3. Arul

10.8K 229 103
                                    

Pertemuan petang itu dirasakan cukup menyeksa perasaan. Aku pandang Shahfri, kosong. Dia tenang menghirup secawan espresso. Bagaimana dia boleh setenang ini di depanku?

"Kenapa?" Aku tenung wajah Shahfri, tajam.

"Kenapa apanya?" Shahfri kerut dahi.

"Memang ajak jumpa setakat menung macam ni, then dah dikira berbincanglah eh?" Aku mula hilang sabar. Shahfri baru mahu mencapai croissant di piring, tapi aku alih piring itu ke tepi.

Shahfri menyandar di kerusi, dipeluk tubuhnya kemudian sebuah keluhan berat dilepaskan.

Shahfri berubah 360° tanpa sempat aku bertanyakan kenapa. Sekurang - kurangnya, tentang hubungannya dengan Darren sekarang. Atau punca tiba- tiba saja hubungan kami boleh serenggang ini.

"Soal untuk kita mula balik hidup kita, mungkin takkan berlaku." Shahfri tundukkan pandangannya.

"Sebab apa? Sebab awak dah tak minat perempuan?"

"Saya kenal Darren lagi lama berbanding kenal awaklah. Soal modeling pulak, bukan ke awak jugak yang nak saya join semula? Sebab awak tak tahan hidup susahkan?" Sinis saja bibir nipisnya mengukir senyuman.

Aku pula, terdiam di situ. Kerana tiada jawapan untuk aku balas kembali kepada Shahfri. Kedua - dua kenyataan Shahfri itu memang betul. Darren dikenalinya sejak bergiat aktif dalam bidang modelling sebelum kami berkahwin. Dan isu untuk kembali masuk ke dunia modelling, juga adalah cadangan dariku.

"Tapi cuba jawab, kenapa dah tak sayang saya?" Air mataku mula bergenang.

Perlahan - lahan, Shahfri menggeleng. "Entah, rasa sayang tu memang dah tawar. Nak paksa pun tak boleh, kan?" Shahfri angkat bahu.

"Anak - anak?" Soalan aku Shahfri jawab dengan renung mata kosong memerhati cawan espresso.

"Uruskan hal kita ni secepat mungkin. Saya ada banyak lagi komitmen lain yang perlu disettlekan." Shahfri bangun dan terus berlalu meninggalkanku terkulat - kulat di situ.

* * *

Aku masih duduk di dalam kereta walaupun sudah memarkir di depan rumah Kak Seha, setia memandang langit mendung yang sarat mahu melepaskan hujannya.  Mengenang kembali saat indah bersama Shahfri bagaikan menelan bara api  bila memikirkan perbuatannya sekarang yang kurasakan terlalu kejam.

Tokk tokk!

Cermin tingkapku bergegar diketuk walaupun perlahan saja ketukannya. Mati terus lamunanku mengenang saat indah dengan Shahfri.

"Kau baru sampai ke weh? Lama gila tak jumpa." Aku keluar dari kereta, terus peluk Lisa, sahabatku yang mengetuk cermin kereta tadi.

Dia baru pulang, satu keluarga. Oh, lisa juga punya sepasang anak walaupun bukan kembar.

Aku bersalam pula dengan Adrie, suaminya dan,

"Ni siapa ye Lisa?" Kataku sambil bersalam dengan lelaki itu. Berkerut - kerut dahi cuba mengingat. Seperti selalu nampak, tapi entah di mana. Senyumnya manis dengan pakej tall, dark and handsome.

"Arul la. Takkan tak kenal? Kau ni, baru sepuluh tahun aku duduk oversea kau dah tak kenal aku." Katanya sambil tersengih.

"Oh, abang Lisa. Ingat dah." Arul atau nama sebenarnya Faqrul ketawa melihat reaksi wajahku yang seperti orang hilang ingatan semata cuba mengingat namanya.

"Balik sini sorang je ke?" Tanya Lisa. Sungguh, semua orang lansung tak mengetahui apa konflik yang berlaku padaku tika ini kecuali Farhad dan kami suami isteri. Aku senyum pada Arul dan Lisa.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now