24. Cinta Lima Bulan

5.2K 141 54
                                    

POV Shahfri

"Lusa daddy balik. Bawak barang - barang Pia dengan Aiman bagi kat mommy." Aku tunduk, mengusap papan penanda kecil yang tertulis nama Sofea dan Aiman.

Remuk, hati aku remuk dan aku tak mampu ceritakan rasanya.

Kehilangan anak - anakku, pertama. Feena minta cerai, itu kedua.

Kubur anak - anakku masih basah, namun Feena makin menambah derita.

Di negara orang ini, aku rasa cukup terasing bagai dunia sudah tak memerlukan aku lagi.

"Buat masa ni daddy balik Malaysia dulu, Pia dengan Aiman suka mommy punya nasi lemak takde sambal kan. Acik Feena buat tak sedap ek? Tsk.. Tsk." Entah kenapa, makin hiba pula, tak sedar bagaimana aku boleh tersedu - sedan sampai macam ni.

"Nanti Uncle Syakir tolong jaga anak - anak daddy ni, jangan risau. Pia dengan Aiman sentiasa ada di hati daddy." Aku kesat air mata yang mengalir dingin.

"Dahlah Shah, jom balik. Kau jangan sedih sangat. Be strong bro." Syakir yang menemani menepuk bahuku perlahan. Aku mengangguk.

"InsyaAllah, kita jumpa lagi nanti sayang."

* * *

Saat aku masuk ke dalam rumah, Feena sedang mengemas barang - barangnya. Lucu kan? Dua - dua mahu pulang ke Malaysia tetapi berlainan penerbangan. Feena pula layan aku seperti orang asing saat aku memerlukan sokongan. Entah apa yang tak kena. Dinginnya tak boleh diubat.

"Feena, can we talk now?" Aku tegur Feena dengan suara paling lembut, berharap hatinya turut lembut untuk berbincang denganku, bukannya melulu terus minta cerai.

"Hmm." Feena langsung tak memandangku, terus sibuk mengemas bagasinya.

"Feena, kenapa tiba - tiba semua jadi macam ni? Kita baru nikah lima bulan, dah mintak cerai. Apa salah I? Apa yang tak kena? Duit tak cukup? Ke apa masalahnya?"

"Nothing, I rasa macam perasaan tu tiba - tiba tawar. So takkan nak teruskan, tawar hati mana ada ubat kot?" Feena jungkit bahu, kemudian terus ke closet mengambil baju.

Aku melepaskan keluhan berat. Adakah ini yang Chyra rasa saat aku lepaskan dia suatu ketika dulu?

"Shah, I rasa hidup I ni entah apa - apa. Kahwin dengan you terus kena jaga budak. Belum apa - apa dah berpening kepala mengurus dua budak nakal. Dahlah nakal, sikit - sikit bandingkan I dengan mak diorang. Manalah I tak stress." Feena berdiri depanku, memeluk tubuh langsingnya.

"See, agak dah. Tak puas hati dengan anak - anak I. Padahal idea you jugak suruh bawak diorang ke sini, konon you nak jaga. So you memang purposely pukul anak - anak I kan? Tak payah deny, you ugut diorang macam - macam." Aku renung Feena, geram.

"Well." Feena rolled eyeballs ke atas, menganjing aku.

"I bodoh sebab tak ambik tindakan awal. Kalau tak merasa jugak you ke dalam di tempat orang ni." Aku bangun, berdiri mendekati Feena. Tangannya kurentap.

"Sakitlah Shah! Lepaslah!" Feena meronta mahu melepaskan diri.

"Alang - alang dah nak bercerai ni, bagitahu lagi apa yang you tak puas hati sangat sampai semua benda tak boleh bawak bincang ni." Hatiku makin panas bila Feena dengan degilnya meronta sambil tumbuk - tumbuk aku.

"Jawablah!" Mendengar tengkinganku, barulah Feena kenal erti diam.

"I dah bosan hidup jadi bayang - bayang." Feena tenung mataku tajam.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now