21.Selamat Tinggal, Sofea dan Aiman

5.5K 170 40
                                    

Aku tak tahu di mana aku dapat kekuatan untuk minta anak - anakku dikebumikan di sana sahaja. Semua diuruskan oleh Shah dan isterinya, dan pastinya dibayangi beribu sesalan. Sialan kau jantan tak guna.

"Tak apalah mommy tak tengok wajah kamu berdua buat kali terakhir, sebab kamu sentiasa 'hidup' dalam hati mommy. Take care sayang, sampaikan salam mommy pada abang kamu ye." Gambar arwah anak - anakku segera aku rapatkan ke dada. Mataku perit menahan air yang mahu mengalir dari kelopaknya, namun tetap gugur juga hingga basah pipi.

Di luar, cuaca cukup redup walaupun sudah tengahari. Ada sedikit renyai hujan membasahi bumi, menambah rasa sayu di hati

"Chyra. Kawan - kawan kamu datang tu. Cukuplah duduk terperuk dalam bilik tu. Ibu tau Chyra sedih tapi please jangan terbawa - bawa sangat kesedihan tu. "

Aku dengar suara ibu di pintu bilik. Segera air mata kukesat.

"Kejap, tunggu kejap. Nanti Chyra keluar." Balasku pendek. Gambar Sofea dan Aiman aku letak cantik - cantik di side table.

Di luar, Hana dan Herri sedang duduk berbual dengan makngah yang entah bila sampai. Sudah berapa hari sejak peristiwa itu berlaku, aku hilang jajaran waktu. Mungkin tiga hari? Atau baru semalam ia terjadi?

"Makngah. Bila sampai?" Aku menyapa Mak Ngah terlebih dahulu.

"Baru sampai saing dengan kawan - kawan kamu ni tadi." Balas Mak Ngah sambil tersenyum tawar.

Aku hulur tangan menyalami Mak Ngah terlebih dahulu sebelum bersalam dengan Hana. Suasana jadi terlalu emosi buat kami saat Hana memelukku dan menangis teresak - esak. Penyudahnya kami sama - sama menangis.

"I tahu you kuat Chyra. Sabar banyak - banyak okay?" Hana mengesat airmata yang mengalir di pipiku.

"Sorry kitorang datang lambat. Masa dapat tahu kejadian ni I tengah outstation kat Langkawi." Herri menerangkan duduk perkara sebenar di saat semua rakan datang memberi sokongan padaku di hari pertama kejadian.

"Its okay Herri. I faham. Thanks sebab datang juga melawat I." Aku kesat hidung yang berair.

"Malam ni majlis tahlil. Kau stay tak Herri?" Daniel masuk tiba - tiba ke dalam rumah sambil menjinjit beberapa beg plastik berisi ayam dan sayuran.

"Aku tak sure Dani. Kalau anak aku tak meragam boleh jugak aku tolong apa yang patut." Herri pandang Zeus yang sedang merengek mahukan susu.

"Takpe korang. Sudi datang jenguk I nipun dah cukup bagus." Aku tak mahu Hana dan Herri rasa bersalah jika tak dapat hadir majlis tahlil malam ini.

AKU menyandar di sofa dengan kepala direhatkan sedikit. Ramai orang yang lalu lalang bertanyakan khabarku namun hanya kubalas dengan anggukan lemah.

Mana - mana yang bertanyakan sebab kematian, dah tak mampu untuk aku jawab. Aku serahkan semuanya pada ibu dan Daniel untuk menjawab segala persoalan yang mereka utarakan.

Terasa ada beban yang mengenyak sofa sebelahku. Aku buka mata yang separa pejam .
"Eh Mak Ngah. Dah makan? Kalau belum jamahlah dulu makanannya sebelum bertolak balik." Aku berbasa basi.

"Farhad kirim salam pada kamu." Serentak itu, Mak Ngah genggam dan hulur sesuatu ke tanganku. Aku menunduk memandang tanganku yang kini penuh berisi angpau.

"Apa ni Mak Ngah?" Aku tersentak.

"Ada sumbangan sikit dari kami anak beranak. Harap kamu tabahkan hati dengan segala dugaan yang berlaku ya." Suara Mak Ngah perlahan saja. Bahuku diusap lembut. Aku peluk Mak Ngah sekuat hati.

"Chyra cuba untuk jalani hidup tanpa anak Anak, Mak Ngah. Tapi Chyra tak tahu sampai bila boleh bertahan macam ni." Esakku jadi kuat semula.

"Ish dah - dah. Kamu kena belajar untuk redha, Chyra. Ini bukan kerja kita. Semuanya Allah dah tetapkan. Yang penting sekarang, janganlah kamu salahkan bekas suami kamu seratus peratus walaupun budak - budak tu pergi disebabkan jadi mangsa kemalangan yang berpunca dari daddy diorang. Maafkan ajelah Si Shahfri tu Chyra." Pujuk Mak Ngah.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now