43. Dua Puluh Empat Perenggan

3.3K 52 6
                                    

Aku dah sedar sebenarnya. Tapi aku malas mahu buka mata. Apa guna buka mata kalau hanya melihat benda yang menyakitkan hati?

Disebelah aku, jelas kedengaran suara Shahfri sedang mengalun ayat suci. Tak semena mulutku mencemik. Meluat.

"Sayang?" Shahfri memanggilku. Perlahan - lahan aku buka mata. "Leave me alone." Aku tutup kembali mata.

"Janganlah macam ni sayang. Bie nak tolong sayang." Aku memusing tubuh, tak mahu memandang Shahfri. Tolonglah faham, aku sangat bencikan dikau wahai Shahfri.

"Go on. Dah lama tak dengar awak baca quran. Nasib baik masih kenal baris atas bawah." Aku sindir Shahfri.

"Kenapa sayang benci sangat dengan Bie?"

"Sejak kes dengan Ina." Aku ungkit lagi.

"Benda tu dah lama berlalu. Hubungan kita pun baik je lepas tu. Ina pun dah dapat hukuman dia. Kenapa sayang benci Bie sebab tu pulak?" Shahfri letak quran mini ke tepi, dan mula meraih jemariku. Aku tarik perlahan - lahan.

"Itu yang saya nak kena kaji. Saya langsung takde memori tentang itu." Aku rasa semak.

"Puan Sahairah? Feeling better?" Doktor Jeslina mendekatiku dengan wajah manis. Sejuk sekejap hatiku melihat wajah lembut Doktor Jeslina.

"Im at my worst now, doc. Im sorry." Aku tunduk.

"It's okay dear. Tak kisah selama manapun masa yang perlu diambil untuk kembali seperti biasa, yang penting puan mencuba."

"Saya nak mula dari mana?" Aku bertanya pada Doktor Jeslina.

"Esok puan ada session dengan saya. Nanti kita cerita apa yang sebaiknya ya." Doktor Jeslina menepuk bahuku perlahan - lahan.

"Encik Shahfri sihat? Kalau penat Encik rehatlah. Nanti nak jaga Puan Sahairah lagi." Doktor Jeslina menegur Shahfri.

"InshaAllah takde apa. Saya kena kuat demi isteri saya." Shahfri senyum pandang Doktor Jeslina.

Pffft.. aku mendecit.

***

Aku sedang memerah ingatan dan keringat demi mengingati peristiwa mimpi aku satu persatu. Aku perlu catat dalam buku diariku, kata Doktor Jeslina. Dan selebihnya mereka akan bantu aku untuk tindakan selanjutnya. Aku tiada masalah untuk mengingati segalanya kerana semuanya masih terlalu segar dalam memoriku.

1) Aku hanya ingat peristiwa dimana Shahfri ceraikan aku dan halau kami anak beranak dari rumah kerana dia mula berjinak dalam dunia peragaan semula dan aku dapat tahu dia adalah seorang lelaki biseksual.

2) Kami ke Johor dimana disitu aku dibantu Farhad. Kami singgah di rumah lamaku dan "mungkin" aku ada terlanjur dengan Farhad.
Perlukah aku jujur yang aku ada terlanjur dengan Farhad? Ahh redah saja lah.

3) Aku dapat tahu Farhad sebenarnya adalah abang susuan aku dan rancangan kami untuk bernikah hancur begitu saja.

4) Aku dapat tahu Shahfri mahu berkahwin dengan Feena, sahabat aku sendiri.

5) Aku tak menghalang pernikahan mereka. Dan Shahfri beritahu akan ke Ireland untuk tinggal di sana bersama Feena.

6) Shahfri bawa lari Aiman dan Sofea ke Ireland tanpa persetujuanku.

7) Aku gagal mendapatkan kedua anakku dan aku lost di Kuala Lumpur hingga diselamatkan oleh Daniel.

8) Tinggal di rumah Daniel untuk beberapa lama sebelum bekerja di syarikat milik Daniel.

9) Diganggu lelaki misteri yang sentiasa tahu di mana aku berasa, apa aktiviti aku dan ibu.

10) Jatuh cinta dengan Daniel tapi masih main tarik tali, dan memang tahu Daniel ada bekas kekasih bernama Julia yang masih menganggu Daniel.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now