47. Bayangan Makin Jelas

903 20 0
                                    

"Kaki ada improvement tak?" Itulah soalan pertama yang diaju Shahfri selepas mendukungku masuk ke dalam kereta.

Aku diam tak membalas soalan Shahfri. Dari balik cermin sisi, kulihat dia bersalaman dan memeluk bahu Daniel seraya menepuk belakang lelaki itu. Aku sudah mula rasa benci pada keduanya. Apa masalah Daniel? Apa yang mereka rancang untuk perangkap aku agaknya? Rasa menyampah aku, di tahap maksima hingga aku sudah malas mahu bereaksi marah. Aku rasa kosong, kecewa, terluka, MALU.

Saat Shahfri masuk ke dalam perut lereta, aku segera memaling muka ke luar tingkap.
"Jumpa Doc Jes lagi tiga bulan. Physio sayang, Bie transfer ke KPJ pahang. Esok balik Kuantan, ikut Bie. Senang sikit Bie nak jaga sayang." Tegasnya. Aku hanya diam membisu, dan Shahfri pun kelihatan tak mahu memanjangkan isu.

"Kenapa bawa Honda Accord papa?"
"Sebab Bie nak bawak sayang jalan jauh. Prius Bie tu kan kecik. Pastu takkan nak bawak kita punya Hilux? Sakit Sayang nanti." Jawab Shahfri. Dahiku berkerut.
"Kita ada Hilux?"
"Yes, ada."

"Apa yang dirancangkan dengan Daniel?" Shahfri senyum sambil angkat kening. Aku tahu, dia tunggu masa saja untuk menjawab soalanku yang akan bertanya itu ini.

"Sayang memang nak dekat Daniel?" Tanya Shahfri.
"Nope, not a single dime."
"Kenapa? Sayang kan sebelum ni memang sayangkan dia? Sayang anggap Bie ni jahat. Yang baiknya Daniel."
"Tanya pulak kenapa? Tadi saya tanya soalan pasal Daniel, kenapa tak jawab?" Keluhku.
"Sebab takde merancang apa - apapun dengan Daniel. Dia cuma tolong Bie bawakkan sayang TCA dengan your doctor. Tu je."
"Borak apa je dengan dia sampai tiba - tiba nampak baik sangat?" Soalku ingin tahu.
"Bie jumpa dia. Bie tanya dia, kalau dia nak jaga sayang, Bie boleh lepaskan sayang. Lagipun memang itu yang sayang nakkan? Hidup dengan Daniel. But Daniel tak mahu. Dia tak sanggup nak tengok kita bercerai berai semata sebab dia."
"Aih, senang betul main pas - pas gitu je?"
"Habis apa yang sayang nak sebenarnya? Bie ni sampai merendahkan ego dan maruah Bie nak selesaikan segala kemahuan sayang. Kalau dah sayang taknak Bie, dah benci Bie, then Bie boleh buat apa?" Aku diam. Ada benarnya kata - kata Shahfri itu. Tapi itulah, aku sendiri tak tahu kenapa aku benci sangat pada Shahfri. Sekarang, dengan Daniel sekali aku dah mula benci!

"Kenapa nak kena jumpa Daniel senyap - senyap? Kenapa nak kena berpakat dengan dia?" Aku geram. Jemariku diletup satu persatu.

"Bie cuma jelaskan apa yang berlaku, dan dia dah faham dan sanggup terima kenyataan. Unlike you." Shahfri pandang aku sekilas kemudian menggeleng perlahan.

"Apakata awak lepaskan je saya? Selesai masalah. Awak dah tak perlu peduli pasal saya. Boleh fokus kerja awak je. Tak perlu ulang alik semata sebab saya. And saya, saya boleh tinggal dengan ibu."

"Please Chyra, please. Bila agaknya yang awak akan berhenti minta cerai dengan saya?apa yang saya buat selama ni memang tak pernah awak nak hargai ke?" Tengking Shahfri. Aku gamam melihat Shahfri yang sudah merah padam mukanya menahan marah padaku. Aku tak takut, hakikatnya, aku memang sengaja mahu dia naik angin dan melepaskanku. Cuma tergamam kerana tiba - tiba dalam kepalaku terlintas bagai satu tayangan. Ibarat ada satu suis dalam kepalaku dipetik untuk aku kembali mengingati.

Sreeettttt!
Shahfri hilang kawalan hingga masuk ke laluan sebelah. Itupun dia tersedar selepas dihon berkali - kali oleh lori kontena yang berada di jalan bertentangan. Tangan Shahfri automatik menekan dadaku supaya tidak terpelanting. Secepat mungkin Shahfri kembali ke laluan sepatutnya dan segera berhenti di tepi jalan. Mujur, mujur sekali kereta di belakang kami tidak terlalu mendekat. Jika tidak, memang akan jadi satu lagi kemalangan untukku. Shahfri mengeluh berat. Wajahnya diraup lelah.

Happy ReunionOn viuen les histories. Descobreix ara