30. Julia, dan Rancangannya

4.4K 176 58
                                    

Jika semalam, dia terpaksa bersetuju menikahi Julia setelah dipujuk mamanya. Hari ini, pegangannya kembali goyah setelah ditimbal balik keputusan yang melibatkan hidup matinya ini. Rasa mahu mengajar Julia membuak - buak dalam hatinya.

"Abang tak buat, Layla. Tapi tulah, kalau dari dulu abang tak janji nak menjaga dia, takdelah jadi macam ni. But you know, I'm a man with ego and pride. I'll do what I must. But Julia is too much. Makin lama kenal dengan dia, abang makin tak kenal siapa dia." Daniel meluahkan isi hatinya sambil mengusap nisan Layla.

Pusara Layla dibersihkan, lalu segala daun kering dikutip dan dibuang ke suatu tempat lain. Bunga - bunga kemboja yang berguguran di situ juga dikutipnya, tidak mahu pusara adiknya itu nampak tidak kemas.

"Tapi takpelah. Rasanya abang tahu apa nak dibuat. Yang penting, Layla kena sentiasa sokong abang ya?" Daniel senyum.

"Balik dulu ya Layla. Nanti ada masa abang datang lagi, ingat abang sayangkan Layla sampai bila - bila." Daniel bangun, menjeling kubur bapa tirinya yang agak semak tak berjaga, lalu berjalan melintasinya tanpa ada rasa mahu melakukan apa - apa.

Masuk ke dalam perut kereta, telefonnya berlagu kuat. Tergopoh - gapah Daniel mencari telefonnya yang tersorok di celah fail - fail di dalam dashboard. Nama Hana muncul sebagai pemanggil. Jiwanya rasa tak tenteram. Ada apa - apa klu tentang Chyra?

"Hello Hana, kenapa?"

"Hello, amboi suara you macam excited je. Ke dah tahu?" Hana ketawa kecil. " Wait, ke you dah kahwin?"

"Tak tak. Tak kahwinlah. Kenapa Hana, you ada apa - apa berita tentang Chyra ke?" Daniel hilang sabar.

"Yup." Hana ambil masa untuk teruskan perbualan, membuatkan Daniel jadi gelisah.

"It's a good news or what?"

"Chyra dah contact I."

"Alhamdulillah! So dia kat mana sekarang? I terus shoot jumpa dia!" Bibir Daniel mengukir senyum gembira.

"Ada ni sebelah I. Kejap."

Daniel sabar menanti. Rasa mahu tumpah airmatanya. Walaupun baru beberapa hari tidak bertemu Chyra namun rindunya membuak - buak.

"Hai Dani." Mengalir juga air matanya mendengar suara Chyra yang dia tahu, bukan dalam mood cerianya.

"Hai Chyra. Where have you been Chyra? I risau gila you buat macam ni. Tell me, kenapa you buat I macam ni? Kenapa hilang camtu je takde khabar berita?" Bertubi - tubi soalan Daniel tujukan pada Chyra.

"I baru balik dari Terengganu, ke rumah kawan lama I masa zaman sekolah dulu. Saja tenangkan fikiran. There's nothing serious. Lagipun buat apa You nak risaukan I."

Daniel mengeluh. Dia tahu Perkara ini ada hubung kaitnya dengan penyebaran berita perkahwinannya dengan Julia tenpohari.

"Phone you mana? Hilang?"

"Nombor tu I buang macam tu je. Then tukar nombor lain. Saja je, taknak ada contact rapat dengan kawan - kawan."

"I macam nak gila cari You tahu tak Chyra. Kenapa buat I macam ni?" Daniel mendengus. Namun sedikit sebanyak hatinya lega, Chyra kini ada bersama Hana.

"You nak kahwin dengan Julia, kan? So kenapa masih nak mencari I?" Laju Chyra menempelak.

"You pun ada someone special sebenarnya, kan? I heard you masa dalam tandas tu." Daniel membalas, tidak mahu lagi menerangkan duduk perkara sebenar kisah dia dan Julia.

"Agak dah mesti ada yang tak kena sebab lepas kes di tandas tu you layan I lain macam hambarnya, tapi I malas nak cakap apa - apa. You pun kadang badmood." Suara Chyra agak mendatar.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now