42. Memori Yang Mati

3K 57 5
                                    

Semua hanya mimpi,ke?

Aku termangu mendengar segala cerita yang keluar dari mulut ibu dan mama. Malah mama sendiri minta Shahfri untuk keluar dan tidak mengangguku yang masih keliru.

Aku kemalangan? Tapi bila? Bagaimana? Apa konflik yang berlaku antara aku dan Shahfri hingga aku jadi begitu benci padanya?

"Listen, Chyra. Ibu tak mahu bebankan kamu dengan macam - macam perkara yang kamu kena hadam sekarang. Buat masa ni cukuplah kamu tahu yang kamu kemalangan, berlanggar dengan lori. Nanti sikit - sikit kamu mungkin akan ingat apa yang berlaku." Aku menahan sebak di dada. Bagaimana aku mahu menerima kenyataan yang aku langsung tak pernah berpisah dengan Shahfri, tapi sekarang aku terlalu cintakan Daniel. Aku mahu Daniel. Aku geram, ibu bagaikan menyimpan banyak cerita yang aku tak tahu. Kepalaku jadi sakit berdenyut setiap kali cuba mengingati apa yang berlaku sebelum aku koma. Aku gagal membezakan yang mana realiti hidup, dan yang mana hanya mimpi.

Dalam ingatan aku sekarang, aku cuma berpegang pada perjalanan hidup yang maha panjang antara aku dan Shahfri, Farhad, Daniel, Feena mahupun Julia. Aku tak tahu sama ada mereka ada kaitan secara langsung dengan hidupku atau tidak. Tapi sangat sukar untuk aku bedung perasaan yang aku terlalu cintakan Daniel. Aku pernah tidak pedulikan bibit - bibit cinta yang Daniel titipkan padaku suatu ketika dulu. Dan aku tak mahu ia pergi lagi. Aku tahu Daniel adalah lelaki yang paling baik pernah aku jumpa.

AKU sudah beberapa hari dipindahkan ke wad biasa. Mahu bertanyakan tentang Daniel, semua memilih untuk tak mahu buka mulut. Dan beberapa hari ini jugalah aku tidak nampak kelibat Shahfri datang menemaniku.

"Ibu, betul ke Chyra memang tak ada kena mengena dengan Daniel? Ala kawan sekelas Chyra tu?" Ibu buat muka, namun cepat - cepat mengukir senyum untuk mengambil hatiku. Aku mendengus tak berpuas hati.

"Boleh ibu cerita pada Chyra? Kenapa Chyra boleh accident? And betul ke Chyra dengan Shahfri memang tak pernah bercerai?" Walau berkali - kali soalan itu aku ajukan pada ibu, walau ibu jawab segala soalanku dengan jawapan yang fix dan firm, aku tetap tak berpuas hati.

"Nanti ye yang tu biar Shahfri cerita kat Chyra, boleh?" Ibu mengusap rambutku.

"Chyra tak percaya Shahfri tu. Entah, Chyra rasa benci sangat kat dia. Dia jahat." Laju saja perkataan itu meluncur keluar dari mulut ini. Walaupun berkali - kali mama dan ibu terangkan padaku yang Shahfri tidak pernah tinggalkan aku, Shahfri tak pernah berkahwin dengan Feena malah Shahfri langsung tak kenal siapa Feena tu.

"Macam mana lagi ibu nak terangkan kat Chyra." Ibu serba salah.

"Farhad hidup lagi, kan?" Ibu angguk. Sebanyak manapun aku cuba ceritakan pada Ibu dan mama tentang rancangan jahat Farhad mahu menggunakan aku sebagai kambing hitamnya sebagai game creator, mereka tetap tak mahu percaya. Malah saat aku katanya yang Farhad telah mati bunuh diri, ibu cepat - cepat menelefon Farhad. Dan ya, aku dengar jelas suara Farhad walaupun aku menolak untuk berbicara dengannya.

"Okay, Chyra nak tanya, betul ke Chyra dengan Farhad adik beradik susuan?" Tiba - tiba soalan ini menerjah minda.

"Merepek. Chyra membesar kat mana, Farhad membesar kat mana. Zaman kecik korang tak pernah bertemu tahu tak. Anak susuan sapa pulak dah." Aku diam, mati akal.

Tiba - tiba masuk sorang doktor pakar ditemani beberapa jururawat.
"Hai selamat petang, Puan Sahairah rasa macam mana hari ni? Ada rasa okay sikit tak? Masih sakit kepala ke?" Sapa seorang doktor pakar  yang aku kenal sebagai Doktor Vinod. Kenal gitu - gitu sajalah.

Aku henyak tubuh ke tilam, dengan penuh bosan.

"Same old, same old." Keluhku.

" Takpe, puan masih dalam recovering process. It takes alot of hardwork to get back in line, but its okay. Puan jangan push sangat diri puan. Just follow the flow." Terang Doktor Vinod sambil tersenyum. Seketika kemudian dia berbincang dengan jururawat yang sibuk mencatit di sebelahnya. Aku dengar perkataan 'psychiatrist' disebut Doktor Vinod berkali - kali.

Setelah Doktor Vinod keluar, aku bertanyakan seorang jururawat yang masih di sebelahku mencatat tekanan darah.

"Doktor Vinod tu psychiatrist ke nurse?"
"Oh tak, dia awak punya orthopedist dan neurologist. Sebab awak baru lepas accident so memang Doktor Vinod yang handle. Yang dia sebut psychiatrist tu Doktor Jeslina. Doktor Vinod refer awak ke Doktor Jeslina pun bukan sebab apa, sebab nak run few tests je. Kejap lagi petang ni dia jumpa awak ye."

ATAS permintaan aku sendiri, mama dan ibu keluar dari bilikku. Shahfri pula masuk, juga atas permintaanku.

"Sayang kenyang tak makan tadi? Ni Bie ada belikan bubur McD. Sayang suka." Shahfri cepat - cepat duduk dia sebelahku.

"Takpe letak je, saya dah kenyang." Tuturku perlahan.

"Mana anak - anak kita?" Sengaja aku ajukan soalan ini pada Shahfri. Apa lagi soalan aku perlu ajukan sekiranya benar selama ni aku hidup dalam koma?

Shahfri diam seketika. Mengeluh. Aku memandang keluar tingkap.

"Berapa kali Bie nak jawab?" Shahfri bersuara perlahan.

"Memang awak yang bawak lari diorang kan? And anak - anak saya accident masa awak kat Ireland. So ada part of my memories yang real, betul tak?"

"Chyra, the one yang lari dari rumah bawa anak - anak, then accident sampai anak - anak kita meninggal, its you Chyra. Its you." Mata Shahfri tajam menikam ke anak mataku. Lama kelamaan mata tajamnya mula bergenang.

"No. This can't be. No! No!" Aku hentak besi katil menggunakan dua tanganku. Rasa sakit kutolak tepi. Aku tak tahu bagaimana mahu espres perasaanku. Aku takkan bunuh anak - anak aku sendiri!

" Dahlah. Bie tak salahkan sayang. Dosa Bie selama ni pada sayang dah cukup besar. Sekarang apa yang Bie fikir cuma nak selamatkan apa yang ada pda kita sekarang. Tu je."

"Awak tipu! Saya tak bunuh diorang. Saya tak buat macam tu!" Aku sakit kepala. Cuba untuk mengingati secebis memori tentang peristiwa itu.

"Stop Chyra. You gonna hurt yourself." Shahfri memegang tanganku bila aku sudah mula menarik - narik rambut. Bila masa aku lari rumah? Setahu aku, Shahfri yang ceraikan dan halau aku dari rumah. Dan sangat jelas ingatanku, aku diselamatkan oleh Farhad yang menjejakku hingga ke Johor.

"Let me go! I'm not a killer. Nooooo!" Shahfri mula memelukku erat.

"Nurse! Tolong saya." Shahfri memanggil salah seorang jururawat yang kebetulan lalu.

Aku tumpas lagi, dalam mencari identiti diri. Tiada kudrat saat semua menekan tubuhku dan mengikat kaki tanganku.

Aku sakit hati, dari mana aku harus mula? Dari episod mana hidup aku dan Shahfri yang aku patut percaya pada realiti? Di mana Daniel?

Pandanganku mula gelap, sebelum aku rasa duniaku turut mati dalam memori yang cuba aku cari.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now