37. Mimpi yang nyata

3.8K 112 51
                                    

"Ibu dah pesan, don't talk to stranger! Don't simply follow strangers!" Aku, dalam tubuh kanak - kanak berusia lima tahun waktu itu hanya terkebil - kebil memandang ibu yang sudah merembes air matanya sambil menggoncang tubuhku.

"I'm sorry, ibu." Lidahku lemah, hanya mampu membicarakan kata maaf itu untuk membuktikan aku benar - benar kesal. Ibu menggeleng kepala, lalu memelukku erat.

Lima belas minit lalu, seorang lelaki muda menayangkanku satu teknik silap mata menggunakan coklat dan aku cukup teruja dengan persembahan itu.

"Kalau adik nak tengok lagi banyak magic coklat, meh ikut abang kat belakang sana, nak tak?"Aku awalnya berbelah bagi, tapi rasa teruja mula menggantikan bibit risau. Aku mahu lihat magic coklat lagi.

Aku pandang ibu yang sedang memilih buah - buahan di sebelah sudut barang basah, dan aku pandang juga lelaki muda itu. Hmm, nampak macam orang baik - baik. Mungkin dia harmless, anggapku.

"Tapi ibu pesan jangan cakap dengan stranger. How?" Aku menyoal dengan wajah polos.

"Nama abang Boy, nama adik?"

"Err, Sahairah, panggil Chyra je."

"Haaa so dah kenal kan? Meh ikut abang tengok magic coklat."

"Bolehlah, tapi janji sekejap je tau? Nanti ibu marah." Aku sengih, dan lelaki itu senyum lalu terus menarik tanganku.

Semakin lama langkah kami semakin deras, hingga aku sudah tak mampu menurut. Aku hampir tersembam jatuh.

"Abang jangan laju sangat, penatlah!" Omelku.

Pantas, lelaki itu mendukungku. Dan aku mula rasa risau.

Dari jauh, aku lihat ibu sedang mengejar kami dengan wajah cemas.

"Eh kau nak bawak anak aku pergi mana? Pulangkan anak aku!" Ibu melaung dari jarah lima puluh meter. Aku mula menangis ketakutan, didukung seerat sekemas itu hingga sesak nafasku. Aku menumbuk - numbuk bahu lelaki itu namun kudratku tak seberapa. Orang ramai mula beri perhatian pada jeritan dan laungan ibu. Lelaki yang kononnya pandai magik itu dikepung dari pelbagai arah.

Ibu berjaya mendapatkanku semula atas bantuan orang ramai. Aku bernasib baik kerana masih sempat diselamatkan oleh orang ramai. Tapi berapa ramai pula kanak - kanak diluar sana yang tak bernasib baik diculik malah dibunuh orang yang tak dikenali?

Dan benar, lelaki jahanam itu adalah seorang pedofilia yang berniat mahu mencabulku . Rupanya waktu itu namanya sedang giat diburu polis atas beberapa kesalahan jenayah melibatkan kanak - kanak.

* * *

"Chyra? Bangun Chyra. You mengigau teruk. Something bothering you right now?" Carl yang masih memandu menepuk bahuku perlahan untuk menyedarkanku. Matanya pula masih fokus pada pemanduan.

Aku buka mata. Menggeliat dan membetul - betulkan rambut. Dasyatnya, mimpi aku cukup mendebarkan.

"Nothing serious. Mimpi kembali ke zaman kecil." Aku ketawa walaupun sedar mainan tidur itu cukup mendebarkan, penuh dengan pengajaran.

"Mimpi apa tu? Boleh I tahu?"

"Takde apalah." Aku tak mahu bercerita dengan Carl. Bukan saat yang sesuai untuk aku bercerita soal mimpi pada Carl.

"Hmm okaylah." Carl tak memaksa aku bercerita, namun kelihatan sedikit kecewa.

"Carl, lagi lima kilometer stop sekejap dekat RnR boleh? I nak ke toilet." Carl hanya mengangguk.

"Tell me something about you. A little bit about your life, family, job." Sekadar berbasa - basi aku menyoalnya, mahu menutup rasa tak selesa bermimpi aneh tentang orang asing yang tak dikenali. Aku mengemaskan pelukan di tubuh. Rasa sejuk masih mencengkam diri.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now