39'

309 50 0
                                    

🦁Jgn lupa vote and comment!
🦁 Enjoy!

•───────────────────•

Haechan berjalan kearah Haewon yang sedang duduk di sofa ruang tamu itu. Dia terus menarik tangan Haewon menuju ke dapur. Haewon terkejut juga Haechan menariknya begitu tapi dia ikut sahaja.

Sampai di dapur, mereka berdua masuk ke dalam satu stor barang dan berdiri berduaan disitu. Haechan menenung mata Haewon lama sehingga dia nampak pantulan dirinya sendiri di anak mata Haewon.

"Mian...." bisik Haechan perlahan.

"Wae?" tanya Haewon. Dia pelik kenapa Haechan tiba-tiba saja mintak maaf padanya.

Haechan tidak membalas sebaliknya dia mengigit leher Haewon. Sama dengan tempat yang dia pernah gigit sebelum ini. Haewon cuba menolak Haechan kerana dia terkejut tetapi Haechan mengunci tangannya di dinding.

"Haechan......sakit...." Haewon merengek kecil kerana kesakitan itu. Kali ni lebih pedih daripada yang sebelum ini. Mungkin sebab Haechan gigit di tempat yang sama.

"Sorry, Haewon. Tahan sikit." Haechan mengigit lehernya lebih dalam. Haewon mengigit bibirnya, cuba menahan dirinya dari menjerit. Sakitnya memang tak tertanding. Kenapa Haechan tiba-tiba gigitnya begini?

Haechan melepaskan gigitan. "Sorry....." bisiknya lagi dengan mukanya yang dibenamkan di leher Haewon. "Aku minta maaf Haewon."

"Kenapa, Haechan? Kenapa kau minta maaf macam ni?" tanya Haewon lagi. Dia memang tak boleh fikir alasan apa yang buatkan Haechan minta maaf begini.

"Aku.....gunakan kau untuk balas dendam dengan Mark, Haewon."

"Maksud kau?"

"Aku jadikan kau bride aku untuk jealous kan Mark. Sebab aku tahu Mark suka kau.

Haewon menelan air liurnya kelat. Betul ke apa yang dia dengar? Dia tak salah dengar kan? Memang Haechan yang cakap macam tu kan?

"Aku gigit kau balik sebab aku nak putuskan hubungan kita, kau takkan jadi bride aku lagi, Haewon."

"Tapi aku suka kau, Haechan." Haewon memegang kedua-dua belah pipi Haechan dengan air matanya yang mengalir di pipi. Haechan memegang pergelangan tangan Haewon dan mengusapnya perlahan.

"Aku pun suka kau, Haewon. Tapi aku risau klu perasaan cinta kau untuk aku tu tak betul. Kau mungkin terjatuh cinta dengan aku sebab kau bride aku." Haechan mengeluh perlahan. "Semua yang jadi ni macam dejavu daripada situasi kau dan Jeno, Haewon. Aku gunakan kuasa aku supaya kau jatuh cinta dengan aku."

Haewon terdiam sebentar. Peristiwa dia dan Jeno datang semula di dalam kepalanya. Jeno gunakan kuasa yang dia ada untuk buatkan Haewon jatuh cinta dengannya. Tapi lepas Jeno tarik balik kuasa itu, dia sudah tawar hati pada Jeno. Macam tu ke yang akan jadi pada dia dan Haechan?

"I am not your true love, honey." bisik Haechan perlahan di telinganya. Air matanya juga mengalir dan jatuh di leher Haewon, bercampur dengan darah yang keluar dari leher Haewon.

"I am sorry. I am just a worst version of Jeno. Hurting everyone around me especially you and Mark." sambungnya. Dahinya disandarkan di dahi Haewon.

"Aku betul-betul suka kau tapi cara aku rebut hati kau salah, Haewon. Aku minta maaf." Haechan mula teresak kecil. Bibirnya bergetar ketika cuba menahan tangisan. Haewon mengusap pipi Haechan perlahan.

"Takpe, Haechan. Tapi......aku taknak kau tinggalkan aku macam Jeno tinggalkan aku." balas Haewon. "Tinggalkan aku baik-baik, Haechan."

Haewon taknak Haechan tinggalkan dia macam tu saja atau tinggalkan dia dengan cara salah. Macam Jeno. Jeno mati depan mata dia sebelum dia minta maaf baik-baik. Dia taknak perkara itu berlaku semula.

"Tak.....aku takkan tinggalkan kau macam Jeno." kata Haechan. Dia mengelap air mata Haewon lembut dan merapatkan mukanya dengan Haewon. Bibir mereka disatukan oleh Haechan.

Haewon membalas ciuman Haechan lembut. Air matanya mengalir semula wlupun sudah dilap oleh Haechan tadi. Air mata mereka membasahi bibir masing-masing yang sedang dilumat sesama sendiri.

Tak lama selepas itu, kepala Haewon mula pening. Macam sebelum ni, selepas Haechan gigit leher dia. Haewon menggenggam bahu Haechan erat untuk menahan dirinya dari tertidur. Tapi dia tak mampu nak tahan dan perlahan-lahan terlelap dalam ciuman Haechan.

──── ◉ ────

"Ah!"

Haewon tersedar dari tidurnya. Sekelilingnya diperhati pantas. Dia ada di bilik tidurnya. Mungkin Haechan letakkan dia disini. Dia mengalihkan selimut yang ada atas badannya ketika dia terasa ada satu kertas di tangannya.

Gomawo. Aku pergi dulu.
Lepas aku tarik title kau sebagai bride aku,
kau takkan suka aku. Jadi, carilah cinta sejati kau sendiri.
I am sorry------again.

Haechan. Haechan yang bagi surat ini. Dia terus turun dari katil dan berlari anak keluar dari bilik. Dia mahu periksa, betul ke mereka bertujuh dah takde kat rumah ni?

Dia periksa semua bilik yang mereka pernah duduk sebelum ini. Kosong. Takde apa-apa. Takde Jisung dan Chenle yang selalu bergurau. Takde Renjun yang selalu membelai ekornya yang cantik. Takde Jeno yang selalu berlari-lari di dalam rumah dan Jaemin yang selalu duduk dan membaca buku.

Dan yang penting, tiada lagi Mark dan Haechan yang bergaduh.

Dia cari lagi sekeliling rumah kerana tidak percaya yang mereka sudah takde. Memang itu kenyataannya. Dia kena terima.

"Mark------"

Sejujurnya, dia terima dengan pemergian orang lain tapi Mark------tidak.Yang lain, Haewon saksikan pemergian mereka. Haewon nampak mereka pergi. Tapi Mark------dia tak sempat cakap apa-apa. Dia sempat bergaduh sahaja sebelum Mark menghilang.

Dia berhenti di hujung anak tangga dan duduk disitu. Keluhan berat dilepaskan. Rambutnya digenggam erat, air matanya mengalir kembali. Gila. Dia tahu kenapa dia sedih sangat sekarang. Pesanan yang ada di surat Haechan itu bermain di fikiran.

You will find your true love, honey.

This girl really in love with Mark Lee.

《 To Be Continued 》

(C) Undecided Bride || NCT DreamWhere stories live. Discover now