39. Disturbia

3.3K 61 11
                                    

Kami berdua terdiam, tidak tahu untuk selesaikan bagaimana hal yang satu ini. Carl masih membelek bekas luka di lengannya, berharap agar dia dapat jawapan daripada persoalan yang bermain di benak.

"So, you nak cakap yang badan you sendiri dah di program? Macam tu? What are you? Robot? AI?" Aku kerut dahi mendengar penjelasan Carl yang tergantung itu.

"Apa yang I ingat, kat lengan nilah I kena suntik dengan few series of memory microchips. Each of the chip brings different memories and I dont have any power to control them. It's being controlled by some organization, or someone. I don't know." Carl merenung di kejauhan. Wajahnya seperti menyimpan rahsia yang dia sendiri tidak mahu ianya diketahui sesiapa.

"Tapi.." keluh Carl.

"Tapi apa?" Aku tenung Carl tepat di matanya.

"I dah mula ingat beberapa chapters dalam hidup I, yang selama ni I cuba cari. My childhood memories. Though it seems shattered." Ada sebaris senyuman terukir di bibir Carl.

"Adakah memori itu penting untuk kita keluar dari hutan ni?" Aku menekankan suaraku. Bukan masanya untuk dia mengenang memori silam dalam keadaan terdesak sebegini.

"Maybe." Carl angkat kedua bahunya. Malah dia sendiri kelihatan tidak yakin dengan kenyataannya.

"I rindu Daniel." Aku tunduk, hampir menangis. Tidakkah Daniel mahu menyelamatkan aku? Tapi bagaimana? Aku sendiri awal - awal lagi sudah menipu dia, dan dengan bodohnya mengikut dan percaya bulat - bulat pada orang asing di depan mataku ini; Carl.

"We gonna find ways to escape this hell, trust me."

"Hmm luka you masih sakit?" Aku memerhati luka - luka di tubuh Carl yang masih ada kesan darah. Carl cuma senyum nipis.

"Sikit." Balasnya pendek.

"Now what we gonna do? Do we need to act ASAP or wait until dawn?" Kami cuba untuk teruskan pelan untuk lari, iaitu mengikut arah sungai mengalir. Harap ada jalan keluar.

"Chyra, we need to bring the whole village with us, this cannot be done in one day, so relax dulu Chyra." Carl mengeluh.

"Okay, I cuba bertenang." Aku kemam bibir. Tekak mula rasa kering. Suasana malam itu cukup tenang. Semua penduduk asal di situ sedang buat hal sendiri. Tiada sesiapa pun pedulikan aku dan Carl yang duduk rapat-rapat berdua melawan rasa sejuk malam.

I tak ada memori bahagia waktu kecil." Carl mula bercerita tentang memori lampau yang berjaya dikaut kembali selepas beberapa artificial memories yang ditanam di lengannya rosak dimamah anjing liar kelmarin. Aku hanya diam, cuba untuk bertenang dan mendengar cerita selanjutnya.

"Seingat I, I cuma ada emak. Tak ada bapak. Walaupun emak seorang GRO, tapi dia sayang I. Memanglah selalu marah - marah tapi I tahu dia memang sayang I."

Aku mencebik. Sayang? Ibu aku yang berpendidikan tinggi, lahir dari keluarga serba lengkap itupun sentiasa abaikan aku.

"You memang dengar benda ni nonsense tapi sebab dia I banyak belajar erti hidup." Carl ketawa perlahan.

"Waktu I umur tujuh tahun, mak meninggal dunia kena langgar dengan kereta. I tak ingat kenapa I boleh merempat bawah jambatan mengharapkan ehsan makanan daripda pakcik makcik homeless yang merayau berdekatan I. Sebab ada part of memories yang I lari bila orang - orang kebajikan datang nak ambil I." Carl ketawa perlahan.

"Muka kacak bergaya ni boleh jadi homeless? Tak pulak orang - orang sana culik You buat jadi sex slave kat thailand sana tu."

"I tak ada memori selepas dikejar orang kebajikan tu. Tapi I ada memori jelas tentang seseorang yang kutip I di tengah kesibukan kota ni, dan train I macam - macam survivor tricks. I anggap dia macam abang I dah."

Happy ReunionWhere stories live. Discover now