18. Jurnal Hidup Chester

5.8K 159 21
                                    

Sudah seminggu lebih aku bekerja dengan Daniel, yang sebenarnya aku lebih berpeluang untuk bersantai tanpa perlu risau dimarahi sesiapa. Daniel pula sangat fleksibel mengendali stafnya. Dan aku cukup berbesar hati dan gembira dapat bekerja dengannya.

Kerja aku so far cuma duduk tolong arrange meeting dan attire dia, kekadang rasa macam tak patut je dapat gaji tinggi. Tapi dah itu je skop kerja Daniel bagi, aku terima ajelah.

Oh, malam tu lepas tengok LOTR, Daniel mengadu dia lapar lagi. Jadi aku tawarkan diri untuk masakkan maggi dan dia bersetuju.

Korek punya korek cabinet dia aku jumpa bihun PAMA jadi aku masak itu. Daniel makan sambil kerut dahi, lepastu menyumpah cakap padanlah kena tinggal suami. Aku ketawa. Daniel kata terlalu masin boleh mati darah tinggi dibuatnya.

Tergolek - golek aku ketawa. Sumpah, langsung aku tak terasa hati bila Daniel kata masakan aku macam direndam dalam laut mati. Padanlah ditinggal suami. Lagi aku terhibur adalah.

Lepas makan, Daniel makan panadol sebab terus rasa nak demam (lagi sekali aku ketawa) dan kami terus tidur berpelukan sampai pagi.

Tak ada apa - apa ereksi berlaku pun. Yelah walaupun dah tenang, tapi aku masih lagi berharap Daniel tahu menggoda aku.

Selesai melengkapkan satu quotation kepada syarikat ubatan veterinar yang jadikan kami sebagai supplier, aku capai jurnal milik Chester yang baru sekarang aku berpeluang untuk menilainya.

Buka saja mukasurat pertama, dah ada kata alu - aluan dari Chester. Cantik tulisannya. Aku senyum nipis.

"Andai kamu membaca jurnal ini, ketahuilah bahawa kamu telah berjaya mendapat suatu perkara berharga daripada Osman Apendi bin Koesman."

"Merepek mamat ni. Entah - entah betul penagih agaknya." Aku ketawa kecil. Aku singkap mukasurat seterusnya.

Kalau kau biasa dengar hidup ini ibarat roda, jadi falsampah hidup aku pula adalah; hidup ini ibarat roda yang melenyek tahi anjing dipinggir jalan. Roda tu dunia, tahi anjing tu aku. Aku tak pernah berada di atas, sudahlah di bawah sentiasa, kena hempap masalah pula setiap masa.

Dipendekkan cerita, sebelum aku bawa jurnal aku lebih jauh mengembara, terlebih dahulu aku mahu mengembara dalam susur hidup aku sejak aku mula kenal dunia.

Aku lahir tanpa bapa di dunia ini. Entah siapa - siapa bapa kandung aku, hanya Tuhan maha mengetahui. Tapi aku berbinkan Koesman. Jadi secara tak langsung emak dah memudahkan misi pencarian bapa kandung aku dengan mendaftar namaku sebagai Osman Apendi bin Koesman. Siapa Koesman? Mari kita selusuri kisah ini.

Helaian seterusnya, tak perlu aku paparkan lagi. Chester menceritakan betapa teruk dia diperlakukan oleh bapa tirinya yang mendera zahir dan batinnya. Dia jadi mangsa belasahan, jadi mangsa liwat hinggalah dia memasuki alam remaja.

Jadi dia isi masa lapang yang penuh kesedihan dengan belajar memetik gitar daripada sahabatnya Shauq. Shauq ni boleh dikatakan lejen juga di kawasan mereka.

Lalu setiap kali ada event di sekolah, memang muka dialah yang ada menghiasi dewan sekolah.

Sampailah satu tahap dia diminati ramai gadis tapi hati butanya memilih yang paling cantik hingga dia akhirnya menderita dengan pilihannya sendiri.

Statement terakhir Chester buat aku tersentak. "Mana ada manusia yang buat sesuatu semata - mata untuk bagi benefit dekat kau, melainkan kalau dia punya benefit lebih besar dari kau."

Betul, tak boleh simply sahaja percayakan orang lain tanpa selidik dulu keperibadiannya. Aku dah pernah gagal berkali - kali dalam mempercayai manusia. Jadi, tak hairan kalau aku ada trust issue dengan mereka.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now