12. Sebuah Pulau di Eropah

7.8K 161 30
                                    

POV: Shahfri
Location: Galway, Ireland

Suasana pagi di bandar Galway, Ireland cukup tenang kala ini, setenang melihat wajah anak - anakku yang riang bermain bersama Poppy, kucing
baka Scottish Fold yang ibu tiri mereka belikan sejak menjejak kaki ke sini.

Tapi hati aku diburu resah. Aku rasa hidupku tak lengkap walaupun sekarang aku rasa bahagia. Seolah, bahagia itu cuma sementara dan bakal diragut bila - bila masa.

"Kenapa you menung sayang?" Feena menyapa sambil meletakkan sepinggan colcannon ke atas meja sebagai sarapan. Melihat hidangan tradisi Irish yang diperbuat daripada kentang lenyek, mentega dan kobis serta beberapa jenis rempah itu membuatkan tekakku kembang. Bukan sebab tak sedap, tapi kerana aku terlalu rindukan masakan dari Malaysia yang cukup segala rasanya.

"You ni, sejak attend kelas memasak ni asyik masak benda ni je. Cubalah try traditional dishes lain kalau ya pun nak nampak Irish sangat." Aku mengeluh, namun tetap menyuap makanan itu ke dalam mulut.

"Makan jelah, tak boleh?" Feena mencebik sambil menjelingku.

"Sayang punya pasal, pasir pun I sanggup makan." Aku ketawa bila Feena mencubit lenganku tanda geram. "Eiii mengadalah!" Rengeknya.

Sayang?

Hatiku terdetik satu nama yang langsung tiada silapnya, tapi aku persiakan dan tinggalkan dia demi kepentingan peribadi. Rasa sayangku sebenarnya pergi tanpa aku tahu punca. Hilang begitu saja.

Ya aku sengaja jadi liar, sengaja libatkan diri dengan kegiatan homoseksual kerana hatiku membuak - buak mahukan cabaran untuk lebih bergembira. Kadangnya hati ini rasa cukup puas melihat Chyra menangis.

Dan di situlah Sahairah menderita, dan Feena berbahagia atas penderitaan bekas isteriku itu, bekas kawan baik Feena.

Aku mengeluh perlahan.

"Kenapa menung? Mengeluh? Tak sedap?" Feena merenungku tajam. Aku tersentak. Bayangan wajah polos Chyra berserakan bagai kaca terhempas ke lantai.

"Sofea! Aiman! Masuk! Main kat luar je kerjanya. Nak kena culik?" Suara Feena bergegar menghambat ruang telingaku. Namun tempikan Feena tidak dipedulikan kembar berdua itu.

"Ni sebab maknya tak jaga elok - eloklah ni. Degil, nakal! Nanti jadi apa - apa I juga yang dipersalahkan." Feena mendengus. Entah kenapa, aku tiba - tiba rasa naik angin dengan kenyataan melulu Feena itu.

"You jangan nak suka - suka hati salahkan Chyra ye! You punya idealah ni konon boleh jaga budak - budak ni lagi elok dari maknya then sikit - sikit nak complain! You sebenarnya nak apa? Taknak jaga diorang tak payah janji bulan bintang." Seleraku mati begitu sahaja. Aku tinggalkan Feena yang terkulat - kulat kerana aku tak pernah tinggikan suara padanya sebelum ini. Dia tersentak namun tak melawan kata - kataku.

"Anak - anak daddy, jom kita pergi taman bunga nak?" Aku panggil Sofea dan Aiman yang kemudian berlari - lari mengikutiku ke kereta.

"Daddy, Pia rindu kat mummy." Sofea sandarkan kepalanya ke bahuku yang sedang memandu. Tangannya dilingkar ke leherku. Aku terdiam seketika. Tablet yang memang Chyra belikan untuk mereka bermain, Sofea buka di bahagian galeri dan jari telunjuk kecil itu menyusur pada skrin tablet, melihat gambar ibunya satu persatu.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now