46. Another Session of a Heartbreaking Event

995 21 1
                                    

"I remember absolutely nothing before that. But rasanya i'm on my daily routine. Tengah kerja. On the way nak pergi meeting jumpa contractor." Daniel terdiam. Dalam riaknya ada rasa seperti dia sedang cuba mengingati sesuatu.

Aku yang berkeras mahukan Daniel yang menemani aku bertemu doktor, rasa gembira kerana Shahfri mengalah dengan amukku. Aku tak tahu bagaimana ibu pujuk Shahfri. Tapi, Shahfri mengalah. Dan aku tak perlu tengok muka dia untuk minggu ini. Lega rasa.

"Then macam mana you dapat tahu kita berdua accident di tempat yang sama?" Tanyaku. Aku tahu, media ada di mana-mana, tapi aku mahu Daniel cerita padaku.

"I tak tahu benda ni betul atau tak, tapi I ada memory yang I nampak you dah pengsan kat driver punya seat and anak perempuan you tercampak dari kereta. On that momentlah, I berlari dukung anak you. Masa tu dia masih sedar tau. And waktu tu jugaklah I kena hentam dari belakang and everything went blank. That moment, reoccupies my dream almost every night. Until now." Suara Daniel gugup, mungkin mahu berhati - hati menyampaikan cerita padaku. Tapi malangnya, cerita itu tak sampai untuk menyentuh hatiku. Kisah Shahfri bawa lari anak - anakku lebih menyebalkan jiwa.

"You sebenarnya nak pergi mana Chyra?"
"Mana I tahu? Satu hapah I tak ingat." Aku angkat bahu.
"Ada itinerary you booking flight nak ke Ireland tahu?" Tanya Daniel lagi.
"Wait, what?" Aku kerut dahi. Aku ke yang nak ke Ireland? Tapi untuk apa?
"Yes. How would us know anything about Ireland kalau you sendiri tak ingat? Cuma ada paper apa ntah tulis detailed sikit story accident kita ni. Depa tulis you dalam perjalanan nak ke airport untuk flight ke Ireland. Sebab you know, both of your kids passed away. Its a big and heartbreaking story pada pihak media and them netizen on that time."

Wajahku makin keliru.. mataku sudah bergenang air hangat. Kenapa aku tak ingat satu apapun cerita tentang ini? Aku rasa seperti sedang duduk di padang pasir tanpa sempadan. Tanpa klu. Aku hilang arah!

"Lets give it a rest okay sayang? Kita cuba ingat something simple." Daniel memujukku.

"Apa something simple? I tak ingat apa - apa!" Aku membentak. Daniel menarik tanganku dan meramas jemariku. Lalu separa berbisik, dia berkata padaku.
"Listen Chyra, I sayang you and I tak sanggup tengok you dalam state macam ni. So janji dengan I yang you takkan jadi so hard sangat on yourself. You masih in denial phase ni. Cuba berlapang dada and let it flow." Pujuk Daniel.

"Dani, kenapa you macam senang sangat move on?" Aku pandang ke dalam anak mata Daniel. Sebelum ini Daniel seakan tak mahu melepaskan aku dan sekarang Daniel seperti mahu aku lupakan dia pula.

"Siapa cakap senang Chyra? But the moment I woke up, I tahu apa yang I alami tu cuma sekadar mimpi I je no matter how real it feels. Tapi tu bahagian I, tuhan dah tetapkan yang memory I masih kuat untuk I kenal siapa diri I. But not you Chyra. You experienced something bigger than that." Pujuk Daniel lagi.

"So, do you really love me or not?" Aku uji Daniel.
"I am. But I also got my limit here." Keluhnya.
"Limit apa? Before this you cakap you sayang I and sanggup buat apa je." Suaraku sedikit meninggi.
"Yelah tapi you masih isteri dia tahu. And you pun tahu tiada apa nak disalahkan pada Shahfri sebenarnya. Dia hanya nampak bersalah on the mindgame you've created. You know that?" Tegas Daniel.

Aku peluk tubuh. Geram.
"You ni memang jenis suka main tarik tali dari dulu. Satu tulah perangai you yang I paling menyampah sekali." Aku mendengus.

"Dah Chyra, habiskan coffee you tu. Sekejap lagi nak jumpa doktor Jeslina." Arah Daniel.

Dalam rajuk, aku menurut arahan Daniel. Aku sayang Daniel dan aku tak mahu dia tinggalkan aku!

***
"I would like to meet your husband Shahfri sebenarnya. To bad he's not here." Ujar doktor Jeslina. Ada sedikit riak kekecewaan bermain di wajahnya.

Happy ReunionDove le storie prendono vita. Scoprilo ora