34. Jangan Pandang Belakang Lagi

4.1K 155 14
                                    

"Apa pendapat kau tentang cinta dua darjat, Dani?" Malcolm togok bir dalam gelasnya sampai tinggal separuh. Daniel mendengus. Daniel hanya memesan jus oren sahaja. Dia kuatkan hati walaupun nafsu kuat menggoda supaya meneguk air kencing syaitan itu.

"Dah apahal kau tiba - tiba tanya aku soal cinta ni Apek? Kau tengah dilamun cinta ke apa?" Daniel malas mahu berbahas soal cinta. Dalam konteks cinta, dia rasa dia adalah manusia paling malang sekali. Siang tadi dia baru saja dihalau Chyra di depan Si Bangsat Shahfri.

"Alah, aku tanya je. Sebab sekarang aku tengah berkawan dengan Jessica, anak Dato' Jeremy Lee." Malcolm tayang gambar dia dan Jessica yang sedang bercuti di pulau. Daniel hanya mencebik, meluat melihat aksi keterlaluan pasangan itu.

"Mampu ke kau tanggung dia ni Pek? Dahlah Jessica ni anak pengarah Topaz Group. Kau tu level - level exec dia je Pek." Daniel beri nasihat cara kasar.

"Sebab itulah aku cakap, cinta kitorang ni adalah cinta dua darjat." Malcolm sengih.

"Tak kisahlah tu. Tapi kau dah ready ke nak letak sepenuh commitment?" Duga Daniel.

"Entahlah Dani. Target aku pun tak tercapai lagi." Keluh Malcolm.

"Hotak kau. Target mende lagi? Kau jangan ulang dah kesilapan lama weh. Mendapat karang."

"Aku rasa takdelah nak serius sangat lagi. Tapi kitorang macam ada chemistry. Tu tak kisahlah. Lagipun, banyaknya Jessica yang tanggung aku sekarang ni." Malcolm ketawa terbahak tiba - tiba.

"Kau ni, jangan nak asshole sangat boleh tak? Aku ingat lagi tau macam mana kau sailang Feena dari Yusry. Dah tak memasal Si Chyra ingat Yusry jadi macam tu sebab dia. Lagipun aku taknaklah story hal ni kat Chyra. Kau punya pasal tau tak." Daniel pandang Malcolm, serius.

"Beb, tak payahlah ungkit cerita lama tu. Feena pun dah lama move on kan?"

"Lantak lah Feena tu. Tapi yang kau tiba - tiba nak usha Chyra dah kenapa? Lepastu berendek dengan Jessica ni pulak. Dah kenapa bro? Nak acah player ke apa?" Itu point utama sebenarnya yang buat Daniel panas tiba - tiba.

"Aku takdelah usha weh. Sekadar nak rapat - rapat balik je. Alah semua tu kan kawan - kawan kita? Kenapa kau panas bontot sangat ni? Kau tengah bercinta dengan Chyra ke?" Pandangan mata Malcolm seakan mengejek.

Puncanya, Daniel terbaca pesanan Whatsapp daripada Malcolm kepada Chyra. Walaupun kekasih hatinya (atau bekas?) tidak memberi sebarang respons, tapi dia patut berhati - hati dengan langkah Malcolm. Jadi alang - alang terserempak, baik dia ajak settle terus.

" Memang aku nak kahwin dengan dia tak lama lagi. So aku rasa kau boleh faham hint yang aku bagi ni kot?"

"Oh okay okay. Aku tak tahu pulak korang dah nak kahwin. Tahniah bro. Kesian Chyra tu. Macam - macam konflik dia kena hadap. Anak mati, laki lari. Kesian."

Untuk beberapa detik, mereka berpandangan tanpa kata.

"Malcolm, kau ada rahsiakan apa - apa dari aku ke?" Daniel rasa sesuatu yang aneh.

"Err. Takde. Kenapa?"

"Takpelah. Weh aku gerak dulu. Esok nak kerja. See you later, bye!" Daniel tak memerlukan jawapan balas Malcolm untuk dia angkat kaki dan berlalu pergi dari Pub itu.

Dalam hatinya ada meragui, adakah Malcolm insan misteri yang menganggu Chyra? Kalau ya, kenapa perlunya Malcolm buat begitu? Sebab kalau nak dikatakan kisah hidup Chyra jadi perbualan teman - teman baik dalam group whatsapp, Chyra dah lama tak termasuk dalam perbualan harian mereka. Malah Chyra sendiri ada dalam group WhatsApp tersebut. Jadi, Malcolm adalah orang yang mungkin takkan tahu apa - apa yang berlaku pada Chyra sejak masing - masing sudah tak lagi belajar di Kolej yang sama. Tapi boleh jadi juga dia tahu semua tentang Chyra melalui Hana.

Happy ReunionΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα