29. Perang Mulut

4.5K 139 26
                                    

Mamanya diam tak seperti selalu, dari situ dia tahu ada sesuatu yang tak kena saat dia jejak kaki ke rumah itu. Namun Daniel cuba untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Dia tahu, mamanya bukan seperti emak - emak orang lain di kampung itu.

"Harini mama tak mengajar ke? Oh Dani tahu, sebab mama masak makanan kegemaran Dani kan? Sebab tu mama sanggup tak pergi mengajar kan?" Daniel memeluk Aisah dari belakang. Aisah yang sedang memotong kentang, hanya senyum tawar. Perlahan, ddpelukan Daniel dilepaskan.

"Kamu rehatlah, mesti penat dengan semua masalah ni kan. Nanti lepas makan kita bincang macam mana nak settle."

"Eh, masalah apa mama? Dani nampak macam tengah ada masalah ke?"

Aisah melepaskan satu keluhan berat. Wajah Daniel ditenung lama, hingga mengalir air jernih membasahi pipinya.

"Eh kenapa mama menangis ni? Bagitahu Dani, apa yang berlaku. Tak pernah Dani nampak mama macam ni!" Daniel pegang tangan Aisah, mahukan kepastian. Namun mamanya hanya menggeleng.

"Anak mama ni baik, mama tahu. Dah, Dani pergi mandi. Sampai masanya nanti mama bagitahu." Tidak mahu memaksa lagi, Daniel akur dengan arahan mamanya.

Sambil - sambil menikmati pancuran air sejuk di bilik mandi, otaknya ligat berfikir mengapa mamanya sedingin itu. Adakah mamanya diugut? Atau sesuatu berlaku tanpa pengetahuannya? Walaupun hatinya berat mengatakan hal ini berpunca daripada Kak Siti emak Julia, tapi dia cuba menafikan. Baik dia mahupum Julia(mungkin) masih belum buka cerita apa - apa lagi.

Dia sudah bersetuju untuk membantu Julia dapatkan khidmat kaunseling atas masalah sosial yang dialaminya itu. Malah kepulangan mereka ke kampung ini adalah untuk berbincang berkenaan hal Julia, dan untuk memutuskan ikatan pertunangan mereka secara baik. Ya, Julia masih belum memulangkan cincin setelah mereka sepakat untuk bawa haluan masing - masing. Ini bermakna, mereka belum rasmi lagi putus tunang.

"Huh, weird malay tradition." Sempat Daniel mengomel seorang diri.

Otaknya juga ligat berfikir tentang Chyra. Bagaimana dia mahu hubungi insan itu kerana sejak pagi tadi lagi dia tak dapat menghubungi Chyra. Tapi tak mengapa, takkan lari gunung yang dikejar. Selesai masalah Julia, dia akan menjejak Chyra pula. Dia harus dapatkan kepastian dari mulut Chyra sendiri. Namun walau apapun keputusan dari Chyra, dia takkan murahkan diri untuk kembali pada Julia. Malah padanya mendekati Julia itu sendiri merupakan sebuah keputusan yang paling bodoh dalam kamus hidupnya.

MEREKA berdua makan dalam keadaan yang cukup senyap sekali. Walaupun masak lemak daging bakar dan kentang, ikan kering gelama dan sambal belacan cukup membuka seleranya, namun semua terasa seperti pasir melalui kerongkong. Mamanya pula hanya menunduk, menguis - nguis butir nasi dengan jari kelingking. Daniel hanya mampu menggeleng kepala.

"Sejak dua menjak ni sebenarnya banyak kali jugak Siti datang ke sini tegur mama macam - macam." Akhirnya mama buka mulut. Seperti yang pernah terlintas dalam fikirannya, nama Kak Siti meluncur keluar dari mulut mama.

"Apa yang dia cakap? Huh, mak dengan anak sama je perangai." Daniel mendengus.

"Dani, kenapa buat Julia macam tu nak?"

"Dani buat apa ma?"

"Kenapa selalu abaikan dia? Paling kejam, kamu dah buntingkan dia tapi ada hati lagi nak putuskan pertunangan ni?" Mama menggeleng kepala.

"Mama, Dani tahu mama kenal anak mama ni macam mana. Mama rasa Dani ke yang buntingkan Julia?" Suara Daniel menggeletar. Rasa amarah mula menguasai diri, mengubah rona merah padam pada wajahnya yang putih cerah.

"Mama tak tahu nak cakap macam mana. Kak Siti kamu dah mengungkit macam - macam. Sampai hal waktu zaman remaja kamu dulupun diungkitnya." Makin lebat airmata mamanya mengenangkan Kak Siti yang kerap datang menyerang.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now