenle tahu yang Haewon hanya senyap sewaktu Chenle cium dia sebab Haewon takut Chenle akan ugut dia seperti hari sebelum ini.

Chenle cuma nak cium Haewon dan menarik kesedihan gadis muda tu. Dia taknak memaksa Haewon tapi dia terlalu kasar. Percakapan dia, perbuatan dia, semua tu kasar. Sehinggakan Haewon fikir apa yang Chenle cakap pada dia tempoh hari tu ugutan. 

Tu bukan ugutan untuk Chenle. Tu cuma cara Chenle untuk buat Haewon berikan bibirnya pada Chenle. Dia juga tahu Haewon takkan cium sebarang lelaki macam tu je. Tapi, Chenle silap. Haewon anggap yang tu ugutan untuk dirinya.

I am sorry, Haewon. Aku kasar dengan kau. Aku cuma taknak kau sedih tapi aku tahu cara aku salah. Aku patut explain kat kau dulu. Biar kau tak salah faham dengan aku. Aku taknak kau nampak aku macam pengkhianat.

"Chen......le......" Haewon cuma bercakap diantara ciuman mereka berdua.

Chenle menarik mukanya perlahan-lahan dari muka Haewon. "I am sorry." kata Chenle lalu dia ingin menjauhi Haewon tapi Haewon memegang kedua-dua belah pipi Chenle.

"Kenapa kau nangis? Kau okay tak?" tanya Haewon sambil mengelap air matanya Chenle yang masih tersisa di pipinya. Air mata Chenle yang suam tu tadi menyentuh pipi Haewon ketika mereka bercium, membuatkan Haewon berhentikan ciuman Chenle tu.

Chenle pun tak perasan yang dia menangis tapi selepas Haewon mengelap air matanya, tangisan hampir terkeluar terus. Dia mengetap bibirnya untuk menahan tangisannya.

"I am sorry." Itu saja yang Chenle mampu cakap pada saat itu. Dia tak sangka bila dia menarik kesedihan Haewon, kesedihan tu melimpah pada dirinya pula.

Kuasa dia sudah tidak kuat. Dia tak mampu nak buang perasaan sedih yang dia tarik dari orang supaya keluar dari dirinya. Jadi, kesedihan tu hanya bertakung didalam dirinya.

"Mianhae. Jinjja......" kata Chenle lagi lalu dia jatuh kedalam pelukan Haewon dan mula menangis.

《 To Be Continued 》

•───────────────────•

Jisung dan Chenle, jgnlah menangis lagi. 😢

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now