36. Tak Terhidu

3.8K 124 31
                                    

Seperti yang aku minta, Acik Marlia tinggalkan aku dengan semangkuk besar mee goreng daging kegemaranku dan aku memang sengaja kosongkan perut untuk menikmati kelazatan mee goreng itu.

Tiba - tiba, keadaan rasa terlalu janggal. Waktu ada Daniel dan Acik Marlia, aku nampak ibu seperti seorang ibulah. Kini, aku rasa wanita yang di depanku ini bagaikan orang asing pula. Otakku tak mampu berselindung daripada memikir sesuatu yang negatif.

"Sayang, we need to talk." Ibu menarik kerusi lalu duduk bertentangan denganku. Sayang? Sudah lama perkataan keramat itu tidak menghalwa corong telinga.

Aku senyum tawar, menelan daging dengan penuh kepayahan walaupun ianya cukup lembut dan empuk.

"Apa dia ibu?"

"Ibu minta maaf atas semua kesalahan ibu pada Chyra." Kerongkong ibu seperti tersangkut beban berat. Mungkin, masih ada tembok ego antara ibu dan anak?

"Ibu, Chyra pun minta maaf sebab tak jadi anak berguna untuk ibu dan babah. Apa yang berlaku dalam family kita, langsung Chyra tak dapat hidu, masalah ibu ke apa Chyra tak pernah peduli. Yang Chyra pandang cuma hidup Chyra je. In fact, hidup Chyra sendiri pun terumbang - ambing bu. But tell me, ada apa - apa yang mendesak ibu ke sampai jadi macam ni?"

Ibu hela nafas panjang. Aku tahu, dia berusaha untuk menjelaskan apa yang berlaku namun ia cukup menyakitkan.

"Dua tahun lepas, syarikat tempat ibu kerja diganggu oleh manusia tak bertanggungjawab. Ibu antara yang dituduh menyeleweng duit syarikat dan malangnya entah sapa letak sebahagian duit tu di bilik ibu. Ibu risau, tak sempat nak report polis tiba - tiba dah kena tahan dengan anak pengarah."

"Si Daud ke, Dato Damhuri?" Baik Daud atau Dato Damhuri, kedua - duanya pernah simpan perasaan pada ibu. Itu aku tahu kerana kedua - duanya seringkali ambil hati aku supaya pujuk ibu menerima cinta mereka.

"Of course paling kejam sekali Dato Damhurilah. Ibu siap kena ugut, dia nak frame ibu melainkan kalau ibu nak ikut apa kehendak dia."

"And dialah yang sebabkan ibu jadi tu?" Tak sanggup untuk aku sebut perkataan P itu.

Ibu mengangguk perlahan.

"Tapi takdelah ibu kena jual di lorong - lorong. Tugas ibu cuma layan vvip yang terlibat dengan syarikat. Bukan buat kerja bawah - bawah."

"Still sama je ibu darjatnya."Selera aku mati. Aku angkat pinggan berisi mee goreng ke dapur lalu ku buang saja ke dalam tong sampah.

"Ibu minta maaf. Bila difikirkan balik, ibu dah ready untuk hadapkan kes ni ke pihak berwajib."

"Ibu jangan risau. I will always be by your side." Aku senyum tawar. Jadi aku rasa insan misteri yang mengangguku selama ini sudah kutahu identitinya. Pasti mereka adalah iblis - iblis yang bertanggungjawab mengheret ibu ke kancah pelacuran.

"Oh ya ibu, esok Chyra nak ke Kuantan. Balik hari rasanya. Nak menziarah kubur seseorang di sana."

"Nak ibu temankan ke?" Tawar ibu. Dia tahu aku mahu menziarah siapa jika ke Kuantan.

"Takpe bu. Chyra pergi dengan kawan. Dah janji. Apa - apa ibu call Chyra terus ya?" Ibu angguk lalu bangun dari kerusi.

"Jumpa Shahfri ke? Haritu masa dia teruk kena belasah dengan Daniel ibu tak berani nak dekat dengan dia. Sekarang rasa bersalah pulak tak pedulikan dia. Ingat kalau Chyra jumpa....."

"Ibu, Shahfri tu siapa ibu nak kesiankan? Ada dia kesiankan Chyra tak?" Aku membentak, panas hati mendengar nama Shahfri disebut - sebut.

"Hmmm itulah. Tapi selesaikanlah apa - apa dengan baik ye Chyra. Kalau jumpa diorang, sampaikan salam ibu pada diorang."

Happy ReunionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang