28. Belgium di Kuala Terengganu

4.8K 157 15
                                    

Sumpah, aku tak ada perasaan marah walau sekelumitpun saat Zaidah ceritakan segalanya tentang kisah dia dan Fazren padaku. Pada aku, cerita tentang aku dan Fazren sudah lama berlalu tinggal sejarah. Dan ya, ada sedikit rasa simpati pada Fazren menjelma dalam hatiku.

"So kau terima dia lepas dia accident tu? Betul ke? Ke sebab kau dah.. Ermmm." Tak sanggup pula aku nak habiskan ayat. Kenangan waktu terdengar Zaidah dan Fazren ehem ehem di tandas dewan lebih kurang sepuluh tahun lepas kembali menghantui. Uh, aku lebih ekstrim sebenarnya. Aku dengan Cikgu Shahril lebih ekstrim. Tapi tiada sesiapa yang tahu apa yang kami lakukan di sekolah.

~ Angguk ~

"Maafkan aku Chyra." Ucapnya.

Lama aku merenung wajah Zaidah.

"Kalau macam tu, takpelah Ida. Aku doakan kau bahagia. Lagipun dah sah - sah dia memang jodoh kau, bukan dengan aku." Aku senyum pada Zaidah, kemudian aku ramas jemarinya bukti aku ikhlas memaafkan dia.

"Selective amnesia. And tak sangka memori waktu persekolahan dia yang terpadam. Aku sebenarnya agak berdebar kalau dia ingat kau. Tapi nampaknya langsung tak ada ingatan zaman sekolah tu. Aku harap, kau tak berdendam dengan dia okay?" Zaidah merendahkan suaranya. Aku cuma angguk.

'Yang musnahkan hidup aku, abang kau. Bukan Fazren.' Aku telan liur, menahan diri daripada mengeluarkan kata - kata yang bermain di fikiran.

"Don't worry Ida. Apalah, benda dah lama wey. Aku pun ada life aku sendiri sekarang." Aku sedut jus oren yang masih berbaki separuh.

Suasana di The Sole Cove, sebuah pusat peranginan tepi pantai yang lengkap dengan beberapa buah restoran dan hotel bertaraf lima bintang cukup eksklusif dan menenangkan. Muzik jazz beralun lembut membuatkan aku rasa mahu duduk - duduk di situ lebih lama. Ya, aku patut tenangkan diri sambil menikmati keindahan pantai di sini, di The Sole Cove ini.

Jam di tangan menunjukkan pukul lapan malam. Sebentar lagi aku mahu memanjakan diri di spa kecantikan milik Zaidah, Daun Selaseh. Bertempat di tingkat bawah paling hujung di sini. Aku pandang Zaidah yang cukup menawan itu. Seakan tahu apa yang bermain dalam fikiran aku, Zaidah memotong.

"Kau kerja apa ya sekarang? Dari tadi aku tanya tak jawab - jawab."

Soalan Zaidah itu, terus memacu ingatan pada Daniel. Adakah aku masih bekerja dengan Daniel? Aku mengeluh perlahan.

"Tak kerja. Menghabiskan duit ibu." Balasku, sekadar bergurau. Walhal, memang aku hidup senang atas usaha ibu. Ibu mana yang senang - senang hadiahkan setengah juta buat anak cucu sendiri kan? Ibu, aku kembali susah hati saat memikirkan soalnya.

"Untunglah kau, aku ni sana - sini berniaga punya nak bantu si Fazren tu. Kau tau ajelah, gaji cikgu bukannya besar sangat."

"Tapi kau bahagia tak Ida? Kau ada suami yang penyayang, kau ada anak yang comel." Tanpa sedar, comparison itu aku ajukan pada Zaidah, membuatkan dia terdiam.

"Dah Chyra, makan cepat. Kejap lagi slot kau. Makesure kau dapatkan yang terbaik dari staf aku. Apa - apa nanti kau call aku ya?" Zaidah minta diri, mahu temankan suami mengajar kelas tambahan katanya. Aku tersenyum sendiri.

Taatnya Zaidah.

Aku? Pernah aku dapat kehidupan seindah itu?

Kini aku kembali kesunyian. Sunyi yang tiada ubatnya.

Rindunya aku pada Sofea dan Aiman. Rindunya aku pada Daniel yang sentiasa tersenyum dan sabar denganku.

🎶 Appreciate people while you still have them,
Appreciate their feelings while you still have time,
Appreciate the time that you got to spend with them,
Appreciate it whether it's sad or sorrow, laugh or love,

Happy ReunionDonde viven las historias. Descúbrelo ahora