2. Balik Kampung

11.6K 240 51
                                    

"Bie, kenapa buat sayang macam ni?" Aku capai tangan Shahfri. Dia nampak dalam keadaan kebingungan. Tidak pasti dengan keputusan yang dibuatnya.

"Bie minta maaf. Kalau bie boleh undur masa, bie takkan biarkan hubungan kita huru - hara macam ni." Shahfri terus peluk aku erat. Air mata yang mengalir lesu di tepi mataku Shahfri padamkan dengan kedua ibu jarinya. Aku juga dengar, ada esakan halus yang suamiku itu hasilkan.

"Hati sayang, sentiasa memaafkan suami sayang ni. Yang penting bie kena berubah. Belum terlambat lagi." Aku usap pipi Shahfri, aku lap air matanya, sama seperti apa yang dilakukan padaku sebentar tadi.

"Kita bina semula hidup kita ya sayang?" Shahfri tenung wajah aku, mahukan kekuatan juga dariku. Aku senyum dalam tangisan, mengangguk laju dan segera memeluknya.

Shahfri, biar berapa juta kalipun hidup kita dilanda badai, aku takkan sesekali mengalah.

"Chyra! Bangun Chyra!" Aku dan Shahfri berpandangan, cukup keliru.

"Mommy! Uncle Fayad datang. Bangun mommy." Bingit suara Sofea mengejutkanku. Aku buka mata, rasa pedih menusuk kornea terkena sinaran lampu. Sedikit kecewa dan cukup terluka, kerana Shahfri yang datang merayu padaku hanyalah sebuah mimpi yang takkan jadi kenyataan.

"Jerit - jerit ni kenapa Pia?" Aku kerut dahi pada Sofea yang sedang memeluk anak patungnya erat, sejuk barangkali.

"Chyra!" Aku toleh ke sebelah kananku. Farhad sedang memandangku sambil mengetuk cermin dengan tangannya, minta aku buka pintu.

"Farhad." Aku keluar dari kereta, terus Farhad peluk aku. Aku hela nafas, rasa keliru tapi dalam masa sama aku tenang berada dalam pelukan tubuh sasa ini. Pelukannya kubalas.

"You, sampai macam ni sekali jadinya, I mean look at you. Tak terurus macam ni. Dah, sekarang you rehat, biar I yang drive." Farhad capai sweater aku yang tersangkut di seat kereta dan terus disarung ke tubuhku.

"Kereta you?" Aku panjangkan leher memandang Porsche Cayenne milik Farhad yang diparkir bersebelah dengan Suzuki Swiftku.

"Ada kawan I tolong drive. You jangan risau. Yang penting sekarang, you dengan anak - anak sampai ke destination dengan selamat." Aku ke seat sebelah, memberi laluan pada Farhad ambil alih pemanduan.

"Uncle pun nak balik kampung? Yeay!" Sofea dan Aiman bersorak gembira. Farhad hanya senyum.

"Of course uncle nak balik kampung. Kita nak main fireworks sama - sama." Makin gembira Sofea dan Aiman saat dengar perkataan 'fireworks' dari mulut Farhad.

"You bahaya tidur macam ni Chyra. Anak - anak you lagi. I tahu you penat tapi please jangan biar macam ni dah. One silly mistake sometimes may lead to fatal ending. Mengerti gak kamu?" Farhad bersuara risau, melihat aku ketiduran bersama anak - anak dalam keadaan aircond terpasang kuat.

"Dah pukul sepuluh, Farhad. I dah tak larat nak drive." Aku mengeluh perlahan.

"Kenapa tak call awal lagi? I boleh ambil you di rumah. Boleh I ajar sekali jantan tu. Ni dah nak sampai Segamat baru call I." Farhad mendengus geram.

"I masih tunggu dia berubah, Farhad. Kalau you nak mengajar dia, makin jauhlah jurang antara kami nanti." Dalam kekecewaan, aku sebenarnya masih harapkan Shahfri akan berubah demi aku dan anak - anak.

"Bedebah tu. Tunggu masa je tu." Farhad meramas stereng, marah.

"Enough Farhad." Aku pegang lengannya.

"Sorry Chyra, dahlah you tidur sekarang. Dah sampai nanti I kejutkan."

Mimpi yang syahdu tadi kembali menerjah kotak memori. Aku geleng kepala, perlahan. Shahfri datang, hanya sebagai mimpi saja?

Happy ReunionWhere stories live. Discover now