38. Dalam dimensi baru

3.3K 67 10
                                    

Aku pernah berhalusinasi lalu menikam diri sendiri beberapa bulan lepas. Pernah. Bukan tak pernah.

Jadi kali ini aku yakin semuanya bermain dalam mimpi saja. Mimpi ngeri kerana emosiku kurang stabil. Mimpi yang aku tak mampu kawal.

Bangun! Bangun!

Walaupun kata - kata itu tak terluah di bibir, namun otakku ligat memaksa diri untuk bangun. Aku cuba, namun mataku masih belum bersedia untuk melihat.

'Ye aku nak bangunlah ni!' Hatiku menjerit.

Aku lapar, dahaga, sakit dan sedang putus harapan.

Adakah aku telah diculik, dirogol, dibunuh? Masih hidupkah aku? Atau ini cuma rohku yang sedang dalam state of denial? Adakah Carl meninggalkan aku sendirian setelah mendapatkan apa yang dia mahu dari tubuhku? Adakah lelaki itu seorang perogol dan pembunuh bersiri? Tubuhku rasa dingin. Aku yakin, bunyi cengkerik yang bersahutan menandakan aku berada di dalam hutan. Hutan imaginasi mungkin? Atau mayatku dihumban kejam ke dalam hutan tebal?

"Chyra, bangun Chyra, bangun!" Tubuhku digoncang, keras. Aku kerut dahi, cuba mahu merespon pada panggilan itu. Satu suara yang aku pernah dengar bergema di corong telinga, tapi aku gagal meneka siapa tuan empunya suara.

Lalu tubuhku dicempung, dibawa entah ke mana - mana. Aku mahu meronta, namun sisa tenagaku cukup terhad. Aku haus, lapar, penat, dan sedang berputus asa.

Bukkk!

Yang mencempungku tersembam, jatuh menindihku hingga aku tersentak. Sakitnya bukan kepalang!

Perlahan - lahan aku buka mata. Perit walau malam. Aku terasa cukup silau walaupun yang menyuluh hanya suasana samar ditemani cahaya bulan mengambang. Kepalaku rasa berpusing, mataku berpinar. Aku rasa sangat lemah, dan tekakku mual.

Aku dicempung lagi dan dibawa entah ke mana. Oh, aku kenal dia. Makhluk binatang ini. Carl, yang menculikku, kini mahu berdrama lagi atau apa konon menyelamatkan aku? Aku cuba kumpul kekuatan, lalu....

Bukkkkk!

Sekali lagi Carl jatuh tersembam, tapi kali ini kerana aku kuat berpaut pada akar kayu yang berselirat. Wajah Carl yang diliputi kotoran kering itu aku tenung. Badannya menggigil, namun masih berusaha menghampiriku. Aku meraba sekeliling, mencari apa - apa yang boleh dijadikan perlindungan. Dapat sebatang kayu reput, jadilah daripada tiada.

"Kau jangan dekat dengan aku eh celaka. Apa lagi permainan kau ha?" Mengumpul sepenuh kekuatan, aku tengking Carl yang cuba berdiri walaupun sudah terhuyung - hayang. Kayu reput aku halakan ke wajahnya, sebagai amaran yang aku tak takut padanya. Sampai matipun aku tak kisah asal aku mati tak mengalah.

"Relax Chyra, relax." Carl mengah sambil cuba mencuri nafas.

"We're in trouble. They want us dead. Cari tempat perlindungan Chyra." Carl berpaut pada akar pokok yang menjalar sebesar ular sawa dewasa.

Aku keliru. Kenapa dengan Carl? Siapa yang mahu lihat kami mati? Aku ada musuhkah? Carl sedang menculikku? Atau kami yang sedang diburu?

"Siapa? Siapa yang nak kita mati?" Aku jadi keliru. Bolehkah aku percaya pada Carl? Lelaki ini yang bawa aku ke dalam hutan ini, sekarang patutkah aku percaya padanya?

Grrrrrrrr... Grrrrrrrrr..

Prappppp.. Prapppp.. Prappppp..

Bunyi ranting patah dan suara deraman membuatkan tubuhku jadi longlai. Aku tahu, itu bunyi binatang buas. Apa yang patut aku lakukan?

Aku berpaling ke belakang, melihat dua biji mata bersinar memandang ke arahku, tajam. Saiznya seperti saiz seekor anjing dewasa. Anjing dewasa yang besar.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now